Jururawat wajib ikuti program CPD

View previous topic View next topic Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by MaStErMiNd on Tue 13 May 2008, 2:57 pm

Jururawat wajib ikuti program CPD (utusan online)



SUBANG JAYA 12 Mei - Mulai tahun depan, jururawat yang berkhidmat
dengan kerajaan dan sektor swasta diwajibkan mengikuti Program
Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) sebagai syarat untuk
memperbaharui Sijil Amali Tahunan mereka.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, jururawat
diwajibkan mengikuti CPD dan memperoleh tahap pencapaian yang
diperlukan sebelum sijil amali tahunan mereka dapat diperbaharui.
Menurut beliau, program itu telah pun berjalan tetapi hanya akan
diwajibkan tahun depan bagi menjamin jururawat dilengkapkan dengan
kemahiran dan ilmu yang diperlukan dengan kehendak semasa.
''Mereka boleh mengikuti kursus dalam bidang tertentu atau
mempelajari sesuatu subjek secara online CPD untuk mendapatkan markah
yang melayakkan sijil amali mereka diperbaharui,'' katanya pada sidang
akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sambutan Hari Jururawat
Antarabangsa 2008 yang dihadiri 2,000 jururawat dari seluruh negara di
sini hari ini.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan,
Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican; Presiden Persatuan Jururawat
Malaysia, Ramziah Ahmad dan Pengarah Kejururawatan Malaysia, Fathilah
Abd. Wahab.
Majlis itu turut memberi anugerah berbentuk plak kepada tiga bekas
jururawat dalam pelbagai bidang iaitu Lim Chooi Ewe untuk perkhidmatan,
Chan Kum Sum dalam bidang pendidikan dan Rose Paul dalam bidang
komuniti.
Tiong Lai berkata, pihak kementerian akan terus menaikkan tahap
kemahiran jururawat supaya mereka dapat menjalankan pelbagai tugas
daripada kejururawatan sehinggalah kepada bidang teknologi dan
mengendalikan komputer.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, negara menghadapi
kekurangan jururawat dalam bidang-bidang tertentu seperti di Unit
Rawatan Rapi (ICU) dan dewan pembedahan.
Dalam pada itu, katanya, masalah itu tidak kritikal berbanding
kekurangan jumlah doktor dan masalah ini bergantung kepada hospital.
''Kekurangan juga timbul akibat penambahan jumlah hospital kerajaan dan swasta yang dibina sejak kebelakangan ini,'' jelasnya.
Menurutnya, sehingga Mei ini terdapat 71,905 jururawat di seluruh
negara iaitu 54,350 berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan sementara
17,555 dengan institusi swasta.
Bagaimanapun, kata beliau, kementerian telah menyediakan rancangan
untuk mendapatkan bilangan jururawat yang mencukupi menjelang tahun
2010 dan 2020 dan mereka mengikuti kursus di 80 kolej kejururawatan
tempatan.
Sementara itu beliau memberitahu, anggaran jumlah yang diperlukan dalam tempoh 10 tahun pada 2018 ialah 110,185 jururawat.
Sementara itu, Tiong Lai menggesa supaya jururawat mengambil serius
setiap aduan daripada pelanggan, di samping sentiasa mematuhi standard
prosedur operasi (SOP) bagi mengurangkan berlakunya kes kecuaian.
Menurut beliau, kini Majlis Keselamatan Pesakit mengendalikan kes-kes kecuaian yang berlaku di hospital-hospital kerajaan.
ENDS

MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Gender:MaleAriesCat
Posts : 213
Joined : 19 Sep 2006
Age : 33
Pekerjaan : Paramedic

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

Back to top Go down

Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by zamasy20 on Wed 14 May 2008, 9:44 pm

Baguih jugak cadangan pak menteri tu...
tapi kalau boleh semua paramedik le...
tak kan jururawat aje... Cool Wink

zamasy20
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemalePiscesRat
Posts : 734
Joined : 06 Oct 2006
Age : 48
Sekarang saya di : Perak Darul Ridzuan
Pekerjaan : Misi

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by MLT_hidayah on Wed 14 May 2008, 10:32 pm

zamasy20 wrote:Baguih jugak cadangan pak menteri tu...
tapi kalau boleh semua paramedik le...
tak kan jururawat aje... Cool Wink


betul kata zamasy tu... Laughing

MLT_hidayah
Kerabat Forum Paramedik
Kerabat Forum Paramedik

Gender:FemaleLeoRat
Posts : 851
Joined : 26 Feb 2008
Age : 23
Sekarang saya di : klinik kesihatan
Pekerjaan : juruteknologi makmal perubatan

Character sheet
Mutiara Kata saya: "Well open up your mind and see like me.. Open up your plans and damn you're free.. Look into your heart and you'll find love love love.."

