|
|
Last topics
Top posters
| nizamsha | |
| atira | |
| Cik Pah | |
| Vladimir | |
| AZS | |
| eriy | |
| <<BLaCk>> | |
| Wan | |
| zulk | |
| fadel |



Sun 20 Apr 2008, 11:48 am by MaStErMiNd
Umur persaraan baru kakitangan awam belum muktamad
KUALA LUMPUR 19 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,
beliau masih belum membuat keputusan mengenai umur persaraan baru
kakitangan perkhidmatan awam.
Perdana Menteri memberitahu, umur persaraan baru hanya akan
diumumkan pada sambutan Hari Pekerja 29 Mei depan anjuran Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Tambahnya, CUEPACS telah menyalahtafsirkan kenyataan beliau sambil
menegaskan bahawa tidak ada keputusan lagi bahawa umur persaraan akan
ditetapkan pada usia 60 tahun.
“CUEPACS telah membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan. Saya
telah mengatakan bahawa saya melihat ini sebagai satu cadangan yang
positif.
“Saya bersikap positif mengenainya untuk meningkatkan umur persaraan
dan perbincangan tertumpu sama ada ia perlu dinaikkan di antara 58
tahun hingga 60 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyertai Program
Pemukiman Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.
Perdana Menteri memberitahu, beliau menerima secara positif cadangan
yang dikemukakan oleh CUEPACS tetapi belum lagi membuat keputusan.
Presiden CUEPACS, Omar Osman dalam satu pertemuan dengan Perdana
Menteri Khamis lalu mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan bersetuju
menerima lima tuntutan kongres.
Lima tuntutan itu ialah kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar,
pelanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pengubahan
kaedah peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) serta elaun kritikal
dan imbuhan tetap perumahan.
Satu lagi tuntutan iaitu pemberian honorarium RM2,000 kepada 1.2
juta kakitangan awam bagaimanapun ditolak oleh kerajaan kerana keadaan
semasa termasuk masalah kenaikan harga barang.
Comments: 33
Bronkitis
Demam Kuning
Ebola
Tuberkulosis (Tibi)