FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

1,245 Kompaun Dikeluar Bagi Premis Biak Aedes Di Johor

Go down

1,245 Kompaun Dikeluar Bagi Premis Biak Aedes Di Johor

Post by Lord Vlad on Thu 28 May 2015, 12:49 pm

JOHOR BAHARU, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak 1,245 kompaun telah dikeluarkan kepada 47,807 premis perniagaan dan kawasan kediaman yang positif pembiakan nyamuk aedes masuk minggu ke-20 berakhir pada 23 Mei tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ayub Rahmat berkata dari jumlah kompaun itu, sebanyak 605 kompaun atau 49 peratus telah dibayar bernilai RM113,887.

"Dari Januari hingga 23 Mei lepas, sebanyak 1,131,711 premis perniagaan dan kawasan kediaman telah diperiksa dengan 47,807 darinya positif pembiakan," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan COMBI Peringkat Kolej Kediaman Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kolej Tun Razak, UTM, Skudai, Rabu.

Ayub berkata dari jumlah itu, sebanyak dua kes didapati berulang dan kini dalam proses pendakwaan di mahkamah.

Beliau berkata bagi mengatasi kes denggi yang kini tinggi terutama di kawasan kuarters kerajaan, jawatankuasa dalaman peringkat jabatan perlu diwujudkan dalam usaha mengawal denggi dari lebih berleluasa.

Dengan adanya jawatankuasa dalaman, ia akan dapat menjalankan strategi yang lebih berkesan terutama sekali menumpukan perhatian kepada kawasan yang jarang dihuni dan berpotensi tinggi untuk membiak nyamuk aedes.

Sementara itu, Ayub berkata jumlah kes demam denggi pada tahun ini sehingga minggu ke-20 adalah sebanyak 2,782 kes, meningkat sebanyak 41.2 peratus kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 1,970 kes.

Bagaimanapun, kes yang melibatkan kematian bagi tempoh yang sama adalah sebanyak tujuh kes, menurun jika dibandingkan dengan 12 jumlah kematian pada tempoh yang sama tahun lepas.

-- BERNAMA

----Forum Paramedik Malaysia-----




avatar
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2438
Umur : 39
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 5755

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum