pengalaman sebenar benarnyerr..
Page 1 of 1•
pengalaman sebenar benarnyerr..
terserempak dgn jiran yg sudah seminggu meninggal
Sudah jadi kemestian buat Tina untuk pulang ke kampung sebulan sekali. Tapi sebenarnya kalau diikutkan hati mahu saja dia pulang menjenguk orang tua di setiap minggu. Namun apakan daya, perjalanan pulang yang mengambil masa lebih empat jam dan juga keadaan kerja yang tidak menentu jadualnya menghalang Tina berbuat demikian. Tina sebenarnya tidak sedap hati meninggalkan kedua ibu bapanya yang sudah tua sendirian, di kampung yang terletak di negeri pantai timur. Kerana itulah sekerap mungkin dia mahu pulang menjenguk mereka. Apatah lagi Tina sendiri cukup manja dengan keduanya.
Perjalanan pulang pada cuti hujung minggu kali ini memang menyeronokkan buat Tina terutama bila mengingatkan dia diberi cuti hingga hari Isnin, jadi dapatlah meluangkan lebih masa untuk ayah dan ibunya. Sambil menyanyi mengikut rentak lagu yang diputarkan di stesen radio kegemarannya, sesekali Tina mencuci mata melihat rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan. Terasa tidak sabar pula untuk sampai ke kampung.
Tapi apapun Tina ingat akan pesanan ayahnya yang berkali-kali memintanya jangan sesekali memandu laju. Ayahnya cukup risau apabila Tina memberitahu bahawa dia akan pulang selepas tamat waktu kerja. Bimbang apa-apa akan terjadi dalam perjalanan yang sudah pastinya di tengah kegelapan malam.
Jam sudah menunjukkan pukul hampir pukul sembilan malam. Dia sudahpun melepasi lebuh raya dan kini memasuki jalan biasa. Walaupun pulang berseorangan dan suasana gelap namun dia tidaklah kalut kerana sudah biasa dengan jalan tersebut. Perjalanan ke kampungnya masih ada beberapa jam lagi, Tina tidak berhasrat singgah di mana-mana kerana mahu tiba seawal mungkin. Lebih-lebih lagi ibunya sudah tiga kali menghubungi telefon bimbitnya kerana risau. Bagaimanapun sesudah hampir empat jam memandu dan ketika melewati pekan berhampiran kampungnya, Tina tidak dapat mengelak untuk memberhentikan kereta. Rasa tidak tahan untuk ke tandas menyebabkan Tina berhenti di sebuah masjid di pekan kecil tidak berapa jauh dari kampungnya.
“Masjid baru agaknya nih, tapi bulan lepas masa aku balik tak de pulak masjid ni. Ahh belasah lah, dah tak tahan ni,” bisik hati kecil Tina.
Masjid itu seperti baru dibina. Cat putihnya masih menyerlah tanpa sebarang cacat cela. Masjid itu sederhana besar dan nampak cukup cantik diterangi cahaya bulan. Waktu Tina singgah ke masjid itu, jam tangannya menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah malam tapi agak menghairankan Tina. Keadaan masjid terang benderang dan masih ramai lagi orang di dalamnya. Tina terus menuju ke bilik air yang terletak di luar masjid. Tak sampai lima langkah keluar dari bilik air itu, Tina terdengar suara memanggil namanya. Dia berpaling. Terkejut Tina melihat Mak Jah bersama cucu lelakinya yang bersekolah darjah satu, berdiri di belakangnya.
“Tina, kau dari mana malam-malam buta ni?” Tanya Mak Jah.
“Baru sampai dari K.L. Mak Jah nak ke mana ni? Kalau nak balik mari saya hantarkan,” pelawa Tina.
“Tak mengapalah, Mak Jah jalan kaki saja,” balas wanita yang berumur separuh abad ini.
“Kalau gitu saya balik dululah, Mak Jah. Mak tengah tunggu kat rumah tu, risau pulak dia kalau lambat sampai nanti,” kata Tina sambil melangkah ke kereta.
Timbul pula rasa pelik di hati Tina bila melihat Mak Jah dan cucunya yang berpakaian serba putih daripada tudung hinggalah ke kain. Tapi perasaan tersebut dibiarkan saja kerana fikirannya lebih banyak teringatkan rumah. Tidak sampai setengah jam dia sudah tiba di perkarangan rumahnya. Terasa lega hati, kerana perjalanan yang jauh berakhir jua. Seperti yang dijangka, ibu dan ayah menunggu kepulangannya.
“Cepatlah masuk, dah pukul berapa ni!” Kata ayah Tina sambil membantunya mengangkat beg dan juga buah tangan yang dibawa.
“Lewat sikit singgah kat pekan sekejap tadi sebab nak ke tandas,” jawabnya ringkas. Ayahnya cuma mengangguk. Masuk ke rumah Tina terus saja melabuhkan punggung ke kerusi rotan yang ada di ruang tamu.
“Kot ye pun penat pergilah mandi dulu, bersihkan badan lepas tu barulah berehat,” kata ibunya sambil menggeleng kepala melihat Tina tidak menyempat-nyempat untuk duduk berehat.
“Kau singgah di mana tadi?” tanya ayah Tina sambil turut sama duduk bila melihat anaknya berada di ruang tamu.
“Ala dekat masjid baru kat pekan tu. Besar jugak masjidnya ye. Bila masjid tu siap abah, tak perasan pulak Tina,” terangnya.
“Masjid mana pulak ni, setahu abah tak ada masjid baru pun kat pekan tu. Yang ada cuma masjid lama dekat rumah kita ni aje. Kau singgah tempat lain kau kata dekat pekan, tu lah balik lagi malam-malam buta. Mana tempat berhenti pun dah tak perasan,” bebel ayahnya.
“Betul bah, saya berhenti masjid baru dekat pekan. Saya ingat lagi, siap jumpa Mak Jah dengan cucunya sekali kat situ,” balas Tina.
“Mak Jah dengan cucu dia?” Ulang ayah Tina. “Mak Jah dan cucunya dah hampir seminggu meninggal. Kemalangan dekat pekan waktu balik dari masjid,” kata ayahnya dengan suara perlahan.
Tina terkejut. Peristiwa bertemu Mak Jah dan cucunya kembali bermain di fikirannya. Tina yakin orang yang ditemui di masjid memang Mak Jah dan cucunya dan masjid yang disinggahinya memang di pekan berhampiran kampungnya. Tapi bila mendengar cerita ayahnya, dia jadi bingung.
“Habis siapa yang Tina jumpa tadi?” Tanya Tina dengan wajah terkejut. Ayah dan ibu Tina hanya mendiamkan diri. Tak tahu apa jawapan yang harus diberi.

arfah- Senior [Aktif]
![Senior [Aktif] Senior [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/4_star_rating.gif)

- Posts : 116
Joined : 10 Apr 2007
Age : 18
Sekarang saya di : planet super bumi
Pekerjaan : student

<<BLaCk>>- ADMINISTRATOR

- Posts : 1720
Joined : 19 Sep 2006
Age : 28
Sekarang saya di : Bumi Yang Nyata
Pekerjaan : Designer 4 This Forum
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan
Re: pengalaman sebenar benarnyerr..
pengalaman tina..cerita la

aku ada tapi maleh nak cite seram..

arfah- Senior [Aktif]
![Senior [Aktif] Senior [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/4_star_rating.gif)

- Posts : 116
Joined : 10 Apr 2007
Age : 18
Sekarang saya di : planet super bumi
Pekerjaan : student
Re: pengalaman sebenar benarnyerr..
seram takpe..black ada..heheh
Look !nto My Eyes And Read My M!nd....F!nd YourSelf And Be YourSelf ( I'll searching For You)

AZS- Staff Pemudah Cara

- Posts : 1802
Joined : 17 Oct 2006
Age : 25
Sekarang saya di : Utara Semenanjung
Pekerjaan : jxr
Character sheet
Mutiara Kata saya:
Re: pengalaman sebenar benarnyerr..
aiyoyo..seram plak nk balik kg memlm..ngee 
cekmek- Ahli Forum

- Posts : 5
Joined : 04 May 2007
Age : 21
Sekarang saya di : kuala lumpur
Pekerjaan : setiausaha
Character sheet
Mutiara Kata saya: Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
Re: pengalaman sebenar benarnyerr..
inagtkan arfah...Tina la pla...he..he..he..

eriy- Staff Pemudah Cara

- Posts : 1740
Joined : 05 Oct 2006
Age : 29
Character sheet
Mutiara Kata saya:

Vladimir- Staff Pemudah Cara

- Posts : 1898
Joined : 09 Oct 2006
Age : 27
Sekarang saya di : PEJ. KES. BAHAGIAN MIRI, JALAN TEMENGGONG OYONG LAWAI JAU, 98000 MIRI, SARAWAK
Pekerjaan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Vladimir-Hotline @ EnsemBoy
Re: pengalaman sebenar benarnyerr..
eee..seram tkut...alamak trasa nk g toilet sape nk teman nie tolonggg.... 

nied- Senior [Aktif]
![Senior [Aktif] Senior [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/4_star_rating.gif)

- Posts : 107
Joined : 31 Dec 2006
Age : 32
Sekarang saya di : kuantan,pahang
Pekerjaan : penolong pegawai perubatan u29
Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn merungut jika diberi tugas,lakukan dgn penuh rela,jgn cepat mngeluh,penuhkan jiwa dgn redha,jgn cepat putus asa,kuatkan semangat tekadkan azam....hidup biar berpedoman supaya sentiasa diberkati ALLAH
Re: pengalaman sebenar benarnyerr..
Nasib dia ko kenal gak...kalau bukan jiran ko????
fight the life...like u fight the fire.....

nizamsha- Kerabat Lagenda Forum Paramedik

- Posts : 2179
Joined : 14 Sep 2007
Age : 51
Sekarang saya di : Dimana-mana aku diperlukan
Pekerjaan : Kalau Api..Akan ku tentang..
Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........
Re: pengalaman sebenar benarnyerr..
eeeeeeeeeee...
Kecut perut aku....
Kecut perut aku....

Shamsuri- Senior [Aktif]
![Senior [Aktif] Senior [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/4_star_rating.gif)

- Posts : 125
Joined : 16 Feb 2008
Age : 28
Sekarang saya di : pantai timur...
Pekerjaan : a.m.o
Character sheet
Mutiara Kata saya: "Takut Kepada Kegagalan Mengajar Kita Untuk TERUS GAGAL"
Re: pengalaman sebenar benarnyerr..
hmmmm..... kekadang kita rasa mmg x msk benda2 cam nih tp bila dah kena nak ckp ape eh? nak caye imposible, x caye berlaku dpn mata.......... ok ni terjadi ms i belajar kat sek berasrama dulu (kat muar). ms tu waktu prep dlm kol 9++ suasana mmg tenang & bleh dikatakan sunyi la sbb semua concentrate study. i dok tepi dekat dgn tingkap. tetiba ada suara sorang pompuan menegur i " rajin2 blaja ye nak"... bila i toleh kat tingkap mmg ada mkcik kat luar tu. muka dia sebiji muka mkck yg selalu berniaga mlm2 kat asrama tu. dia senyum je kat i. i tgk je mkck tu tanpa bersuara. then dia pusing & jln trus melepasi tembok kat luar tuh. i msh terpegun tgk mkck tu. i toleh member kat sblh i. dia pon cam i tercengang.......... tetiba tah sapa kat dlm study room tu jerit "HANTU..........." apa lagi semua yg ada berlari lintang-pukang kuar bilik. ada yg lompat je dari satu meja ke meja. nasib baik x de yg cedeera. menangis la kami2 ni ketakutan. bila dah reda rupanya ramai yg npk kejadian tu esp yg dok dekat dgn dekat tingkap i tu. imagine camne mkck tu leh lepas tembok tu. hingga sekarang pon i x tau nak percaye atau tidak kejadian tu. tp biasa la asrama sekolah kan byk benda2 yg menumpang. terpulang kepada individu nak percaya atau tidak tp bila terjadi pd diri sendiri maybe terpaksa percaya........... x nak la berlaku benda2 cam2 lg. se..........ram..........

che ti- Senior [Aktif]
![Senior [Aktif] Senior [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/4_star_rating.gif)

- Posts : 110
Joined : 18 Mar 2008
Age : 33
Sekarang saya di : di awangan
Pekerjaan : MIT
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200