FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

PPj Mahu Premis Makanan Capai Status Kebersihan Gred A Pada 2016

Go down

PPj Mahu Premis Makanan Capai Status Kebersihan Gred A Pada 2016

Post by Info Bola Sepak on Sun 12 Jul 2015, 4:44 pm

gambar: Utusan Malaysia

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) -- Perbadanan Putrajaya (PPj) meletakkan sasaran untuk memastikan kesemua premis makanan di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan mencapai status kebersihan gred A menjelang akhir 2016.

Pengarah Komersil, Pembangunan Perniagaan Dan Pelesenan PPj Shamshul Joehari Zainal Mokhtar berkata langkah itu akan meningkatkan imej Putrajaya sebagai wilayah bersih dan selamat.

Katanya usaha ke arah tersebut sudah dimulakan sejak tahun lepas membabitkan premis makanan di bawah seliaan PPj dan juga persendirian, melibatkan 350 premis kesemuanya.

Setakat Mei tahun ini, katanya, PPj melakukan pemeriksaan ke atas 233 premis dan 114 daripadanya telah diberi gred A.

"Ini merupakan peningkatan yang memberangsangkan berbanding hanya 120 premis yang mendapat gred A daripada jumlah keseluruhan premis yang diperiksa pada tahun lepas," katanya kepada Bernama.

Untuk rekod, sebanyak 104 premis kini diletakkan di bawah gred B manakala selebihnya yang mencapai gred C telah diarah tutup oleh PPj bagi kerja pembersihan dan akan dinilai semula.

Shamshul Joehari berkata satu perjumpaan akan diadakan oleh pihak PPj bersama pengusaha dan pemilik premis makanan di Putrajaya selepas Aidilfitri nanti bagi mendapatkan kerjasama mereka berkenaan sasaran gred A yang ditetapkan oleh PPj.

"Perkara ini sewajarnya diterima baik oleh pihak pengusaha penjualan makanan kerana dengan jaminan kebersihan premis mereka sudah tentu mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk datang makan di tempat mereka," katanya.

Jelasnya usaha PPj tersebut seharusnya disokong kerana selain mereka yang tinggal di sini, Putrajaya yang menjadi tumpuan orang luar terutamanya pelancong sudah pastinya menginginkan tempat jualan makanan yang bersih dan selamat.

PPj ditubuh di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi tujuan mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya yang juga dipertanggungjawabkan dengan fungsi sebagai pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancangan tempatan.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum