cuepacs tuntut cola RM500
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Cerita-Ceriti :: Borak-Borak Isu Semasa - Perkara Yang Hangat Diperkatakan Sekarang
Page 1 of 1•
cuepacs tuntut cola RM500
cuepacs tuntut cola RM500
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 28 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (cuepacs) menuntut kerajaan menaikkan kadar elaun kos
sara hidup (Cola) kepada RM500 sebulan untuk semua kakitangan awam
tanpa mengira kawasan.
Presiden cuepacs, Omar Osman berkata, langkah itu perlu memandangkan
semua kakitangan awam ketika ini terpaksa berhadapan dengan kos sara
hidup yang semakin tinggi ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.
''Saya sedih melihat hidup kakitangan kita yang semakin terhimpit
berikutan kenaikan harga minyak. Apabila minyak naik semua barang naik
dan ini memberi kesan kepada kehidupan ahli-ahli kita.
''Walaupun kerajaan telah menaikkan gaji 10 bulan lalu ia tidak
cukup kerana kenaikan minyak kali ini terlalu tinggi. CUEPACS meminta
kerajaan menerima tuntutan ini (Cola RM500) bagi meringankan beban
anggota sektor awam,'' katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kongres CUEPACS di Ibu Pejabat CUEPACS di sini hari ini.
Tuntutan Cola RM500 untuk semua kakitangan merupakan salah satu
daripada enam perkara yang diputuskan di dalam mesyuarat tersebut.
Omar memberitahu, pada masa ini semua kakitangan kerajaan menikmati
imbuhan Cola antara RM100 hingga RM300 iaitu bergantung kepada lokasi
bekerja.
Katanya, dalam mesyuarat itu, CUEPACS juga sebulat suara menolak
pelaksanaan pembayaran gaji dua kali sebulan seperti cadangan Kabinet
sebelum ini.
Beliau berkata, meskipun cadangan itu dianggap baik tetapi pada
hakikatnya ia tidak banyak membantu kakitangan kerajaan untuk mengurus
perbelanjaan mereka.
''Katakanlah seorang kakitangan menerima gaji sebanyak RM1,100
sebulan dan selepas ditolak itu dan ini, yang tinggal hanya RM500 atau
RM450,'' katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, CUEPACS bersetuju jika kerajaan memberi gaji dua minggu sekali.
''Jika sistem ini kami setuju kerana pada akhirnya iaitu secara
keseluruhannya jumlah bulan yang dibayar adalah sebanyak 13 bulan dan
bukan 12 bulan,'' tambahnya.
Ujarnya, selain itu CUEPACS membantah sebarang usaha untuk memotong
caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja iaitu
daripada 11 peratus kepada tujuh peratus.
''Cadangan ini belum dilaksanakan tetapi Ketua Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah meminta perkara ini dibahaskan
oleh CUEPACS.
''Kami telah membentangkan pada ahli kongres hari ini dan
keputusannya kami membantah cadangan tersebut kerana ia memberi kesan
kepada jumlah simpanan ahli,'' katanya lagi.
Dalam mesyuarat itu juga katanya, CUEPACS mahu Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menghentikan amalan bekerja pada hari Sabtu.
''CUEPACS memberi amaran yang kita akan membawa perkara ini kepada
pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai
amalan salah majlis perbandaran itu,
''Kita memberi masa selama dua minggu untuk Yang Dipertua MPM
khususnya supaya menghentikan amalan bekerja pada hari Sabtu kerana ia
bertentangan peraturan,'' tambahnya.
DICETAK DARI UTUSAN ONLINE

Fieza- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 542
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: cuepacs tuntut cola RM500
Tuntutan ini jika dilulus akan menyebabkan kenaikan harga barang lagi...yang jadi mangsa adalah rakyat biasa!

Intang- Senior

- Posts : 63
Joined : 10 Jun 2008
Age : 28
Sekarang saya di : Borneo
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Feed others, eat well yourself"
fadel- Kerabat Setia Forum Paramedik

- Posts : 1009
Joined : 04 Mar 2008
Age : 30
Sekarang saya di : *.*
Pekerjaan : *.*
Character sheet
Mutiara Kata saya:

Nei_feng- VIP Forum

- Posts : 408
Joined : 06 Mar 2008
Age : 29
Sekarang saya di : sini
Pekerjaan : Penjawat Awam(KKM)
Character sheet
Mutiara Kata saya:
Re: cuepacs tuntut cola RM500
akan diluluskan ker????
kadang2 janji diberi tapi x ditunaikan...
huhuhu
kadang2 janji diberi tapi x ditunaikan...
huhuhu

MLT_hidayah- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2478
Joined : 26 Feb 2008
Age : 24
Sekarang saya di : klinik kesihatan
Pekerjaan : juruteknologi makmal perubatan
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Well open up your mind and see like me.. Open up your plans and damn you're free.. Look into your heart and you'll find love love love.."
Re: cuepacs tuntut cola RM500
alahai...kalau diluluskan pun, aku yang duk kuartes ni dapat separuh je...mane aci. tak kan la sewa kuartes yang dah pangkat atas satu tangga je dari reban ayam ni pun sampai 250rm kalau dapat 500rm tu. alahai...

dhiyamirza- VIP Forum [Aktif]
![VIP Forum [Aktif] VIP Forum [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/8_star_rating.gif)

- Posts : 483
Joined : 12 Dec 2007
Age : 25
Sekarang saya di : alam forum
Pekerjaan : pembantu farmasi
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: cuepacs tuntut cola RM500
dhiyamirza wrote:alahai...kalau diluluskan pun, aku yang duk kuartes ni dapat separuh je...mane aci. tak kan la sewa kuartes yang dah pangkat atas satu tangga je dari reban ayam ni pun sampai 250rm kalau dapat 500rm tu. alahai...
Memang tak patut bertul....elaun cola sepatutnya sama la yang dok kat kuartes atau dok rumah sendiri...
bukannya elaun rumah...
Eeee.....memang tak patut....

zamasy20- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 877
Joined : 06 Oct 2006
Age : 48
Sekarang saya di : Perak Darul Ridzuan
Pekerjaan : Misi
Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..
Re: cuepacs tuntut cola RM500
tu la pasal..quarters tu pun bukan kita nak duduk..dah la kalau duk kuarters tak boleh plak wat loan perumahan pakai gov loan..bengkak betul la..

dhiyamirza- VIP Forum [Aktif]
![VIP Forum [Aktif] VIP Forum [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/8_star_rating.gif)

- Posts : 483
Joined : 12 Dec 2007
Age : 25
Sekarang saya di : alam forum
Pekerjaan : pembantu farmasi
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: cuepacs tuntut cola RM500
dhiyamirza wrote:tu la pasal..quarters tu pun bukan kita nak duduk..dah la kalau duk kuarters tak boleh plak wat loan perumahan pakai gov loan..bengkak betul la..
Hi dhiya payah@ keluar kuaters dapat kola penuh dan boleh pinjam duit untuk beli rumah
yg bakal menjadi rumah ku surga ku dunia akhirat insallah. Macam kalu belum kawin kawin cepat
boleh pinjam beli rumah sendiri kola dapat elaun sewa rumah dapat apalagi bes kan!.

daniomar56- Senior

- Posts : 57
Joined : 29 Jun 2007
Age : 51
Sekarang saya di : TKt. 37, KOMTAR Pulau Pinang
Pekerjaan : Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran Kanan (U32)
Re: cuepacs tuntut cola RM500
daniomar56 wrote:dhiyamirza wrote:tu la pasal..quarters tu pun bukan kita nak duduk..dah la kalau duk kuarters tak boleh plak wat loan perumahan pakai gov loan..bengkak betul la..![]()
![]()
Hi dhiya payah@ keluar kuaters dapat kola penuh dan boleh pinjam duit untuk beli rumah
yg bakal menjadi rumah ku surga ku dunia akhirat insallah. Macam kalu belum kawin kawin cepat
boleh pinjam beli rumah sendiri kola dapat elaun sewa rumah dapat apalagi bes kan!.
uncle, kalau dhiya ni duk kat tengah pekan tak pe gak. tak payah nak gaduh pasal kuarters tu. ni tempat dhiya duk ni dulu tempat jepun berkampung. pekan terdekat pun 32km. di tengah2 ladang sawit plak tu..so mane lagi nak duduk? nak sewa umah kg tak pasal2 jadi mangsa ngendap plak. tu lah org2 yang senasib macam dhiya ni, tangan terikat di langit. kaki terpasak di bumi...

dhiyamirza- VIP Forum [Aktif]
![VIP Forum [Aktif] VIP Forum [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/8_star_rating.gif)

- Posts : 483
Joined : 12 Dec 2007
Age : 25
Sekarang saya di : alam forum
Pekerjaan : pembantu farmasi
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: cuepacs tuntut cola RM500

lavender- Super Senior

- Posts : 256
Joined : 22 Jan 2008
Age : 25
Sekarang saya di : MaLaYsIa
Pekerjaan : RiLex JerK
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Biar OwAnG wAt KitE,JanGaN kItE wAt OwaNg......"