Permulaan berlakunya maksiat

View previous topic View next topic Go down

Permulaan berlakunya maksiat

Post by Fieza on Wed 19 Sep 2007, 3:09 pm

ALLAH melaknat iblis dan mengusirnya dari syurga buat selama-lamanya disebabkan kesombongannya. Hukuman itu menyebabkan iblis berdendam dengan Adam, lalu iblis memohon kepada Allah supaya dipanjangkan usia sehingga hari kiamat.

Iblis bersumpah mahu menyesatkan Nabi Adam dan anak cucunya dari jalan benar serta menggoda supaya mengabaikan perintah Allah.


Permohonan itu dikabulkan, namun Allah mengiringi penerimaan itu dengan kutukan.

“Allah berfiman: Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya.” (Al-A'raaf: 1Cool

Selepas iblis diusir dari syurga, tinggallah Nabi Adam keseorangan, tetapi ketika dia bangun daripada tidur tiba-tiba di sisi kepalanya ada seorang wanita (Hawa) yang dijadikan Allah kepadanya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam ketika baginda tidur dan dia tidak berasa sakit.

Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan penuh kenikmatan, namun dilarang mendekati sejenis pokok. Tetapi larangan itu tidak dipatuhi menyebabkan pakaian dan perhiasan mereka di syurga terlepas.

“Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Selepas mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?” (Al-A'raaf : 22)

Lanjutan daripada peristiwa itu juga Allah mengingatkan anak cucu Nabi Adam iaitu manusia supaya tidak terpedaya dengan syaitan, sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-duanya dari syurga, sehingga terlucut pakaian mereka berdua.

Nabi Adam sambil menangis menoleh kepada Hawa lalu berkata: “Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah. Inilah permulaan munculnya maksiat.”

Hawa menjawab: “Wahai Adam! Aku tidak pernah menyangka ada makhluk berani bersumpah palsu kepada Allah.”

Di syurga Nabi Adam sentiasa berlari kerana malu kepada Allah sehingga baginda mengira azab Allah dipercepatkan, lalu dia menundukkan kepala dan berkata: “Ampun! Ampun.”

Selepas diturunkan dari tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, Adam menangisi kesalahannya selama 100 tahun. Dia sentiasa menundukkan kepala di atas kedua-dua lututnya, sehingga titisan air matanya membasahi bumi, menumbuhkan rumput dan pokok.

Wahab bin Munabbih menceritakan, Nabi Adam berada dalam kemurkaan Allah selama tujuh hari. Pada hari ketujuh, Allah memanggilnya, kemudian memberikan wahyu kepadanya:

“Wahai Adam, kesedihan apakah yang Aku lihat menimpamu hari ini? Bencana apakah menimpamu sehingga menyebabkanmu hanyut?”

Allah meminta Nabi Adam berkata: “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau wahai Allah dengan segala puji-Mu, aku menganiaya diriku sendiri dan aku melakukan kejahatan, terimalah taubatku. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.”

Kemudian Allah mengirimkan kepada Nabi Adam sebuah khemah dan diletakkannya di tempat berdirinya Kaabah (sebelum Kaabah itu sendiri dicipta). Nabi Adam tinggal di situ dan seterusnya mengembangkan keturunannya.

Ada juga menceritakan Nabi Adam dan Hawa pertamanya tiba di puncak bukit di luar Makkah, dengan Adam di Safa, manakala Hawa di Marwa.

Sesetengah mendakwa Nabi Adam berpindah ke Sri Lanka dan di sana terdapat satu tempat dipanggil Kemuncak Bukit Adam yang dikatakan mengandungi jejak tapak kakinya yang besar.

Pendapat menerangkan Nabi Adam hidup 1,000 tahun. Baginda dimakamkan di al-Hindi, di kawasan sisi bukit dan dikatakan dekat dengan bukit (Abu Qabis) di Makkah. Baginda dikafan, disolat dan dimasukkan ke liang kubur oleh malaikat.

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 521
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by anakpintar on Wed 19 Sep 2007, 3:14 pm

ALLAHUAKBAR...

anakpintar
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleAriesSnake
Posts : 240
Joined : 06 Sep 2007
Age : 31
Sekarang saya di : Hospital Seri Manjung
Pekerjaan : Penolong Pegawai Perubatan

Character sheet
Mutiara Kata saya: Best In Me!

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by kasih on Wed 19 Sep 2007, 3:22 pm

subahanaallah.....

kasih
Senior [Aktif]
Senior [Aktif]

Gender:FemaleCancerCat
Posts : 121
Joined : 19 Aug 2007
Age : 21
Sekarang saya di : pantai timur
Pekerjaan : Smbg Stdy Blk...

Character sheet
Mutiara Kata saya: jujur pada yg jujur

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by Fieza on Wed 19 Sep 2007, 3:24 pm

kenapa anakpintar? kasih? dah baca artikel ni?

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 521
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by kasih on Wed 19 Sep 2007, 4:30 pm

dah baca fieza..

kasih
Senior [Aktif]
Senior [Aktif]

Gender:FemaleCancerCat
Posts : 121
Joined : 19 Aug 2007
Age : 21
Sekarang saya di : pantai timur
Pekerjaan : Smbg Stdy Blk...

Character sheet
Mutiara Kata saya: jujur pada yg jujur

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by msaa on Thu 20 Sep 2007, 6:30 am

masyallah......
..tu lah yg dikatakan "original sin".... masaelah....
msaa07

msaa
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleVirgoGoat
Posts : 859
Joined : 05 Oct 2006
Age : 101
Sekarang saya di : i-care N healthy
Pekerjaan : PPPPPP

Character sheet
Mutiara Kata saya: Bendera kita kibaq biaq betoi...

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by Vladimir on Thu 20 Sep 2007, 7:55 am

naper lak macam tu msaa????
- sihat sepanjang hayat-

Vladimir
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleCapricornMonkey
Posts : 1898
Joined : 09 Oct 2006
Age : 27
Sekarang saya di : PEJ. KES. BAHAGIAN MIRI, JALAN TEMENGGONG OYONG LAWAI JAU, 98000 MIRI, SARAWAK
Pekerjaan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Vladimir-Hotline @ EnsemBoy

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by atira on Thu 20 Sep 2007, 9:17 am

tira pun dah baca fieza....

atira
Kerabat Kehormat Forum Paramedik
Kerabat Kehormat Forum Paramedik

Gender:FemaleCapricornRat
Posts : 1996
Joined : 15 Aug 2007
Age : 23
Sekarang saya di : ganu
Pekerjaan : lepak2..tp tingkat

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by msaa on Fri 21 Sep 2007, 2:54 am

Vladimir wrote:naper lak macam tu msaa????

tajuknya permulaan maksiat....dgn kisah adam dan hawa dihukum ......kawe dengo saing catholic orthodox kata gitulah ...tu dorang kata dosa laki ngan puan ni original masing2 memerlukan!...

Ada sesape yg taw creta..bila dan bagaimana adam dan hawa kawen ka....kalo nak kira hukum kawen x wujud lagi masa tu kan.....so camno dorang mulakan ya?? mano dorang taw gitu2 ......
........kalo pembunuhan sesama anak adam pun , x tahu bagaimana nak simpan sehinggalah ternampak burung yg menanam burung yg mati bergadoh!....tu lessons ni......camno lessons adam kawen ....fieza taw ka?...
msaa07

msaa
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleVirgoGoat
Posts : 859
Joined : 05 Oct 2006
Age : 101
Sekarang saya di : i-care N healthy
Pekerjaan : PPPPPP

Character sheet
Mutiara Kata saya: Bendera kita kibaq biaq betoi...

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by rozila on Fri 05 Oct 2007, 7:23 pm

msaa..

saya tak tau bila dan bagaimana adam dan hawa kawin.. sebab saya rasa tidak diceritakan dalam Alqur'an..dalam kitab - kitab @ buku - buku karangan ihya' ulummuddin yang lain tak pasti, sebab tak buat reserch..apa yang pasti saya yakin semua yang berlaku antara adam dan hawa tu adalah rahsia Allah.. tidak boleh sesiapa mempertikaikan..Wallah hu A'lam bissowwab..

rozila
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:FemaleAriesHorse
Posts : 201
Joined : 15 Jun 2007
Age : 30
Sekarang saya di : HUSM
Pekerjaan : SRN

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by nizamsha on Fri 05 Oct 2007, 10:15 pm

Tepat Tu Rozilla.....Biarlah rahsia mcm siti nurhaliza cakap.....Bukan keje kite mempertikaikan keputusann tuhan....tak layak sangat....banyak lagi yang ble dipertikaikan oleh kita....pertikaikan kenapa orang dapat gaji lebih lagi bagus............tul tak?????????????????
fight the life...like u fight the fire.....

nizamsha
Kerabat Lagenda Forum Paramedik
Kerabat Lagenda Forum Paramedik

Gender:MaleAquariusRooster
Posts : 2179
Joined : 14 Sep 2007
Age : 51
Sekarang saya di : Dimana-mana aku diperlukan
Pekerjaan : Kalau Api..Akan ku tentang..

Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by msaa on Sat 06 Oct 2007, 2:06 am

kah...kah....tu lah ilmu ni x habis kalo nak dikaji..ilmu yg ade didunia sebesar kuman je kalo nak dibandingkan dgn ilmu tuhan.....
dan ilmu yg telah dikaji bolehlah dipertikai..yg blum camno!!!
msaa07

msaa
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleVirgoGoat
Posts : 859
Joined : 05 Oct 2006
Age : 101
Sekarang saya di : i-care N healthy
Pekerjaan : PPPPPP

Character sheet
Mutiara Kata saya: Bendera kita kibaq biaq betoi...

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by rozila on Mon 26 Nov 2007, 3:12 am

msaa wrote:

Ada sesape yg taw creta..bila dan bagaimana adam dan hawa kawen ka....kalo nak kira hukum kawen x wujud lagi masa tu kan.....so camno dorang mulakan ya?? mano dorang taw gitu2 ......
........kalo pembunuhan sesama anak adam pun , x tahu bagaimana nak simpan sehinggalah ternampak burung yg menanam burung yg mati bergadoh!....tu lessons ni......camno lessons adam kawen ....fieza taw ka?...
_________________
msaa07


msaa...

cerita ni dipetik dari sebuah buku yang bertajuk kisah cinta adam dam hawa....harap kita semua berpuas hati...


Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon Syajarah Thuba, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: ;Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!.

Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
Mana mahar?; tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?.

Bukan! kata Tuhan.

Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya? tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

Bukan! tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!.

Allah SWT. berfirman: Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu perintah Allah, dan dapatlah ia sebagai isterimu!.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka:Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim.

(Al-Araaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al-Baqarah: 3Cool

ha...begitulah kisahnya, puas hati tak msaa??..
Teman...dikala kedukaan, umpama pasir ditepian pantai,tapi teman....dikala kegembiraan, umpama mencari mutiara di antara pasir-pasir itu....

rozila
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:FemaleAriesHorse
Posts : 201
Joined : 15 Jun 2007
Age : 30
Sekarang saya di : HUSM
Pekerjaan : SRN

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by msaa on Mon 26 Nov 2007, 3:01 pm

Puas lah kiranya ini boleh menjadi rujukan yg muktahir....sebenor creta ini sikit2 pernah dicretakan oleh mahaguru KAFA zaman dolu2...cuma part akad nikah dan mahar tu kawe totally lost atau pun khayal dengan bidadari syurga masa dicretakan tu...he..he..he..yg masih segar diingat adam dan hawa diperintah/dihukum kebumi setelah digoda iblis memakan buah dari pohon tempat tinggal iblis dan dilarang dari didekati.... Evil or Very Mad....tapi itulah sekarang pun ramai yg berasmara bawah pokok....kah..kah...

Anyway TQ bebanyak rozila... Cool
msaa07

msaa
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleVirgoGoat
Posts : 859
Joined : 05 Oct 2006
Age : 101
Sekarang saya di : i-care N healthy
Pekerjaan : PPPPPP

Character sheet
Mutiara Kata saya: Bendera kita kibaq biaq betoi...

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by shu_shine2008 on Tue 25 Dec 2007, 7:35 pm

kita sebenarnyer adalah khalifah allah..
so kita kena truskan perjuangan nenek moyang kita iaitu nabi adam dan siti hawa...
so jgn tewas pada syaitan lengkapkan diri anda dgn mmperkmaskan solat fardhu...
buat yg utama dahulu sblum nk buat amal len...
kalu solat pun tinggal amalan senat yg len cume sia2 sajerr...
so ingat2lah whai smua kawanku di cnie...
hehehehe
i am new mmbers please comment me...
ehhehe

shu_shine2008
Ahli Forum
Ahli Forum

Gender:MaleLibraCat
Posts : 12
Joined : 25 Dec 2007
Age : 20
Sekarang saya di : samping anda semua
Pekerjaan : student

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by urineblue on Wed 26 Dec 2007, 12:04 am

gua tumpang baca.... tq...

urineblue
Junior [Aktif]
Junior [Aktif]

Gender:MaleCancerRat
Posts : 40
Joined : 25 Dec 2007
Age : 24
Sekarang saya di : selangor
Pekerjaan : ppk

Character sheet
Mutiara Kata saya: JANGAN JADI PENGECUT..... BANGUN LA WOIIII.....

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by zulk on Mon 31 Dec 2007, 11:20 pm

hi geng... itulah bezanya kita ngn agama lain.. dlm islam kita melihat semua manusia sama.. x d ajar agr tidak mempersoalkn hukum allah.. tp bg masyrkt barat.. mereka melihat hukum allah ini sebagai ketidak adilan sosial.. contohnya wanita yg period d katakan d nafikan hak kerana bila period mereka tidak boleh sembahyang, puasa dsb.. ini d lihat sbg diskriminasi jantia.. ttp berlainan dgn islam yg memandang haid sbg penyucian diri seseorg wanita..mereka juga melihat umat islam sbg tiada keadialan sosial apabila kita d haramkan memakan ****.. mereka mempersoalkan kenapa itu tidak boleh.. HARAM kata kita.. tp apa jawapan yg tepat.. susah utk d jelaskn kerana dlm al quran sendiri telah menetapkan sedemikina.. cuma ada kajian saintis yg mengaitkan daging **** dgn cacing pita.. byk rahsia al quran yg kita masih belum kaji.. namun sains moden oleh sarjana barat telah menemui kebenaran dlm ayat2 al quran.. yg telah d turunkan Allah sejak beribu tahun dahulu.. subhanallah..
zulkf 'NEED FOR SPEED'

zulk
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleTaurusRooster
Posts : 1132
Joined : 29 Sep 2006
Age : 99
Sekarang saya di : anywhere but home...
Pekerjaan : PPP (MA)

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by rozila on Wed 02 Jan 2008, 6:57 pm

setuju dengan zulk..

tapi kalau kita perhatikan betul-betul..ramai dah orang-orang barat bila mereka kaji al'quran,mereka kagum dan rasa takjub,sebab cerita dalam alqur'an itu benar-benar berlaku...dan mereka percaya, lalu Allah bukakan pintu hati mereka untuk memeluk islam.. sunny sunny
maha suci Allah.


berbeza dengan kita...makin maju dunia kita sekarang... makin jadi lalai dengan kemewahan duniawi..

makin banyak malapetaka yang terjadi...makin kita tak ingat Allah..jenayah berlaku sana-sani,peperangan berlaku merata tempat..gempa sana, gempa sini..bunuh-membunuh..sumbang mahram,rasa lebih dasyat dr cerita zaman jahiliah yang pernah ustaz-ustaz duk cerita masa zaman kecik-kecik dulu tapi masih tak sedar-sedar jugak yang dunia sudah akhir zaman... ... macam takde apa-apa yang berlaku...

sebagai umat islam, apa yang kita harus lakukan....agar umat kita sekarang tak hanyut lebih jauh...lupa Allah.

NAUZUBILLAH
Teman...dikala kedukaan, umpama pasir ditepian pantai,tapi teman....dikala kegembiraan, umpama mencari mutiara di antara pasir-pasir itu....

rozila
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:FemaleAriesHorse
Posts : 201
Joined : 15 Jun 2007
Age : 30
Sekarang saya di : HUSM
Pekerjaan : SRN

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Re: Permulaan berlakunya maksiat

Post by tam on Sun 25 May 2008, 11:35 pm

NAK MENGINGATI ALLAH BUKAN SUSAH SANGAT PON
BUKAN MASA KITA SOLAT JER NAK INGAT TUHAN
MASA MAKAN ,MASA BERJALAN ,NAK TIDO,BUANG AIR KECIL@BESAR PON BOLEH.....BUKAN SUSAH CUMA SEBUT DALAM HATI ALLAH..ALLAH...
NAK MAKAN INGAT LA ALLAH YG BAGI REZEKI, MASA BERJALAN TU INGAT LA ALLAH YG BAGI KUDRAT MASA BERSEMBANG TU INGAT LA ALLAH YANG ANUGERAH LIDAH, TELINGA UNTUK MENDENGAR, MATA UNTUK MELIHAT, HATI DAN AKAL UNTUK BERFIKIR, YANG SEBENARNYA KITA BOLEH BERAMAL DARI MULA KITA BANGUN HINGGA KITA TIDO ..BUKAN BILA SEMAYANG JER KITA BERAMAL...SEPANJANG HIDUP KITA BOLEH BERAMAL IBADAT KALAU KITA ADA TAHU ... SEBAB TAHU ITU ILMU..KALAU TAK TAHU MAKNANYA TAKDER ILMU LA...

tam
Junior
Junior

Gender:MalePiscesGoat
Posts : 22
Joined : 05 Dec 2006
Age : 29
Sekarang saya di : bpfk
Pekerjaan : pembantu farmasi u29

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum