'Mini jakarta' tidak pernah berubah

View previous topic View next topic Go down

'Mini jakarta' tidak pernah berubah

Post by Fieza on Tue 01 Jul 2008, 9:28 pm

'Mini jakarta' tidak pernah berubah

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my





DUA warga asing yang dipercayai penduduk di Kampung Pandan Dalam yang terkenal sebagai 'Mini Jakarta' bersantai tanpa sebarang rasa bimbang di Kuala Lumpur semalam.





AMPANG - Tiada banyak perubahan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Kampung Pandan Dalam di sini semalam kerana suasananya masih sama seperti enam bulan lalu.

Mana-mana sahaja kita dapat lihat warga Indonesia dan kali ini kelihatan lebih meriah dan jolokan 'Mini Jakarta' masih kekal di kawasan berkenaan.

Baik kedai jamu, kedai runcit dan restorannya, suasana saling tidak ubah seperti keadaan di negara republik berkenaan dan terasa seperti orang luar semasa berada di kawasan itu.

Restoran dan kedai makan di situ dipenuhi warga asing dan menjadi medan utama mereka berkumpul sambil menikmati makanan kegemaran mereka.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pendatang asing itu tinggal beramai-ramai di dalam sebuah rumah.








Kawasan berkenaan menjadi penempatan warga asing sejak 1980-an apabila penduduk Kampung Pandan Dalam menyewakan rumah mereka kepada mereka yang bekerja di Lembah Klang.

Menurut sumber, Kampung Pandan Dalam tidak lagi menjadi pilihan kepada masyarakat tempatan memandangkan ia kini dimonopoli oleh rakyat Indonesia.

"Dulu kira-kira tahun 70-an keadaan di sini majoriti penduduknya adalah warganegara tetapi tidak lagi sekarang kerana mereka lebih senang duduk di rumah pangsa," katanya.

Kata sumber itu lagi, kebanyakan penduduk asal di Kampung Pandan hanya terdiri daripada warga emas dan bakinya telah berpindah dan menyewakan kepada warga asing yang bekerja di pelbagai sektor di negara ini.

"Mereka memilih untuk duduk di sini kerana mudah untuk pergi ke pusat bandar selain senang untuk mendapatkan kemudahan awam seperti bas.

Bagaimanapun, katanya, telah banyak serbuan dibuat oleh pihak Imigresen tetapi bilangannya masih ramai.

"Mereka tidak pernah serik bahkan bilangannya semakin bertambah apabila keadaan kembali tenang," katanya.

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 521
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum