Universiti untuk jururawat

View previous topic View next topic Go down

Universiti untuk jururawat

Post by Fieza on Sat 29 Mar 2008, 8:25 am

Universiti untuk jururawat





KERJAYA kejururawatan perlu lebih daripada itu terutamanya dari segi pembangunan kerjaya dalam sektor awam. - Gambar hiasan


Melihat senario hari ini yang menyaksikan kesedaran tahap
kesihatan yang semakin tinggi, mungkinkah sebuah universiti yang
menawarkan kursus jururawat diwujudkan di Malaysia?


"IMPIAN saya satu hari nanti, Kementerian Pengajian Tinggi akan
menubuhkan sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang khusus
menawarkan program pengajian kejururawatan."

Demikian harapan Profesor Madya Rohani Arshad, penerima anugerah Tokoh Jururawat Seri Zamrud 2008.
Anugerah itu pertama kali diadakan oleh Kementerian Kesihatan pada
tahun lalu sebagai menghargai kerjaya kejururawatan di negara ini.
Ia disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd
Ismail Merican pada majlis yang diadakan di Hotel Santubong, Kuching,
Sarawak baru-baru ini.

Rohani yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sains Kejururawatan,
Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM) merupakan Profesor Madya
pertama dalam bidang sains kejururawatan di institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) di negara ini.

Beliau berpendapat, penubuhan universiti tersebut adalah langkah
yang tepat ke arah meningkatkan lagi pembangunan aspek akademik dan
kecekapan kerjaya jururawat.

Menurut Rohani, universiti itu boleh mengambil pelajar dan
kakitangan akademik dari negara lain dan pada masa yang sama, ia juga
boleh menjalankan program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik
dengan institusi luar negara.

Rohani berkata, Malaysia kini mempunyai 19 buah sekolah dan kolej
kejururawatan awam serta 35 institusi swasta di bidang yang sama.
"Alangkah baik jika kita dapat satukan semua institusi kejururawatan
ini di bawah satu bumbung. Ia boleh menawarkan kursus daripada
peringkat diploma hinggalah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah,"
saran beliau.

Memiliki ijazah Sarjana Sains Kejururawatan dan Pendidikan dari
Universiti Edinburgh, United Kingdom, Rohani menyifatkan penubuhan
universiti sedemikian amat sesuai dengan keadaan masa kini di mana
negara mempunyai 75,000 jururawat yang aktif di perkhidmatan awam dan
sektor swasta.

Kerajaan telah melakukannya untuk golongan guru dengan mendirikan
Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. Jadi,
kenapa sebuah universiti yang khusus untuk jururawat yang dikendalikan
dan diurus oleh mereka dari bidang kejururawatan itu sendiri dapat
diadakan" soal beliau.

Beliau menambah: "Universiti ini boleh dikendalikan secara penuh
oleh mereka daripada latar belakang kerjaya kejururawatan. Ertinya
semua jawatan dari peringkat pengajar, pensyarah, ketua jabatan, dekan
serta naib canselor adalah mereka daripada bidang kejururawatan," kata
Rohani lagi.

Beliau menjelaskan, sebuah universiti kejururawatan akan dapat memusatkan kesemua pengajian dalam kursus kejururawatan.

"Sudah tentu, universiti ini memerlukan sebuah hospital pengajar
untuk kerja-kerja klinikal, tetapi masalah besar sekarang ialah kita
tidak cukup pensyarah dalam bidang kejururawatan," katanya.
Rohani berkata, kementerian telah mula mengambil langkah yang baik
dengan melantik seorang jururawat sebagai pengarah sebuah hospital umum
di negara ini, misalnya, Hospital Lanau di Sarawak yang kini mempunyai
pengarah yang merupakan seorang jururawat.

"Ini adalah langkah yang positif kerana pihak Kementerian Kesihatan
telah bergerak ke arah memberi perhatian yang lebih terhadap jururawat.
Tetapi kerjaya kejururawatan perlu lebih daripada itu terutamanya dari
segi pembangunan kerjaya dalam sektor awam," tegas beliau.
Rohani mula bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun
1973. Beliau kemudian menjadi pensyarah program sarjana muda
kejururawatan, Fakulti Perubatan UM pada tahun 1999 dan dilantik
Profesor Madya pada tahun 2003.


ROHANI ARSHAD menunjukkan trofi dan sijil Anugerah Tokoh Jururawat Seri Zamrud 2008 di Kuala Lumpur.




Kini, beliau sedang mengorak langkah untuk mendapat ijazah doktor falsafah dalam bidang pendidikan.
Menurut Rohani, sikap dan pandangan orang ramai terhadap jururawat
telah mula berubah dengan baiknya dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
"Pada zaman selepas merdeka, ramai yang menganggap tugas jururawat
sekadar memberi makan dan memandikan pesakit. Sekarang, mereka tahu
tugas dan tanggungjawab jururawat amat berat di mana jururawat
bertanggungjawab dalam membuat diagnosis kejururawatan," katanya.
"Jangan salah faham, diagnosis penyakit adalah tanggungjawab doktor.
"Jururawat adalah orang yang tahu tentang apa yang perlu dibuat
apabila pesakit mengalami keadaan kecemasan. Contohnya, jika tekanan
darah seorang pesakit tiba-tiba melonjak dengan tinggi, jururawat yang
bertugas perlu memberikan rawatan segera kerana ketika itu doktor
mungkin tiada dalam wad," kata Rohani.
Beliau menjelaskan di negara lain, jururawat diberi tugas yang lebih
besar, misalnya di Botswana di selatan Afrika, di mana Menteri
Kesihatannya adalah seorang jururawat.
"Mungkin satu hari kelak, Malaysia akan menyaksikan seorang senator
pertama dilantik daripada kalangan jururawat profesional," kata Rohani.
- Bernama

Oleh ZULKIPLE IBRAHIM

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 373
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

xperlu kot universiti jururawat?

Post by azuri016 on Sat 29 Mar 2008, 5:44 pm

macam membazir jer...sebab dah banyak kolej jururawat di malaysia ni...hampir setiap negeri...mungkin universiti bersekutu untuk semua anggota paramedik lebih sesuai..bukan jururawat semata mata..lebih menjimatkan

azuri016
Ahli Forum
Ahli Forum

Gender:MaleVirgoGoat
Posts : 1
Joined : 28 Mar 2008
Age : 28
Sekarang saya di : pearl of the orient
Pekerjaan : paramedik

Back to top Go down

Re: Universiti untuk jururawat

Post by Fieza on Sat 29 Mar 2008, 7:32 pm

keperluan jururawat mmg kritikal. hospital kerajaan masih kekurangan jururawat, begitu juga swasta dan juga ada permintaan bagi jururawat kontrak atau persendirian. tenaga pengajar dari kalangan jururawat juga masih diperlukan. universiti kejururawatan bukan saja untuk pasaran tempatan tapi luar negara.

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 373
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

Re: Universiti untuk jururawat

Post by AhTuck on Tue 01 Apr 2008, 1:21 am

setuju2....bravo Very Happy cheers
SRN berbeza ngan MBBS ..perawatan - perubatan
dua2 ada kekuatan sendiri... memang diiktiraf,tak dipertikai lagi
bila bidang berbeza wajar penghukusan diwujudkan
kat oversea ,nurses value lebih bagus dari Doktor... Nurses deggre bleh demand jauh lebih tinggi
tak mustahil Nursing University jadi kenyataan.

AhTuck
Super Senior [Aktif]
Super Senior [Aktif]

Gender:MaleLeoDog
Posts : 312
Joined : 29 Mar 2007
Age : 25
Sekarang saya di : Trauma Dept.
Pekerjaan : Handle Org Sakit

Character sheet
Mutiara Kata saya: Kekuatan Hari Ini Menempah Kejayaan Hari Esok

Back to top Go down

Re: Universiti untuk jururawat

Post by Fieza on Tue 08 Apr 2008, 6:42 pm

hidup nursing!

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 373
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

Re: Universiti untuk jururawat

Post by adilla on Fri 11 Apr 2008, 8:45 pm

bagus juga idea ni, boleh hasilkan jururawat utk malaysia dan luar negara cheers

adilla
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:FemaleCancerPig
Posts : 307
Joined : 21 Apr 2007
Age : 25
Sekarang saya di : GH Penang
Pekerjaan : SRN

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Re: Universiti untuk jururawat

Post by zulk on Mon 14 Apr 2008, 2:09 pm

bagus la klu nk wt universiti utk jururawat.. kawe pn tumpang bangga.. nampaknya jururawt maju selangkah lg.. n x mustahil jururawat akn jd kumpulan P&P sepenuhnya satu hari nanti..
zulkf 'NEED FOR SPEED'

zulk
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleTaurusRooster
Posts : 1167
Joined : 29 Sep 2006
Age : 99
Sekarang saya di : anywhere but home...
Pekerjaan : PPP (MA)

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

Back to top Go down

Re: Universiti untuk jururawat

Post by amisara on Wed 30 Apr 2008, 7:14 pm

Hai n Assalamualaikum semua,i agreed about this matter,semua nursing programme blh disatukan disitu @ at least sume pogramme harus mengikut guideline yang ditetapkan oleh universiti tersebut.And one more thing,maybe with that,kerajaan akan lebih mengangkat dan mengiktiraf profesion kita sepertimana profesion perguruan.
Dan,terpulanglah kepada kita untuk mengangkat martabat profesion yang kita cintai ini.

amisara
Ahli Forum
Ahli Forum

Gender:FemaleAquariusPig
Posts : 7
Joined : 01 Oct 2007
Age : 36
Sekarang saya di : negeri 9
Pekerjaan : Jururawat Terlatih/sedang mengikuti ijazah kejururawatan

Back to top Go down

Re: Universiti untuk jururawat

Post by Fieza on Sat 24 May 2008, 7:21 pm

harap universiti ni jadi kenyataan.. ianya boleh meningkatkan profesion jururawat

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 373
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

Re: Universiti untuk jururawat

Post by Ainyanun on Wed 28 May 2008, 1:32 am

azuri016 wrote:macam membazir jer...sebab dah banyak kolej jururawat di malaysia ni...hampir setiap negeri...mungkin universiti bersekutu untuk semua anggota paramedik lebih sesuai..bukan jururawat semata mata..lebih menjimatkan


Azuri,
It is not membazir because kolej yang ade sekarang nie yang banyak n ada di setiap negeri is for diploma programme...
This university that we are talking about is for advanced diploma, undergraduate and postgraduate sampailah ke peringkat Ph.D...
Why we need it?
Because as we know that medical have so many disciplines... O&G, Neurology, Neurosurgery, Emergency, Trauma, Orthopaedic and so on...
Therefore, we as a nurse must have own specialties...
Kita boleh specialized in midwifery...Orthopaedic nursing and so on...
But the problem now is as stated by Prof Madya Rohani...we need lecturers...
One more thing...kalo cikgu and askar kan have their own university...why don't us Question

Ainyanun
Junior [Aktif]
Junior [Aktif]

Gender:FemaleCapricornDragon
Posts : 44
Joined : 04 May 2008
Age : 31
Sekarang saya di : Bamboo River
Pekerjaan : Je suis infirmiere

Character sheet
Mutiara Kata saya: It takes a lot of courage to show your dreams to someone else.

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:

You cannot reply to topics in this forum