Lelaki pupus di IPTA
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Cerita-Ceriti :: Borak-Borak Isu Semasa - Perkara Yang Hangat Diperkatakan Sekarang
Page 1 of 3•
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Lelaki pupus di IPTA
Lelaki pupus di IPTA

BENARKAH faktor sekeliling seperti rumah yang sempit, teknik pengajaran lisan dan sistem pendidikan berteras peperiksaan membantutkan minat kaum lelaki dalam akademik? - Gambar hiasan
Benarkah sistem pendidikan Malaysia hari ini tidak kondusif untuk memupuk minat kaum lelaki terhadap pelajaran? Atau adakah ia hanya sekadar alasan kepada sikap malas pelajar lelaki?
FENOMENA penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti dibangkitkan lagi. Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?
Fenomena ini meresahkan banyak pihak termasuk pakar dalam dasar kepimpinan Profesor Madya Dr. Azahari Ismail yang ditemubual di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Azahari berkata fenomena kekurangan pelajar lelaki di universiti adalah isu kompleks yang berpunca daripada faktor berkait, secara langsung dan tidak langsung, yang perlu diteliti secara mendalam kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada negara dan masyarakat.
Beliau berkata fenomena kepupusan itu akan memberi implikasi besar kepada agama, sosio-ekonomi dan psikologi masyarakat, khususnya institusi keluarga, kerana lazimnya lelaki adalah ketua keluarga.
"Terima atau tidak, kejayaan seseorang itu bergantung kepada pendidikan, jadi kalau bakal-bakal bapa ini tiada pendidikan bermakna institusi keluarga akan hancur.
"Ini akan menyumbang kepada masalah lain seperti fenomena 'bapa kelam' iaitu bapa yang tidak berperanan. Sudahlah isteri pandai daripada dia, nak cakap banyak tak boleh dan dalam sesetengah kes, gaji bini lebih banyak. Bapa ini powerless and meaningless (tak ada kuasa, tak berperanan)," katanya.
Dalam mengupas isu itu, Azahari mengaitkan kurikulum sistem pendidikan negara yang menyerap sistem pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu.
Beliau berkata sehingga tahun 1800, sistem pendidikan Barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika Syarikat (AS) di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.
Bermula daripada itu, sistem pendidikan telah diubah secara menyeluruh daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran, kandungan kurikulum dan penilaian supaya lebih kondusif untuk membantu pelajar perempuan.
"Pada 1974, saya telah bercakap dengan Edna Saffy (President National Women Organisation Chapter South East America) yang memberitahu saya bahawa beliau menjalankan kempen untuk menggalakkan profesor (di AS) terutama di fakulti pendidikan untuk mengubah kurikulum ke arah itu.
"Ini penting kerana pemikiran pada waktu itu ialah pasca hippie dan antiperang yang secara tidak langsung mengubah haluan pendidikan," katanya.
Beliau berkata kurikulum itu telah berjaya memudahkan pelajar wanita berjaya dalam pengajian.
Azahari yang juga pengarah yang merangka program siswazah menganggur di negara ini pada 1986 berkata, pada ketika itu, keseimbangan antara pencapaian lelaki dan perempuan di AS tidak parah kerana nilai judaeo-christian, frontier mentality dan individualism masih kuat sekali gus mendesak lelaki untuk berusaha.
Berlainan dengan Malaysia, beliau berkata negara ini telah mengubah sistem pendidikan tanpa sedar (kerana kebanyakan ahli akademik sekitar 30 atau 40 tahun lepas belajar di AS) sedangkan nilai tradisi tempatan tidak mantap menyebabkan ramai pelajar lelaki hilang jati diri.
"Ramai lelaki yang melalui proses ini hilang jati diri dan tidak bersungguh-sungguh. Sebab itu saya kata fenomena kepupusan itu parah dan Amerika sendiri mula merasa kesannya selepas 40 tahun," katanya.
"Budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran.
"Secara langsung, pengajaran secara lisan lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek," katanya.
Dalam konteks itu, Azahari menegaskan kurikulum yang lebih secocok dengan stail dan keperluan psikologi wanita serta sistem penilaian yang bersifat penilaian akademik (baru akhir-akhir ini diubah dengan memasukkan elemen kokurikulum) secara tidak langsung menyebabkan longgokan pelajar wanita.
"Bagaimanapun fakta bahawa ramai perempuan dalam universiti bukan masalah, atau gejala tidak baik. Itulah satu rahmat besar sebab masa merdeka dulu berapa ramai perempuan belajar tetapi yang menjadi masalah ialah semakin pantas kadar kekurangan pelajar lelaki itu," katanya.
Dalam konteks itu, Azahari mencadangkan satu jawatankuasa kerja khas kebangsaan di peringkat kementerian dan universiti ditubuhkan untuk mengkaji dan mencari penyelesaian kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki itu.
"Ini bukan perdebatan dalam usaha untuk membangunkan golongan wanita tapi apa yang penting usaha untuk memastikan pelajar lelaki tidak terus terpinggir dan memberikan implikasi negatif kepada negara," katanya. - Bernama

Fieza- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 542
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Lelaki pupus di IPTA
Masa abang long belajar buat degree dulu za kami ada 79 orang classmate 7 lelaki 72 pompuan so yang laki jadi pujaan la plak
suring- Kerabat Setia Forum Paramedik

- Posts : 1057
Joined : 28 Mar 2008
Age : 32
Sekarang saya di : Depan Hospital Kuala Lumpur
Pekerjaan : Timbalan pengarah bhgn pembangunan
Re: Lelaki pupus di IPTA
suring wrote:Masa abang long belajar buat degree dulu za kami ada 79 orang classmate 7 lelaki 72 pompuan so yang laki jadi pujaan la plak
Eemmm...bukan di universiti jer meke jadi pujaan....sampai la ni pun....hahahaha...
Sebenarnya bukan lelaki kurang dari pompuan tetapi kaum lelaki dah byk p ke institusi lain...>>>penjara, pusat serenti, pusat pemulihan akhlak....
Ateee....yang tinggal kat luar ni idak seberapa sgt....maunye tak jadi rebutan dek pompuan2 kat luar ni...idak betul ke yop....

zamasy20- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 877
Joined : 06 Oct 2006
Age : 48
Sekarang saya di : Perak Darul Ridzuan
Pekerjaan : Misi
Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..
Re: Lelaki pupus di IPTA
BETUL...SETUJU NGAN KAK ZAM..

MLT_hidayah- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2478
Joined : 26 Feb 2008
Age : 24
Sekarang saya di : klinik kesihatan
Pekerjaan : juruteknologi makmal perubatan
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Well open up your mind and see like me.. Open up your plans and damn you're free.. Look into your heart and you'll find love love love.."
Re: Lelaki pupus di IPTA
Memang tak dapat dinafikan, wanita lebih ramai menjejakkan kaki ke menara gading berbanding lelaki dan lelaki ketinggalan kebelakang.... Apa yang berlaku adalah sikap segelintir lelaki yang tidak memikirkan masa depan dan tanggungjawab yang bakal dipikul untuk menjadi pemimpin.... Tak kiralah, pemimpin keluarga ataupun negara, dan lelaki juga banyak menghuni di pusat2 pemulihan dan penjara di seluruh negara... Tapi perkara yang paling penting yang perlu ditekankan di sini ialah moral dan didikan agama... Wanita di IPTA segelintirnya ada yang melakukan perkara2 yang tidak moral dan bercanggah dengan agama... Cuba fikir2 kan...

zamICU- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 657
Joined : 29 Oct 2007
Age : 28
Sekarang saya di : Bumi Malaysia
Pekerjaan : Triple 'P' U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: Satu untuk semua, semua untuk satu.
Re: Lelaki pupus di IPTA
memang pupus pun.....kalau course engineering tu pun....ramai kaum hawa dari adam...aku dlu ada 28 org pempuan...7 lelaki..3 je dari 7 tu grad..yang lain kantoi.....sedey...so kali ni aku setuju ngan Fieza...
fight the life...like u fight the fire.....

nizamsha- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2195
Joined : 14 Sep 2007
Age : 51
Sekarang saya di : Dimana-mana aku diperlukan
Pekerjaan : Kalau Api..Akan ku tentang..
Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........
Re: Lelaki pupus di IPTA
Memnag kepupusan la tu.... Tak bole nak kata lagi dah...

