FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Perkhidmatan klinik desa dinaik taraf

Go down

Perkhidmatan klinik desa dinaik taraf

Post by Info Bola Sepak on Wed 17 Dec 2014, 3:32 pm


Wartawan Sinar Harian

17 Disember 2014

Kira-kira 5,000 penduduk mendapat manfaat dengan adanya penambahbaikan perkhidmatan di klinik desa.


TUMPAT - “Sejak klinik di pulau ini dinaik taraf, kami tidak perlu bersusah payah naik bot menyeberangi sungai Kelantan untuk mendapatkan rawatan,” kata seorang warga emas.

Kira-kira 5,000 penduduk dari 13 pulau sekitar mendapat manfaat sejak klinik desa Pulau Teluk Rejuna dinaik taraf kepada klinik kesihatan.

Mahmud Samah, 73, berkata, penambahbaikan perkhidmatan di klinik itu memberi manfaat besar kepada penduduk pulau kerana pelbagai rawatan disediakan.

“Sebelum ini hanya rawatan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak sahaja, tetapi sekarang ini pesakit kencing manis, darah tinggi, deman pun boleh diperiksa di sini,” katanya.

Menurutnya, klinik itu juga disediakan perkhidmatan doktor tetapi hanya pada Isnin manakala hari lain dirawat oleh Penolong Pegawai Perubatan.

Mahmud berkata, kini dia tidak perlu lagi memapah isterinya, Rokiah Siah, 66, yang menghidap strok menaiki bot untuk ke Klinik Kesihatan Sungai Pinang.

“Perjalanan menyeberangi sungai Kelantan untuk sampai ke klinik di Sungai Pinang itu mengambil masa selama 15 minit.

“Bukan saya sahaja yang bermasalah, mana-mana keluarga yang mempunyai pesakit pun akan berdepan masalah yang sama,” katanya.

Bagi Roslan Ismail, 40, berkata, penambahbaikkan perkhidmatan di klinik itu memberi keselesaan kepada penduduk pulau.

Katanya, hanya dua klinik disediakan di penempatan kawasan pulau itu iaitu klinik di Pulau Tokang dan Pulau Teluk Rejuna.

“Tetapi sebelum ini hanya rawatan lebih kepada ibu mengandung dan kanak-kanak tetapi sejak satu daripadanya dinaik taraf, ia memberi kemudahan kepada semua penduduk,” katanya.

--- SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum