Amalkan mencuci tangan
Page 1 of 1•
Amalkan mencuci tangan
Amalkan mencuci tangan
KANAK-KANAK merupakan nadinya. Tiada yang mampu menggembirakan hari beliau apabila melihat pesakit kecilnya tersenyum ketawa dan aktif semula setelah mendapatkan rawatan.
Bagi Ketua Jabatan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) yang juga pakar dalam bidang pediatrik, Prof. Madya Dr. Bilkis Banu Shri Abd. Aziz, 40-an, merasakan bidang pengkhususan itu memberikan kepuasan dalam kerjayanya sebagai seorang pengamal perubatan yang sudah mencecah 16 tahun.
Beliau berkongsi beberapa tip dan nasihat kepada para pembaca Kosmo! baru-baru ini:
Kosmo!: Apakah langkah mudah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memastikan kesihatan keluarga, khususnya anak-anak mereka?
DR. BILKIS BANU SHRI: Mencuci tangan merupakan satu langkah penting dan amat mudah. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah dengan pelbagai organisma dan jangkitan penyakit boleh berlaku dengan mudah. Saya syorkan agar tangan dicuci terlebih dahulu terutama sekali sebelum menyentuh anak-anak mereka.
Pada pendapat doktor, apakah langkah-langkah lain yang boleh dimainkan ibu bapa agar kesejahteraan keluarga terjamin?
Daripada pengalaman, saya menyarankan ibu bapa harus sedar bahawa kemahiran menjaga dan mendidik anak-anak bukan hanya selepas dia telah dilahirkan, sebaliknya sejak peringkat awal perkahwinan dan ketika mengandung lagi. Selain itu, saya berpendapat bahawa kita tidak seharusnya mengikut cara bagaimana ibu bapa kita mendidik kita kerana keadaan telah berubah dan setiap anak juga berbeza.
Apakah kelebihan bidang pediatrik?
Kanak-kanak adalah individu yang ikhlas. Sama ada sakit atau sihat, kita dapat melihat keadaan diri mereka seperti mereka senyap atau kesakitan ataupun aktif. Saya selalu berhadapan dengan golongan dewasa yang berjumpa dengan pelbagai alasan agar mereka mendapat cuti sakit (ketawa).
Bagaimanakah anda menjaga kesihatan diri?
Satu perkara kemestian saya ialah memastikan tangan saya bersih setiap kali bertemu pesakit. Oleh itu, saya akan sentiasa mencuci tangan sebelum bertemu mereka dan perkara itu saya terapkan di kalangan pelajar-pelajar saya juga.
Di samping itu, saya juga akan menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang sihat dalam kadar sederhana dan bersenam di gimnasium yang tersedia di UKM. Saya akan cuba bersenam tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya setengah jam setiap sesi.
Adakah sukar menjadi seorang pakar pediatrik?
Kerjaya ini ada saat-saat indahnya dan ada kalanya kita akan sedih kerana tidak berupaya membantu pesakit yang datang. Tetapi bagi saya, kerjaya sebagai seorang doktor adalah suatu yang memuaskan dan mendidik kita menjadi insan yang lebih prihatin dan komited untuk membantu orang ramai.
![]() |
| DR. BILKIS BANU SHRI |

Fieza- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 542
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..