zamICU- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 657
Joined : 29 Oct 2007
Age : 28
Sekarang saya di : Bumi Malaysia
Pekerjaan : Triple 'P' U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: Satu untuk semua, semua untuk satu.
Re: Lelaki pupus di IPTA
aku rasa tak jugak lah pupus..mana2 yang grad UniKL, kalau tengok student dari MICET, BMI, dan yang bernaung bawah UniKL, ramai jek jugak lelaki kecuali dari RCMP..masa tu kali pertama aku rasa ramai graduan lelaki berbanding dengan perempuan..memang betul..lelaki ada, cuma mereka lebih pada course yang engineering dan aircraft. kalau yang nursing dan pharmacy tak payahla nak compare memang ramai pempuan. kalau sape2 yang pernah duduk politeknik pun rasa nya akan nampk jugak sebab lelaki suka ambik engineering ni. Malahan penerima anugerah kecemerlangan (presiden award) pun semuanya dimenangi oleh lelaki kecuali seorang sahaja perempuan. so, aku tak pecaya lah mereka ni dah pupus, somewhere, somehow, somewhat depe ni ade. myb ade yang belajar di overseas atau lebih di IPTS kot.

dhiyamirza- VIP Forum [Aktif]
![VIP Forum [Aktif] VIP Forum [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/8_star_rating.gif)

- Posts : 483
Joined : 12 Dec 2007
Age : 25
Sekarang saya di : alam forum
Pekerjaan : pembantu farmasi
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Lelaki pupus di IPTA
kalau tengok kat IPTA maybe la kurangkan, ape kata kita jengok pelajar2 lelaki di kolej Penolong Pegawai Perubatan, kolej Jururawat Jantan(sound funny la plak),engineering college, kolej tentera, kolej latihan polis...kan ke semua tu ramai lagi lelakinya..so pada aku unfair la kalau kata lelaki dah pupus. jumlahnya aje kurang di IPTA tapi lebih di tempat lain..

dhiyamirza- VIP Forum [Aktif]
![VIP Forum [Aktif] VIP Forum [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/8_star_rating.gif)

- Posts : 483
Joined : 12 Dec 2007
Age : 25
Sekarang saya di : alam forum
Pekerjaan : pembantu farmasi
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Lelaki pupus di IPTA
Tapi dhiya... berapa kerat sangat kalau nak dibanding dengan kaum perempuan yang dah beribu jumlahnya... 

zamICU- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 657
Joined : 29 Oct 2007
Age : 28
Sekarang saya di : Bumi Malaysia
Pekerjaan : Triple 'P' U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: Satu untuk semua, semua untuk satu.
Re: Lelaki pupus di IPTA
Aku blaja kat poli lah dlu.....pupus gak....
fight the life...like u fight the fire.....

nizamsha- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2195
Joined : 14 Sep 2007
Age : 51
Sekarang saya di : Dimana-mana aku diperlukan
Pekerjaan : Kalau Api..Akan ku tentang..
Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........
Re: Lelaki pupus di IPTA
Entah la nasib2.... 

zamICU- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 657
Joined : 29 Oct 2007
Age : 28
Sekarang saya di : Bumi Malaysia
Pekerjaan : Triple 'P' U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: Satu untuk semua, semua untuk satu.
Re: Lelaki pupus di IPTA
rasanya lelaki belum lagi pupus la..cuma mereka ada di mana2 yang tak nampak kot. yang aku tau masa dulu aku sekolah pempuan. sebelah dengan sekolah lelaki. ramai gak orang lelaki. lepas sekolah entah ape lah yang dekorang buat gamaknya. cuma aku masih lagi percaya bahawa certain courses lelaki masih dominan. kalau betul lelaki dah pupus kita msti cadangkan pada pihak yang terbabit untuk membuat pemuliharaan kaum lelaki..ahaaks..
seperti di china yang menjalankan pemuliharaan panda. seperti terengganu menjalankan pemuliharaan penyu. rasanya lelaki masih belum lagi pupus la korang..cuma pempuan je yang lebih ramai...kan ke pempuan lebioh ramai dari lelaki adalah tanda2 nak kiamat dah?? 

dhiyamirza- VIP Forum [Aktif]
![VIP Forum [Aktif] VIP Forum [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/8_star_rating.gif)

