KERETA GUNA HIDROGEN
Page 1 of 1•
KERETA GUNA HIDROGEN
Kereta guna hidrogen

DALAM dua minggu ini sahaja, dunia telah diperkenalkan dengan dua buah kenderaan berkuasa hidrogen iaitu kereta FCX Clarity oleh Honda di Jepun dan Tiguan HyMotion oleh Volkswagen yang dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS).
Nampaknya, isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini benar-benar meninggalkan impak yang besar. Jika sebelum ini, kita biasa mendengar alternatif seperti gas asli, elektrik, tenaga solar, kini giliran hidrogen pula menyusul.
FCX Clarity yang bergerak menggunakan hidrogen dan elektrik serta mengeluarkan air tanpa sebarang gas dipercayai dapat mengurangkan masalah pemanasan global. Menurut Honda, ia dua kali ganda lebih efisien berbanding kereta hibrid gas-elektrik dan tiga kali ganda lebih baik daripada kereta berkuasa gasolin.
Honda bercadang akan mengeluarkan beberapa dozen unit pada tahun ini dan kira-kira 200 unit dalam tempoh setahun. Untuk permulaan, Clarity bagaimanapun hanya akan memulakan proses pemilihan pelanggannya pada Julai nanti dan akan dilancarkan di Jepun pada musim luruh nanti.
Antara pelanggannya yang terawal ialah aktres Jamie Lee Curtis dan suaminya pembikin filem, Christopher Guest; aktres Laura Harris; penerbit filem, Ron Yerxa dan ahli perniagaan, Jon Spallino dan Jim Salomon.
Honda memberitahu halangan utama untuk melihat kejayaan kenderaan hidrogen ialah kosnya yang amat tinggi dan kekurangan stesen mengisi bahan bakar hidrogen. Honda berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima 50,000 permohonan menerusi laman web.
Tiguan HyMotion pula yang diperkenalkan kepada media empat hari sebelum itu merupakan kenderaan SUV dengan kapasiti lima penumpang. Enjinnya menyediakan lebih 107 kuasa kuda dan tidak menghasilkan asap langsung.
BEBERAPA wartawan meneliti kereta Tiguan HyMotion di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Bagaimanapun, media melaporkan yang kereta itu gagal bergerak ketika sidang media di San Francisco, California, AS baru-baru ini. Volkswagen mendakwa, masalah itu bukan ada kaitan dengan teknologi hidrogen tetapi kerana kenderaan itu masih dalam proses penghasilan.
"Isu yang akan datang seterusnya ialah jika kami berjaya menghasilkannya, di mana para pelanggan hendak mengisi hidrogen?" kata Mark Barnes, Ketua Pegawai Operasi, Volkswagen Amerika.

Fieza- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 521
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Vladimir- Staff Pemudah Cara

- Posts : 1898
Joined : 09 Oct 2006
Age : 27
Sekarang saya di : PEJ. KES. BAHAGIAN MIRI, JALAN TEMENGGONG OYONG LAWAI JAU, 98000 MIRI, SARAWAK
Pekerjaan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Vladimir-Hotline @ EnsemBoy
Re: KERETA GUNA HIDROGEN
x mampu membelinya
huhuhu
huhuhu

MLT_hidayah- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2287
Joined : 26 Feb 2008
Age : 24
Sekarang saya di : klinik kesihatan
Pekerjaan : juruteknologi makmal perubatan
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Well open up your mind and see like me.. Open up your plans and damn you're free.. Look into your heart and you'll find love love love.."