|
|
Last topics
Top posters
| nizamsha | |
| atira | |
| Cik Pah | |
| Vladimir | |
| AZS | |
| eriy | |
| <<BLaCk>> | |
| Wan | |
| zulk | |
| fadel |



Tue 08 Apr 2008, 7:54 pm by Fieza
Doktor tengking jururawat ikuti kursus
SAYA
ingin menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan sikap keterlaluan
seorang doktor yang bertugas di Hospital Bersalin Pulau Pinang terhadap
isteri saya, seorang jururawat terlatih yang mengikuti kursus di
hospital berkenaan.
Pada 13 Mac lalu, ketika bertugas, isteri saya dimarahi dan
ditengking seorang doktor dengan mengeluarkan perkataan kesat dan keji
tanpa alasan wajar.
Sebagai seorang doktor yang dianggap profesional perkataan
kesat seperti itu tidak sepatutnya disebut. Tambahan pula kepada
jururawat yang menjalani kursus. Lagipun, kesalahan dilakukan tidaklah
sebesar mana pun.
Tidak dinafikan, sebagai seorang penyelia,
sememangnya mempunyai hak untuk menegur sekiranya didapati orang
bawahan membuat kesilapan. Apa yang dikesalkan bukanlah isu teguran,
tetapi perkataan digunakan adalah terlalu kesat, tidak mencerminkan
imej seorang doktor.
Untuk makluman, isteri saya mengalami trauma yang teruk,
takut untuk pergi bekerja dan tidak boleh menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada kursus itu. Setiap pagi isteri akan menangis serta
bimbang sekiranya kejadian itu akan berulang. Doktor berkenaan juga
mengugut untuk mengambil tindakan ke atas isteri saya.
Saya meminta Kementerian Kesihatan, untuk menyiasat kejadian
berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya. Ia perlu agar insiden itu
tidak berulang dan dijadikan iktibar kepada yang lain. Ingatlah, negara
kita sudah maju dan belajarlah cara yang betul untuk menegur orang
lain.
SUAMI KESAL,
Kulim, Kedah.
Comments: 20
Bronkitis
Demam Kuning
Ebola
Tuberkulosis (Tibi)