FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Halau Nyamuk Aedes Dengan App Telefon

Go down

Halau Nyamuk Aedes Dengan App Telefon

Post by Info Bola Sepak on Tue 30 Jun 2015, 1:49 pm





PETALING JAYA, 30 Jun (Bernama) -- Dr Hidayatul Fathi Othman telah mengkaji nyamuk Aedes sejak 20 tahun yang lalu.

Professor Madya dalam bidang parasitologi and entomologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu merupakan antara pakar akademik utama mengenai penyakit berasaskan vektor di Asia Tenggara.



Namun beliau seperti tidak keruan ketika ketiga-tiga anaknya sendiri serentak mengalami denggi, lima tahun lalu.

"Simptom yang dialami mereka sungguh ekstrem dan muncul tiba-tiba, sehinggakan saya terus membawa mereka ke hospital untuk membuat ujian darah. Saya begitu sedih apabila mendapati paras kiraan platlet anak sulung saya telah jatuh ke 40," katanya.



Anak kedua dan ketiga beliau masing-masing dengan kiraan platlet 80 dan 60, dimasukkan ke hospital swasta. Namun doktor menyarankan anak sulung beliau dimasukkan ke hospital kerajaan agar mudah mendapat bekalan pek sel darah merah.



TAK BERDAYA



"Kiraan platlet anak sulung saya terus merudum daripada 22 ke 18, kemudian ke 15 dan akhirnya, lapan. Beliau mula mengalami pendarahan di gusi dan hidung. Keadaannya ketika itu begitu lemah sehinggakan saya berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa beliau sekiranya sudah sampai masa beliau. Tak sanggup saya melihatnya dalam keadaan penderitaan yang teruk sekali," ceritanya, sebak.

Dr Hidayatul Fathi berkata empat pek sel darah dimasukkan ke dalam tubuh anaknya namun hanya berjaya menaikkan kiraan platlet kepada 12, sebelum kiraan itu turun kembali.

"Saya sudah begitu lama mengkaji Aedes aegypti dan Aedes albopictus sehinggakan saya boleh menjawab apa saja soalan mengenainya. Tapi bila anak saya sendiri terkena denggi, saya tiada jawapan, tidak tahu apa untuk dilakukan. Saya tidak terdaya untuk melakukan apa-apa. Saya hanya mampu berdoa," katanya.

Berkat doa seorang ibu, kiraan platlet anaknya mula meningkat selepas hari ke-12 beliau diwadkan sehinggalah pulih sepenuhnya.



AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA



Namun memori pahit pengalaman itu tetap segar di ingatannya.

"Saya tidak mahu mana-mana ibu lain melalui apa yang saya telah lalui. Saya tidak tidur sehingga empat malam. Saya hanya duduk di sebelah katilnya, memastikan beliau masih bernafas," katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan sebanyak 108,698 kes denggi dilaporkan pada 2014. Ini adalah pertama kali jumlah kes denggi tahunan menjangkau 100,000 sekaligus menandakan peningkatan 151 peratus berbanding angka 2013.

Trend itu berterusan sehingga ke suku pertama 2015 dengan 32,535 kes dilaporkan dan 101 kematian. Ini merupakan peningkatan 37 peratus kes denggi dan jumlah kematian berganda berbanding tempoh masa yang sama pada 2014.

"Negara sudah mencapai tahap endemik denggi. Tidak dapat saya tekankan betapa seriusnya keadaan ini. Kalau kita tidak kena pun, keluarga kita mungkin kena dan ingat, denggi itu membunuh," tegasnya.

Dr Hidayatul Fathi berkata orang ramai tidak seharusnya berharap kepada pihak kementerian sahaja untuk mencari penyelesaian bagi masalah denggi. Sebaliknya, ia harus dijadikan satu usaha komuniti.

"Saya mengikut saranan Kementerian Kesihatan supaya mengambil masa 15 minit setiap hari bagi mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk dalam rumah saya. Tiada satu larva nyamuk pun dapat ditemui namun anak-anak saya terkena demam denggi. Masyarakat harus bekerjasama kerana penyelesaiannya tidak dapat dilakukan secara perseorangan," katanya.



