FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

ADUN Manjoi Saran Kadar Bonus Penjawat Awam Dinaikkan

Go down

ADUN Manjoi Saran Kadar Bonus Penjawat Awam Dinaikkan

Post by Lord Vlad on Mon 06 Apr 2015, 4:51 pm


IPOH, 3 April (Bernama) -- Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mencadangkan agar kadar bonus kepada penjawat awam negeri ini dinaikkan selaras dengan pencapaian mereka.

Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN-Manjoi) berkata langkah tersebut penting kerana ganjaran seumpama itu adalah sumber motivasi yang tinggi kepada penjawat awam untuk terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Selain bonus, insentif lain yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan negeri ialah Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah bagi pembelian rumah kepada penjawat awam.

"Cadangan ini sudah tentu akan mengurangkan beban kewangan penjawat awam. Skim ini bukanlah suatu perkara luar biasa kerana ia telahpun dilaksanakan oleh kerajaan Johor," kata Mohamed Ziad ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan perasmian sidang dewan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, di Ipoh, Jumaat.

Beliau berkata kebajikan penjawat awam tidak seharusnya dilihat berdasarkan imbuhan dan ganjaran semata-mata, sebaliknya penyediaan persekitaran kerja yang kondusif juga mempengaruhi prestasi kerja mereka.

Mohamed Ziad berkata sistem penyelarasan dan penyelenggaraan aset agensi dan pejabat-pejabat kerajaan negeri perlu diberi perhatian seperti kenderaan kerana daripada segi logistik, ia dapat membantu kelancaran penjawat awam melaksanakan tugas mereka.

"Penjawat awam merupakan nadi penting dalam menggerakkan keseluruhan jentera kerajaan, tanpa nadi tak bergeraklah tubuh badan; tanpa penjawat awam, segala perancangan dan dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata penjawat awam adalah cermin kepada kerajaan, oleh itu mereka wajib memahami, menghayati dan mengaplikasikan dasar-dasar kerajaan negeri dalam melaksanakan tugas.

"Oleh demikian, sekiranya terdapat program menteri bertemu rakyat, penglibatan penjawat awam amat penting bagi memudahkan tindakan penyelesaian dan di zaman ini, rakyat sentiasa mengharapkan penyelesaian segera," katanya.

Mohamed Ziad berkata cadangan beliau dan pelbagai inisiatif yang telah diambil kerajaan jelas menunjukkan bahawa parti pemerintah amat menyanjung tinggi peranan penjawat awam.

"Ini jelas berbeza dengan komen dan tuduhan liar pembangkang kepada kerajaan dan kakitangannya. Sebagai contoh, apabila ada ADUN pembangkang menuduh kerajaan bodoh, ini bermakna mereka juga menuduh penjawat awam bodoh," katanya.

Pada peringkat ini, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) bangun mencelah.

"Kalau ada apa-apa kritikan kepada kerajaan, kita bukan ajukan kepada pegawai kerajaan kerana pegawai kerajaan hanya melaksanakan tanggungjawab atas arahan atau keputusan pihak kerajaan.

"Kita mengkritik kerajaan, bukan pegawai kerajaan, mesti bezakan," kata Ngeh.

Mohamed Ziad kemudian menyatakan bahawa beliau merasakan bahawa pembangkang 'sakit akal yang kronik' dalam persidangan kali ini dan meminta mereka bermuhasabah serta memikirkan segala tuduhan liar yang dilempar kepada pelbagai pihak.

"Untuk makluman Dewan, setiap dasar dibuat oleh kerajaan telah melalui beberapa proses bermula daripada perancangan sehinggalah kepada pelaksanaan dan penjawat awam terlibat pada setiap proses tersebut kerana pandangan serta buah fikiran mereka turut diambil kira," katanya.

Beliau berkata sebagai contoh yang jelas, Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang merupakan pegawai tinggi kerajaan yang berada dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Mohamed Ziad menyifatkan persidangan kali ini berbeza dan luar biasa daripada sebelumnya kerana sejak hari pertama persidangan, satu peristiwa yang amat memalukan dan mencabuli sistem demokrasi raja berperlembagaan telah berlaku.

"Secara keseluruhannya, dapatlah saya simpulkan bahawa pihak kerajaan sentiasa melihat masa depan dan merancang untuk kemakmuran negeri dan rakyat untuk jangka masa panjang.

"Bagaimanapun, pembangkang sering menimbulkan persepsi negatif dengan meracuni pemikiran rakyat dan mencari publisiti murahan semata-mata untuk melihat negeri dan rakyat tidak membangun," katanya.

Persidangan dewan bersambung Isnin depan.

--BERNAMA

----Forum Paramedik Malaysia-----




avatar
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2439
Umur : 39
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 5580

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum