Perokok semakin berani di Puterajaya

View previous topic View next topic Go down

Perokok semakin berani di Puterajaya

Post by Phee Phat Sailor on Sat 17 May 2008, 2:31 pm

Perokok semakin berani di Putrajaya (dicopy dari Utusan Online)


WAH! (Meminjam latah Stacy AF6) Bagi Bidai ini satu berita baik. Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) tidak lagi akan berkompromi dengan perokok yang tidak mengendahkan larangan dengan merokok di kawasan yang dilarang. Mulai 14 Mei lepas, sesiapa yang dikesan melanggar arahan itu akan dikenakan denda sebanyak RM250 dan mereka hanya diberi masa dua minggu untuk menyelesaikan denda yang dikenakan terhadap mereka. Nampaknya, bagi yang ‘hardcore’, Bidai dapat rasakan mereka tak kisah dengan perkara itu dan sanggup membayar denda yang pada mereka kecil berbanding gian asap rokok dan nikotin yang masuk ke paru-paru mereka tu. Bidai nak tabik sikit la pada JKWPKL sebab peka dan mula sedar untuk menjalankan tanggung jawab yang selama ini dibiarkan lesu dan tidak diambil tindakan yang tegas sehinggakan ada yang melanggar pantang larang itu dengan merokok di tempat tegahan terutama di hospital. Malah di Parlimen juga sudah menjadi satu isu di mana ahli-ahli parlimen merokok secara terbuka terutama di kafetaria yang merupakan antara lokasi kesukaan perokok. Bidai bukan antiperokok, malah ramai rakan-rakan Bidai juga merupakan perokok dan ramai juga yang sudah meninggal dunia sebab rokok. Dan Bidai juga pernah mencuba untuk menghisap rokok dulu, tapi nasib baik sedar cepat dan berjaya meninggalkan aktiviti kurang bermanfaat ini. Tapi usaha yang dijalankan oleh JKWPKL ni pastinya mereka akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Apa cerita lain-lain jabatan kesihatan di negeri-negeri lain? Bukan apa, kalau pembaca ingat tahun lepas, Bidai pernah utarakan perkara yang sama di sebuah kafetaria di pejabat kerajaan, Putrajaya, lebih tepat di ibu pejabat Jabatan Imigresen. Yang Bidai marah tu bukan apa. Satu... kesalahan tu dilakukan di kawasan larangan merokok. Dua... ia dilakukan di kawasan pejabat kerajaan di Putrajaya dan yang ketiga... dah lah merokok tak hiraukan orang sekeliling, puntung rokok dibuang merata-rata dan mengotorkan kawasan tersebut. Bukan saja dia bagi asap ‘second hand’ pada orang ramai yang tengah menjamu selera, dia orang ni turut menyemakkan mata setiap orang yang lalu lalang di situ dengan puntung-puntung dan abu rokok. Dan seperti biasa, tahun ni, Bidai melawat lagi Jabatan Imigresen di Putrajaya. Biasalah, kalau dah ada bibik, gitulah rutin Bidai. Ketika pergi ke kafetaria itu, Bidai lihat ada pembaharuan. Pembaharuan dari segi amaran Kementerian Kesihatan Malaysia sudah ditampal di semua bilah tingkap di kafetaria itu dan melarang sesiapa membuka tingkap. Namun, Bidai tengok makin ramai orang yang merokok, seolah-olah tak de apa yang berlaku. Amaran tadi... tinggal amaran je lah. Apa dah jadi? Makin ditegur, makin berani dia orang atau penguat kuasa memang tak pernah jenguk. Pemilik kafetaria tu bagi Bidai, memang la dia orang tak mau tegur. Ye la, sebab semua `mahsyuk,’ kalau tak nanti tak ramai la yang nak makan atau minum kat situ. Jadi sempena Hari Tembakau Sedunia ni, Bidai amat berharap JKWPKL dapat meninjau sikit di kafetaria Jabatan Imigresen. Kalau pemilik bangunan tak mau buat apa-apa, JKWPKL kena ambil tindakan tegas, seperti poster amaran yang ditampal itu... Denda RM10,000 atau Penjara Dua Tahun. Bagi Bidai, mungkin masalah untuk mengelakkan orang merokok di tempat yang menyediakan makanan memang agak sukar, untuk itu Bidai nak cadangkan sesuatu. Di kafetaria itu kalau boleh sediakan kawasan yang diasingkan untuk perokok. Kawasan itu biarkan tanpa tingkap dan terbuka supaya asap tu terlepas ke luar dan bukan disedut oleh bukan perokok. Bagi Bidai ini lebih baik sebab perokok tidak akan berhenti merokok dan antara mereka juga tak kisah kalau nak sedut secara sengaja atau tidak asap dari perokok lain dan mereka lebih rela mati disebabkan rokok. Fikirkanlah... suluhbidai@yahoo.com
-Berbudilah pada tanah-


Phee Phat Sailor
Senior [Aktif]
Senior [Aktif]

Gender:MaleLeoSnake
Posts : 118
Joined : 16 Apr 2008
Age : 30
Sekarang saya di : Jelapang Padi
Pekerjaan : Siswatani (Pesawah Moden)

Back to top Go down

Re: Perokok semakin berani di Puterajaya

Post by MLT_hidayah on Sun 18 May 2008, 6:59 pm


MLT_hidayah
Kerabat Forum Paramedik
Kerabat Forum Paramedik

Gender:FemaleLeoRat
Posts : 851
Joined : 26 Feb 2008
Age : 23
Sekarang saya di : klinik kesihatan
Pekerjaan : juruteknologi makmal perubatan

Character sheet
Mutiara Kata saya: "Well open up your mind and see like me.. Open up your plans and damn you're free.. Look into your heart and you'll find love love love.."

Back to top Go down

Re: Perokok semakin berani di Puterajaya

Post by twentytwo on Sun 18 May 2008, 7:08 pm

bukan stakat putrajaya je..skrg kat mana2 pun diorang dah brani.
mmg dh gila si perokok tegar ni... Mad

twentytwo
VIP Forum [Aktif]
VIP Forum [Aktif]

Gender:MaleScorpioHorse
Posts : 487
Joined : 24 Mar 2008
Age : 29
Sekarang saya di : on d way to beijing
Pekerjaan : spiker & blocker

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:

You cannot reply to topics in this forum