FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Vaksin HPV Selamat - Kementerian Kesihatan

Go down

Vaksin HPV Selamat - Kementerian Kesihatan

Post by Info Bola Sepak on Tue 27 Jan 2015, 12:56 pm


PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjelaskan suntikan vaksin human papillomavirus (HPV) adalah selamat dan tiada kesan sampingan seperti yang dilaporkan di Columbia, berlaku di negara ini.

Pengarah Kawalan Penyakit, KKM Dr Chong Chee Kheong berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan yang dikeluarkan pada tahun lepas menyatakan vaksin HPV ini adalah selamat.

"Kesimpulan ini dibuat berdasarkan semakan dan siasatan secara saintifik semua kesan sampingan yang dilaporkan oleh negara di dunia semenjak vaksin HPV didaftarkan pada 2006," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Chong berkata Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM akan terus memantau kesan sampingan selepas imunisasi HPV dalam kalangan remaja Malaysia, di samping memantau kejadian luar biasa berkaitan, yang berlaku di luar negara.

Beliau juga menyeru semua ibu bapa untuk mengambil peluang daripada Program Imunisasi HPV Kebangsaan ini dengan memberi izin anak perempuan mereka diberi imunisasi HPV bagi melindungi mereka daripada jangkitan HPV16 dan HPV18 serta mencegah daripada mendapat kanser servik.

Dr Chong berkata vaksin HPV telah diberi kepada remaja perempuan berumur 13 tahun di sekolah di bawah Program Kesihatan Sekolah semenjak 2010 dan dianggarkan 230,000 remaja perempuan ini diberi imunisasi HPV sebanyak 3 dos pada jadual 0, 1 dan 6 bulan, setiap tahun.

Sehingga kini, beliau berkata sebanyak 3.45 juta dos vaksin HPV ini telah digunakan dengan 60 peratus daripadanya adalah vaksin HPV quadrivalent.

"Pelaporan mengenai kesan sampingan selepas imunisasi vaksin HPV aktif dilakukan bagi menangani isu-isu yang mungkin timbul akibat imunisasi. Sehingga kini, kesan sampingan dengan gejala yang serupa seperti yang dilaporkan di Colombia tidak dilaporkan berlaku di negara ini," katanya.

Dr Chong berkata sejak kebelakangan ini, pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita luar negara bahawa imunisasi HPV tidak selamat dan mendakwa lebih 200 remaja Colombia mengalami gejala pucat, letih lesu dan pengsan selepas menerima imunisasi HPV pada September tahun lepas.

Semasa berita tersebut dikeluarkan, beliau berkata KKM telah menyemak butiran insiden tersebut dengan WHO dan hanya 11 kes sahaja yang disahkan oleh pihak perubatan Colombia.

Kementerian Kesihatan Colombia menyatakan bahawa tiada bukti kukuh yang mengaitkan gejala tersebut dengan vaksin HPV, katanya.

Dr Chong berkata satu badan berkecuali yang menjalankan siasatan ke atas kejadian tersebut pula telah membuat kesimpulan bahawa gejala yang dialami adalah 'mass psychogenic response' kepada imunisasi.

Beliau berkata keadaan yang sama pernah dialami di Australia apabila 26 remaja mengalami pening, pitam dan gejala neurologi dan hanya empat kes sahaja yang dimasukkan ke wad tetapi semua pulih tanpa komplikasi.

"Langkah pencegahan yang dijalankan bagi mengelakkan gejala tersebut adalah imunisasi diberi dalam keadaan murid duduk dan mereka diletakkan di bawah pengawasan selama 15 minit selepas diberi imunisasi.

"Langkah sama dilakukan ke atas remaja perempuan kita di Malaysia," katanya.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum