Elak infeksi meningitis
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu
Page 1 of 1•
Elak infeksi meningitis
Elak infeksi meningitis
Kegagalan mendapatkan suntikan atau rawatan boleh mengakibatkan kecacatan kekal seperti terencat akal, epilepsi, buta dan pekak.

VAKSINASI berupaya melindungi kanak-kanak di bawah usia lima tahun daripada dijangkiti meningitis.
SUNTIKAN vaksinasi di kalangan kanak-kanak di Malaysia dan
kebanyakan negara lain di dunia adalah langkah standard untuk
menghindarkan mereka daripada jangkitan penyakit seperti polio, campak,
batuk kering, hepatitis dan batuk kokol.
Banyak juga laporan yang kita baca dan dengar mengenai kanak-kanak
yang mengalami kecacatan kekal seperti terencat akal, palsi serebral,
epilepsi, buta dan pekak. Semua ini terjadi hanya kerana mereka tidak
mendapat suntikan atau rawatan kerana simptom tertentu yang dialami
mereka tidak dipandang serius.
Begitu juga dengan ancaman meningitis. Ia merupakan masalah radang
pada membran dan cecair serebrospina yang meliputi bahagian luar otak
dan saraf tunjang. Ia berlaku akibat perebakan jangkitan.
Pada masa lalu, kebanyakan kes meningitis sering berlaku di kalangan
kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun. Namun, kerana
perlindungan vaksinasi kanak-kanak, kebanyakan kes meningitis pada hari
ini berlaku di kalangan mereka yang dalam lingkungan umur 15 hingga 24
tahun. Orang dewasa juga tidak dinafikan cenderung untuk menghidap
meningitis.
Penyakit meningitis disebabkan oleh beberapa kuman seperti
Haemophilus influenzaeb, Streptococcus pneumoniae, virus-virus seperti
virus beguk, campak dan lain-lain, penyakit tibi (tuberkulosis), dan
banyak lagi. Kuman yang kerap menyebabkan meningitis ialah Haemophilus
influnzae b (Hib) diikuti oleh S. pneumoniae (atau pneumokokal).
Vaksin Hib diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun
2002, dan BCG (untuk penyakit tuberkulosis) telah lama diwajibkan untuk
semua bayi semasa baru lahir.
Vaksin untuk pneumokokus pula, kerana disebabkan kosnya yang tinggi,
tidak diwajibkan di negara ini namun masih boleh didapatkan di klinik
dan hospital swasta.
Punca bagi kebanyakan kes meningitis adalah jangkitan virus, namun
bakteria dan kulat juga mampu mengakibatkan masalah yang sama.
Meningitis juga boleh disebabkan oleh organisma lain dan juga beberapa
jenis ubat, tetapi dalam kebarangkalian yang kecil.
Tahap keseriusan radang dan kaedah rawatan yang terbaik sebenarnya
bergantung kepada penyebab jangkitan tersebut. Meningitis bakteria
lazimnya lebih serius daripada meningitis virus. Rawatan segera amat
diperlukan, kerana jika seseorang memandang ringan akan masalah ini, ia
boleh membawa maut!
Jika anda mengesyaki ahli keluarga anda menunjukkan petanda atau
simptom meningitis, dapatkan rawatan kesihatan secepat mungkin. Tiada
cara lain untuk memastikan status masalah kesihatan itu selain berjumpa
dengan doktor dan menjalani ujian.
Perlu diketahui bahawa meningitis boleh berjangkit. Kuman yang
menyebabkannya boleh berpindah kepada orang lain melalui medium udara.
Ini biasanya berlaku kerana penghidap batuk atau bersin berdekatan
dengan orang lain.
Biasanya, rawatan yang diberikan untuk merawat meningitis adalah
bergantung pada penyebabnya. Bagi meningitis bakteria, pesakit perlu
mendapat rawatan di hospital supaya doktor boleh memantau kemungkinan
yang teruk seperti kehilangan upaya pendengaran, sawan atau kerosakan
otak. Anda dan anak anda juga akan dibekalkan dengan antibiotik.
Ujian makmal juga perlu bagi mendalami permasalahan meningitis.
Pengambilan sampel cecair tulang belakang (punktur lumbar) diperlukan
untuk memeriksa sama ada ia mengandungi organisma yang menyebabkan
kesakitan. Selain daripada itu, doktor juga mungkin akan menjalankan
beberapa siri ujian lain seperti ujian darah, imbasan CT atau MRI.

![]() |
| |

Fieza- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 493
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Elak infeksi meningitis

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan [url=http://w3.spancity.com/yosri/DaftarV.htm#Virus mikrob]virus[/url] atau juga bakteria.
Meningitis merupakan satu keadaan kecemasan perubatan. Pada permulaan penyakit dikalangan kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum. Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga, bronkiolitis dan jangkitan air kencing.
Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.
Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
- Demam
- Kurang selesa.
- Enggan minum.
- Sakit kepala.
- Menangis berterusan.
- Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")
- Tanda akhir serangan Meningitis:
- Muntah.
- Sawan.
- Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
- Lemah.
- Ruam seperti lebam-lebam.
- Tidak sedar.

zamasy20- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 897
Joined : 06 Oct 2006
Age : 48
Sekarang saya di : Perak Darul Ridzuan
Pekerjaan : Misi
Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..