- Posts : 483
Joined : 12 Dec 2007
Age : 25
Sekarang saya di : alam forum
Pekerjaan : pembantu farmasi
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Lelaki pupus di IPTA
dhiyamirza cakap:
kalau betul lelaki dah pupus kita msti cadangkan pada pihak yang terbabit untuk membuat pemuliharaan kaum lelaki..ahaaks..seperti di china yang menjalankan pemuliharaan panda. seperti terengganu menjalankan pemuliharaan penyu. rasanya lelaki masih belum lagi pupus la korang..cuma pempuan je yang lebih ramai...kan ke pempuan lebioh ramai dari lelaki adalah tanda2 nak kiamat dah??
hahahahhahah...
lelaki mmg belum pupus la....cuma penonjolan kedepan tu walaupun lelaki mmg tonjol ke depan belum lg dpt menonjolkan diri di zaman ini...mungkin perubahan sikap kot...dhiyamirza ni pun satu...jan cakap sembarangan pasal panda tau...nanti c panda tu terbaca...nahas ko...

Bon- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 652
Joined : 23 May 2007
Age : 23
Sekarang saya di : mana2 sajalah..!
Pekerjaan : ramal penyakit...!
Character sheet
Mutiara Kata saya: aRamai T...mamaTai T...
Re: Lelaki pupus di IPTA
Bon wrote:dhiyamirza cakap:
kalau betul lelaki dah pupus kita msti cadangkan pada pihak yang terbabit untuk membuat pemuliharaan kaum lelaki..ahaaks..seperti di china yang menjalankan pemuliharaan panda. seperti terengganu menjalankan pemuliharaan penyu. rasanya lelaki masih belum lagi pupus la korang..cuma pempuan je yang lebih ramai...kan ke pempuan lebioh ramai dari lelaki adalah tanda2 nak kiamat dah??
hahahahhahah...lelaki mmg belum pupus la....cuma penonjolan kedepan tu walaupun lelaki mmg tonjol ke depan belum lg dpt menonjolkan diri di zaman ini...mungkin perubahan sikap kot...
dhiyamirza ni pun satu...jan cakap sembarangan pasal panda tau...nanti c panda tu terbaca...nahas ko...
ala..aku kasik contoh jek tu...
aku nak umpamakan keadaan kepupusan lelaki tu tak la sekritikal kepupusan panda yang cumel tu..namun sekali lagi aku dengan yakin dan percaya menenkankan bahawa lelaki tak pupus tetapi pempuan je yang ramai dah sekarang ni..
dhiyamirza- VIP Forum [Aktif]
![VIP Forum [Aktif] VIP Forum [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/8_star_rating.gif)

- Posts : 483
Joined : 12 Dec 2007
Age : 25
Sekarang saya di : alam forum
Pekerjaan : pembantu farmasi
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Lelaki pupus di IPTA
Pernah dulu kuar kat dalam tv nisbah lelaki dengan pompuan 1:7, tahun 1990 kot berita tv1 RTM. Tapi itu laporan menunjukkan populasi di malaysia bukan seluruh dunia...

zamICU- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 657
Joined : 29 Oct 2007
Age : 28
Sekarang saya di : Bumi Malaysia
Pekerjaan : Triple 'P' U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: Satu untuk semua, semua untuk satu.
Re: Lelaki pupus di IPTA
Biasa ler pompuan kan lebih menonjol dari lelaki so tak perlu risau kerana lelaki memang di depan.......
suring- Kerabat Setia Forum Paramedik

- Posts : 1057
Joined : 28 Mar 2008
Age : 32
Sekarang saya di : Depan Hospital Kuala Lumpur
Pekerjaan : Timbalan pengarah bhgn pembangunan
Re: Lelaki pupus di IPTA
ya betul...lelaki mmg didepan....
byk yg mereka di depan ni...
macam-macam ada...
byk yg mereka di depan ni...
macam-macam ada...

Bon- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 652
Joined : 23 May 2007
Age : 23
Sekarang saya di : mana2 sajalah..!
Pekerjaan : ramal penyakit...!
Character sheet
Mutiara Kata saya: aRamai T...mamaTai T...
Re: Lelaki pupus di IPTA
Hahahaha.... Macam mana pulak tu....

zamICU- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 657
Joined : 29 Oct 2007
Age : 28
Sekarang saya di : Bumi Malaysia
Pekerjaan : Triple 'P' U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: Satu untuk semua, semua untuk satu.

Bon- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 652
Joined : 23 May 2007
Age : 23
Sekarang saya di : mana2 sajalah..!
Pekerjaan : ramal penyakit...!
Character sheet
Mutiara Kata saya: aRamai T...mamaTai T...
Re: Lelaki pupus di IPTA

zamICU- VVIP [Aktif]
![VVIP [Aktif] VVIP [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/10_star_rating.gif)

- Posts : 657
Joined : 29 Oct 2007
Age : 28
Sekarang saya di : Bumi Malaysia
Pekerjaan : Triple 'P' U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: Satu untuk semua, semua untuk satu.
Re: Lelaki pupus di IPTA
fakta yg lebih tepat lagi.....dunia da nak kiamat.....f lebih ramai dari laki......................itu la hakikat nye.di akir zaman kan sda ni...................kite hampir tibe ke destinasi nye..........................

angellus_aniq- Kerabat Kehormat Forum Paramedik

- Posts : 1766
Joined : 12 Mar 2008
Age : 25
Sekarang saya di : smallville
Pekerjaan : jalan-jalan cari pasal
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Lelaki pupus di IPTA
so..insaf2laa....

MLT_hidayah- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2478
Joined : 26 Feb 2008
Age : 24
Sekarang saya di : klinik kesihatan
Pekerjaan : juruteknologi makmal perubatan
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Well open up your mind and see like me.. Open up your plans and damn you're free.. Look into your heart and you'll find love love love.."
Re: Lelaki pupus di IPTA
MLT_hidayah wrote:so..insaf2laa....
kalo dayah xinsaf lagi xtau la.....hihihi

angellus_aniq- Kerabat Kehormat Forum Paramedik

- Posts : 1766
Joined : 12 Mar 2008
Age : 25
Sekarang saya di : smallville
Pekerjaan : jalan-jalan cari pasal
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Lelaki pupus di IPTA
aniq dh insaf ker? 

MLT_hidayah- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2478
Joined : 26 Feb 2008
Age : 24
Sekarang saya di : klinik kesihatan
Pekerjaan : juruteknologi makmal perubatan
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Well open up your mind and see like me.. Open up your plans and damn you're free.. Look into your heart and you'll find love love love.."
Re: Lelaki pupus di IPTA
MLT_hidayah wrote:aniq dh insaf ker?
setakat ni insaf sda.................kembali ke pangkal jalan

angellus_aniq- Kerabat Kehormat Forum Paramedik

- Posts : 1766
Joined : 12 Mar 2008
Age : 25
Sekarang saya di : smallville
Pekerjaan : jalan-jalan cari pasal
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Lelaki pupus di IPTA
yer ker? mcm x insaf pun..hihihi 

MLT_hidayah- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2478
Joined : 26 Feb 2008
Age : 24
Sekarang saya di : klinik kesihatan
Pekerjaan : juruteknologi makmal perubatan
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Well open up your mind and see like me.. Open up your plans and damn you're free.. Look into your heart and you'll find love love love.."
Re: Lelaki pupus di IPTA
MLT_hidayah wrote:yer ker? mcm x insaf pun..hihihi
manusia tidak dapat menilai manusia sendiri dengan tepat n jitu...tuhan jerk yg bole menilai hamba2nye di muke bumi yg fana ini...raik?

angellus_aniq- Kerabat Kehormat Forum Paramedik

- Posts : 1766
Joined : 12 Mar 2008
Age : 25
Sekarang saya di : smallville
Pekerjaan : jalan-jalan cari pasal
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Lelaki pupus di IPTA
mmg pun...takut mulut ckp insaf tp esok buat lagi...manusia...x lepas dr melakukan kesilapan...

MLT_hidayah- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2478
Joined : 26 Feb 2008
Age : 24
Sekarang saya di : klinik kesihatan
Pekerjaan : juruteknologi makmal perubatan
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Well open up your mind and see like me.. Open up your plans and damn you're free.. Look into your heart and you'll find love love love.."
Re: Lelaki pupus di IPTA
MLT_hidayah wrote:mmg pun...takut mulut ckp insaf tp esok buat lagi...manusia...x lepas dr melakukan kesilapan...
tau xpe....manusia salu lupe.kalo manusia xpenah nak lupe,xde la org xsolat atas muka bumi ni raik??