Kerja-kerja "fogging" hanya dapat membunuh nyamuk dewasa dan bukan larva Aedes. Tambahnya, nyamuk Aedes yang didedahkan kepada bahan kimia dalam penyemburan "fogging" dalam jangka panjang akan dapat membina ketahanan terhadap bahan itu.



Adalah lebih bijak sekiranya masyarakat dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang masa, nasihatnya. Ini dapat dilakukan dengan meluangkan 15 minit setiap hari untuk aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk di rumah, memakai seluar panjang dan baju lengan panjang walaupun di dalam rumah dan menggunakan bahan pencegah nyamuk (mosquito repellent) sekerap mungkin.



KIL-DENGUE



Bagaimana pun, tidak semua orang akan ingat untuk membawa pencegah nyamuk bersama mereka ketika keluar rumah dan dalam hal ini telefon mudah alih boleh membantu.



"Dewasa ini, orang ramai membawa telefon mereka ke mana-mana sahaja," kata Dr Hidayathul Fathi ketika pelancaran Kil-Dengue, satu app yang direka khas untuk menghalau nyamuk Aedes.



App itu dibangunkan oleh New Wave Communications Sdn Bhd dan berfungsi dengan mengeluarkan gelombang bunyi yang berupaya menghalau nyamuk Aedes aegypti.



Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menguji keberkesanan app itu dan mendapatinya berupaya menghalau lebih 75 peratus nyamuk Aedes aegypti yang membawa virus denggi.

Pengerusi New Wave Communications, John Sung mengakui teknologi itu bukanlah sesuatu yang baru. Namun ia telah dibangunkan dalam tempoh tiga tahun dan diubahsuai untuk menghalau nyamuk Aedes aegypti.

"Hasrat asal kami adalah untuk mengubahsuai teknologi sedia ada di Korea bagi pasaran Malaysia. Kami dapati gelombang bunyi berlainan diperlukan untuk menghalau nyamuk penyebab denggi di sini. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk membangun dan menguji app itu di IMR dalam memastikan gelombang bunyi yang bersesuaian digunakan," katanya ketika pelancaran app itu di sini, baru-baru ini.



BERKESAN





Dr Hidayatul Fathi berkata app itu berfungsi dengan mengeluarkan frekuensi yang sama dengan pukulan sayap nyamuk Aedes jantan, Aedes albopictus.

"Nyamuk Aedes betina yang menyebarkan virus denggi dengan gigitan. Bagaimana pun mereka hanya menghisap darah manusia setelah melakukan persenyawaan untuk mendapatkan protein darah manusia bagi tumbesaran telur dalam tubuh mereka," jelasnya.

Setelah persenyawaan berlaku, nyamuk Aedes betina akan mengelakkan pengawanan kedua dengan menjauhkan diri daripada nyamuk Aedes jantan. Ini menyebabkan nyamuk Aedes betina terbang jauh apabila mendengar frekuensi pukulan sayap nyamuk Aedes jantan seperti yang dikeluarkan oleh app itu.

App mesra pengguna itu mempunyai pilihan enam "environment" (suasana) termasuk pejabat, bilik, hutan dan pantai.

Sung berkata frekuensi app itu berfungsi dengan berkesan dalam lingkungan lima meter.

Semasa app itu diaktif pengguna masih boleh menggunakan fungsi-fungsi lain seperti "chat" dan melayari internet. Bagaimanapun fungsi app itu akan terganggu sementara ketika jika ada panggilan telefon. Pengguna juga dapat memilih selama mana app itu diaktifkan.

Ketua Mobile Apps New Wave Communications Dorothy Yap berkata app itu menggunakan kuasa bateri yang sederhana, sama seperti mendengar mp3 melalui telefon mudah alih.

"Frekuensi pukulan sayap itu hampir tidak dapat didengari telinga manusia. Nada frekuensinya dapat menghalau nyamuk tapi tidak begitu kuat sehingga menjengkelkan pengguna."

Kil-Dengue dapat dimuat turun daripada Google Play atau Apple App Store dengan yuran sekali bayar RM10 (bagi wadah Android) atau USD2.99 (bagi iOS).

-- BERNAMA

SHM PR SHM
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum