FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Liga Malaysia 2015 | Steinbruckner Diberi Tugas Kenal Pasti Pemain Import Keempat T-Team

View previous topic View next topic Go down

Liga Malaysia 2015 | Steinbruckner Diberi Tugas Kenal Pasti Pemain Import Keempat T-Team

Post by Info Bola Sepak on Sat 31 Jan 2015, 11:07 am

KUALA TERENGGANU, 29 Jan (Bernama) -- Jurulatih T-Team Formislav Steinbruckner diberi tugas mengenal pasti pemain import keempat pasukan berstatus kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Perdana 2015.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata jurulatih dari Croatia itu diberi 'kebebasan' memilih pemain import berkenaan kerana beliau lebih mengetahui pemain yang diperlukan bagi memperkuatkan pasukan tersebut.

"Kita serahkan kepada beliau (Steinbruckner) mencari pemain import tersebut kerana beliau lebih arif dalam perkara ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan berkenaan membuat persediaan awal kerana apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuka jendela pendaftaran pemain pada April depan, mereka sudah pun bersedia mendaftar pemain import keempat itu.

Katanya setakat ini T-Team telah mendaftar tiga pemain import iaitu Faramola David Oniya dari Nigeria serta Sadriddin Abdullaev dan Farhad Radjiev, kedua-duanya dari Uzbekistan.

Mengulas mengenai pemain import berkenaan, Mohd Syahrizan berkata pihaknya berpuas hati kerana ketiga-tiga pemain import tersebut menampilkan prestasi yang diharapkan.

T-Team akan membuka tirai Liga Perdana musim ini, berdepan pasukan kelab dari Selangor, PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada 6 Feb ini.

Mohd Syahrizan berharap pasukan kelab dari Terengganu itu akan berjaya membawa pulang tiga mata penuh untuk menyuntik semangat bagi mengharungi perlawanan seterusnya.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum