|
|
Last topics
Top posters
| nizamsha | |
| atira | |
| Cik Pah | |
| Vladimir | |
| AZS | |
| eriy | |
| <<BLaCk>> | |
| Wan | |
| zulk | |
| fadel |



Sat 26 Apr 2008, 8:42 am by MaStErMiNd
Saman tidak pakai tali keledar belakang mulai September (UTUSAN ONLINE) - Bernama PUTRAJAYA 25 April - Penumpang belakang kenderaan yang gagal memakai tali pinggang keledar akan dikenakan saman mulai September ini. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, walaupun penguatkuasaan peraturan baru itu bermula Jun ini, tempoh pengenalan bagi tiga bulan pertama hanya melibatkan tindakan advokasi seperti amaran dan teguran. "Selepas tempoh tiga bulan itu kita akan mengenakan saman kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan itu, namun kadarnya masih belum ditetapkan dan masih di peringkat rundingan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Suret berkata, peraturan memakai tali pinggang di bahagian belakang kenderaan itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada kenderaan keluaran selepas 1 Januari 1995, di mana jika ada antaranya yang tidak mempunyai tali pinggang di bahagian belakang, mereka dikehendaki memasangnya dalam tempoh 3 tahun. Bagi kenderaan keluaran sebelum 1 Januari 1995 serta kenderaan Perodua Kancil dan Kenari keluaran pertengahan 1998 hingga pertengahan 2004 yang dikecualikan daripada peraturan itu, mereka juga digalakkan untuk memasang tali pinggang keledar tersebut atas sebab-sebab keselamatan. "Tapi mereka hendaklah kembali kepada pengeluar kenderaan berkenaan, bukannya dengan memasang tali pinggang tersebut di mana-mana bengkel kerana dikhuatiri pemasangannya nanti tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan. "Bagi model Perodua Kancil dan Kenari JKJR telahpun mencadangkan kepada pihak Perodua untuk menawarkan pakej istimewa bagi pemasangan tali pinggang itu di bawah program Corporate Social Responsibility (CSR) dan masih di dalam pertimbangan pengurusan atasan syarikat itu," katanya. Bagi kes jika terdapat penumpang keempat pula, Suret berkata, tindakan tidak akan diambil terhadap penumpang tersebut memandangkan hanya terdapat tiga set tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang.
Comments: 4
Bronkitis
Demam Kuning
Ebola
Tuberkulosis (Tibi)