Back to top Go down

Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by rozila on Thu 15 May 2008, 1:14 am

hmmm...setuju ke tak setuju ke...kena setuju jugak...siapalah kita..

macam kat tempat saya ni,walaupun pak menteri kata tahun depan baru diwajibkan tapi sebenarnya program tu dah pun dilaksanakan...

kekadang rasa rindu kat PTK yang ada exam tu pulak sebab semua orang kena dan exam pada tarikh yang sama...

"program CPD" ni...kekadang rasa cemburu jugak sebab asyik-asyik orang yang sama je pergi kursus..dah masuk bulan mei,ada setengah orang tu dah dapat 2-3 kali dah..yang kita ni...satu kursus pun belum attend lagi...yelah..setiap kursus yang kita attend kan akan dapat markah untuk melayakkan sijil amali kita diperbaharui..habis kalau tak pernah pergi kursus ni macam mana nak dapat mata..!!nanti sijil amali kita expired pula..!!
Teman...dikala kedukaan, umpama pasir ditepian pantai,tapi teman....dikala kegembiraan, umpama mencari mutiara di antara pasir-pasir itu....

rozila
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:FemaleAriesHorse
Posts : 209
Joined : 15 Jun 2007
Age : 30
Sekarang saya di : HUSM
Pekerjaan : SRN

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by sagit's on Thu 15 May 2008, 1:46 am

sabar je la...
same la den pun...kursus lum p 1 lg pun...skrg dh bulan 5....
xpe bnyk courses lg ... sabar n tunggu turn je la ek....

sagit's
Super Senior
Super Senior

Gender:FemaleSagittariusRooster
Posts : 214
Joined : 17 Apr 2008
Age : 26
Sekarang saya di : selangor
Pekerjaan : physiotherapist

Character sheet
Mutiara Kata saya: Never Say NO.. BeFore U TrY iT..

Back to top Go down

Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by Ainyanun on Wed 28 May 2008, 1:41 am

Attention to all nurses here...
Please go to this website for information on CPD for nurse
http://www.moh.gov.my/opencms/export/sites/default/moh/download/UNIT_CPD_xNursingx_.pdf
Harap-harap dapat membantu anda sekalian...

Ainyanun
Junior [Aktif]
Junior [Aktif]

Gender:FemaleCapricornDragon
Posts : 44
Joined : 04 May 2008
Age : 31
Sekarang saya di : Bamboo River
Pekerjaan : Je suis infirmiere

Character sheet
Mutiara Kata saya: It takes a lot of courage to show your dreams to someone else.

Back to top Go down

Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by awan_biru85 on Fri 06 Jun 2008, 11:33 pm

kursus ni barapa lama ye? macam best jerq
“Janganlah kamu berasa lemah semangat dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamu adalah kaum yang cemerlang jika kamu benar-benar beriman.” (Surah al-Imran, ayat 39)

awan_biru85
Senior [Aktif]
Senior [Aktif]

Gender:FemaleSagittariusBuffalo
Posts : 140
Joined : 03 Mar 2008
Age : 22
Sekarang saya di : aLOR SETAR KEDAH
Pekerjaan : SN

Back to top Go down

Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by Ainyanun on Sat 07 Jun 2008, 1:58 pm

Itu bukan kursus la...
Ianya guideline untuk nurses tahu mengenai kiraan point bagi kursus2 yang dihadiri...
Je suis infirmiere...
Mademoiselle Ainyanun

Ainyanun
Junior [Aktif]
Junior [Aktif]

Gender:FemaleCapricornDragon
Posts : 44
Joined : 04 May 2008
Age : 31
Sekarang saya di : Bamboo River
Pekerjaan : Je suis infirmiere

Character sheet
Mutiara Kata saya: It takes a lot of courage to show your dreams to someone else.

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:

You cannot reply to topics in this forum