BUBR AYAM

View previous topic View next topic Go down

BUBR AYAM

Post by Fieza on Fri 21 Mar 2008, 9:52 am

BUBUR AYAM

1 ekor ayam (disiang, dipotong kecil-kecil & diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1.2 liter air
4 ulas bawang merah (dicincang)
5 cm halia (dihiris)
250 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya)
1 cawan beras (dikosek & ditoskan)
1 sudu kicap cair
1 cawan pati santan
2 tangkai daun bawang (dicincang)
1 tangkai daun sup (dicincang)
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan Tambahan:
3 sudu bawang merah goreng
1 keping telur dadar (digulung & dihiris halus)
6-8 batang lada merah (dibuang bijinya & dicincang)
Kicap cair & kicap pekat

CARA
Satukan ayam yang telah diperasakan, air,
bawang merah & halia dalam sebuah periuk. Jerang di atas api yang
sederhana & biarkan hingga mendidih. Masukkan udang & masaklah
selama 1 minit. Masukkan beras, kicap cair, serbuk perasa &
perasakan secukup rasa. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkkan api.
Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 20-30 minit, dengan
mengacaunya selalu untuk mengelakkan daripada melekat & berkerak.
Masaklah hingga berasnya kembang, kemudian masukkan santan. Sesuaikan
rasanya & masak dengan berkacau selama 5 minit. Angkat dari api
& isikan ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun bawang & daun
sup. Hidangkan panas-panas, dengan bahan-bahan tambahan dalam pinggan
yang berasingan.

HIDANGAN
Untuk 4-6 orang saja

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 563
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum