FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Vaksin Denggi Belum Sedia Diberi Dalam Skala Besar - Subramaniam

Go down

Vaksin Denggi Belum Sedia Diberi Dalam Skala Besar - Subramaniam

Post by Lord Vlad on Thu 28 May 2015, 12:51 pm


GEORGE TOWN, 27 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan belum bersedia memberi vaksin denggi dalam skala besar kepada penduduk negara ini kerana ia masih perlu melalui beberapa peringkat ujian klinikal.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian mengenai vaksin yang dijalankan dengan kerjasama sebuah syarikat swasta dari Jepun itu sepatutnya dikeluarkan Jun ini.

"Setakat ini Malaysia tidak menjalankan kajian vaksin sendiri sebaliknya bekerjasama dengan syarikat swasta dari luar negara seperti Jepun kerana melibatkan kos yang tinggi.

"Kita ada terima data ujian percubaan vaksin itu baru-baru ini tetapi masih terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan dan ia dijangka mengambil masa," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata kes denggi dijangka terus meningkat hujung tahun ini dipengaruhi perubahan serotip virus dan pola kependudukan sekaligus mempengaruhi kajian penyediaan vaksin.

"Virus denggi ini rumit kerana ada empat jenis itu iaitu virus serotip Denggi Satu, Dua, Tiga dan Empat dan penerima perlu vaksin berbeza untuk terus imun.

"Senario tahun lepas trend paling tinggi ialah Den 2 (Denggi Dua) dan analisis tahun ini lebih ramai kena Den 1 dan trend boleh sentiasa berubah," katanya.

Subramaniam berkata populasi berkepadatan tinggi seperti di kawasan perumahan flat dan kawasan industri turut menggandakan kadar penyebaran denggi dan ia adalah cabaran utama dalam menangani wabak itu dalam jangka masa panjang.

"Justeru itu kementerian menjalin kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri untuk menangani wabak ini terutama dalam menghapuskan tempat pembiakan denggi," katanya.

-- BERNAMA

----Forum Paramedik Malaysia-----




avatar
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2439
Umur : 39
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 5580

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Vaksin Denggi Belum Sedia Diberi Dalam Skala Besar - Subramaniam

Post by Info Bola Sepak on Tue 16 Jun 2015, 12:12 pm

dah ada vaksin yer???
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4405

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum