FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

PENYAKIT SIFILIS
 
 
Siflis

Penyakit tersebut disebabkan oleh kuman atau bakteria Treponema Pallidum Spirochaeta dan menular melalui hubungan seks.
 
 
Tanda-tandanya:

Gejala awal yang boleh dikesan akibat daripada jangkitan ini ialah luka pada kemaluan lelaki atau wanita tanpa rasa sakit.

Gejala awal ini akan disertai dengan gejala sekunder dengan timbulnya bintil yang berwarna kemerah-merahan pada tubuh.

Apabila memasuki peringkat ke tiga akan timbul kelainan jantung, saraf, pembuluh darah dan juga kulit yang hanya akan dapat dikesan apabila berjumpa doktor pakar.

Komplikasi yang mungkin dialami pesakit ialah penyakit jantung dan juga jangkitan pada otak.

Jika penyakit siflis menjangkiti wanita yang hamil dan tidak diubati berkemungkinan besar bayi yang akan dilahirkan menjadi cacat.

Kajian terbaru juga menunjukkan penyakit ini memberi laluan kepada penularan HIV.


--- UTUSAN MALAYSIA