FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

View previous topic View next topic Go down

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Info Bola Sepak on Thu 22 Oct 2015, 10:26 am

Isu perpipndahan pemain kembali mengusik hati peminat bola sepak seluruh negara. Ada pemain kesayangan masing² yang mungkin akan meninggalkan pasukan yang disokong. Namun itu adalah adat. Yang patah pasti akan tumbuh, yang hilang pasti akan berganti.

yang lama menjadi Lagenda, yang baru mungin lebih baik dari yang lama.

so berikut adalah senarai gosip perpindahan terkini.

Sumber perpindahan dikutip dari akhbar harian, laman sosial, cakap-cakap kedai kopi dan lain². mungin ada yang benar dan mungin ada yang jauh dari realiti sebenar. Anda dinasihatkan tidak mempercayai 100% sehinggalah list sebenar diumum pasukan bertanding. Sekian.

akan diupdate dari semasa ke semasa.


Patrick Ronaldinho Wleh - PKNS FC ---> Selangor FA
Mohd Razman Roslan - Pahang FA ---> Selangor FA
Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid - Pahang FA ---> Selangor FA
R Gopinathan - Pahang FA ---> Selangor FA
Mohd Hafiz Kamal - Pahang FA ---> Selangor FA


Makeche Ndumba - Felda United ---> Sarawak FA
Gilmar Jose Da Silva Filho - Kelantan FA ---> Sarawak FA
Syahrul Azwari Ibrahim - HMA ---> Sarawak FA
K Gurusamy - Selangor FA ---> Sarawak FA
Mohd Akmal Mohd Noor - NS Matrik ---> Sarawak FA
Mohd Sharil Sa'ari - T-Team ---> Sarawak FA


Jorge Pereyra Diaz - Atletico Independiente (Argentina) ---> JDT
Paulo Rangel - Terengganu FA ---> JDT
Azamuddin Akil - Pahang FA ---> JDT
Mohd Azinee Taib - Pulau Pinang FA ---> JDT


Vokhid Shodiev *IMPORT Uzbekistan ---> Perak FA


Mohd Faisal Abd Halim - P.Pinang FA ---> Pahang FA


Joseph Kallang Tie - Sarawak FA ---> Terengganu FA
Amridzwan Taj Tajudin - Kelantan ---> Terengganu FA
Yong Kuong Yong - Pulau Pinang FA ---> Terengganu FA


Mohammed Ghaddar [IMPORT - Lebanon] ---> Kelantan FA
Faizal Abu Bakar - PDRM ---> Kelantan FA
Muslim Ahmad - PDRM ---> Kelantan FA
Manaf Mamat - Terengganu ---> Kelantan FA
Daudsu Jamaluddin - JDT ---> Kelantan FA
Indra Putra Mahayuddin - Felda United ---> Kelantan FA
Mohd Faris Shah Rosli - HMB ---> Kelantan FA
Mohd Ramadhan Abd Hamid - HMB ---> Kelantan FA
Fakhrulzaman Wan Abdullah Zawawi - pemain Piala Presiden Kelantan ---> Kelantan FA
Mohd Qayyum Marjoni Sabil - pemain Piala Presiden Kelantan ---> Kelantan FA
Mohd Shahrul Hakim Rahim - pemain Piala Presiden Kelantan ---> Kelantan FA
Mohd Zafran Akramin Abd Razak - pemain Piala Presiden Kelantan ---> Kelantan FA
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed - pemain Piala Presiden Kelantan ---> Kelantan FA


Syazwan Ibrahim - Kelantan FA ---> Melaka United
Muhammad Syawal Norsam - Pahang FA ---> Melaka United
Mohd Hazri Rozali - Pahang FA ---> Melaka United


Matias Cordoba *IMPORT ---> Pulau Pinang FA
Brent Griffths *IMPORT ---> Pulau Pinang FA 
Jose Tadeu *IMPORT ---> Pulau Pinang FA
Robert Conrthwait *IMPORT Selangor FA ---> Pulau Pinang FA
Mohd Fitri Omar - Kelantan ---> Pulau Pinang FA
Mohd Fauzan Dzulkifli - Felda United - Pulau Pinang FA
Mohd. Nursalam Zainal Abidin - UiTM FC ---> Pulau PInang FA
Dominic Tan - Harimau Muda ---> Pulau PInang FA
Jeffrey Chew - Harimau Muda ---> Pulau PInang FA 
S.Kumaahran - Harimau Muda ---> Pulau PInang FA 
Mohd. Faizat Ghazli - Harimau Muda ---> Pulau PInang FA 
Wan Rohaimi Wan Rahasdi - Harimau Muda ---> Pulau PInang FA
Syamer Kutty - Harimau Muda ---> Pulau PInang FA 
Mohd. Hazrul Hafiz - Harimau Muda ---> Pulau PInang FA

Ahmad Fakri Saraani - Kelantan ---> PKNS

Norfazly Alias - ATM ---> Felda United
Abdul Shukor Jusoh - ATM ---> Felda United
S. Sivanesan - NS Matrik ---> Felda United
Bobby Gonzales - Perak ---> Felda United
Idris Ahmad - Perak ---> Felda United
Ahmad Ezrie - PDRM ---> Felda United


Joel Chianese *IMPORT AUSTRALIA ---> NS Matrik
Taylor Regan *IMPORT AUSTRALIA ---> NS Matrik
Andrew Nabbout *IMPORT AUSTRALIA ---> NS Matrik
Alex Smith dari *IMPORT ENGLAND ---> NS Matrik
Mohd Afiq Azmi - Selangor FA ---> NS Matrik
Shazlan Alias - Selangor FA ---> NS Matrik
Muhd Syamim Othman - Selangor FA ---> NS Matrik
Mohd Nasriq Baharom - Felda United ---> NS Matrik


Carlos Eduardo de Souza Floresta *IMPORT Brazil ---> Kedah FA
Amar Rohidan - Kelantan ---> Kedah FA
Fakri Saarani - Kelantan FA ---> Kedah FA
Shakir Shaari - JDT ---> Kedah FA


A. Thamil Arasu - Selangor FA ---> Kuala Lumpur FA


JURULATIH

Gary Michael Philips (Australia) ---> Negeri Sembilan Matrik
K. Devan ---> Kelantan FA
Dollah Salleh ---> Perlis FA
K. Rajagobal ---> Sarawak FA
Zainal Abidin Hassan - Pahang FA ---> Selangor FA
Ahmad Shaharuddin Rosdi ---> Pahang FA

Ismail Zakaria ---> Kuala Lumpur FA
Benjamin Mora *Mexico ---> JDT II


Last edited by Info Bola Sepak on Sun 03 Jan 2016, 3:43 pm; edited 18 times in total
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Palladium on Wed 25 Nov 2015, 8:50 am

update jangan tak update.....
avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 39
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3752

View user profile

Back to top Go down

Gary Micheal Philips Ketua Jurulatih Negeri Sembilan Yang Baharu

Post by Info Bola Sepak on Wed 25 Nov 2015, 3:56 pm



SEREMBAN, 24 Nov (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengumumkan pemilihan bekas jurulatih Sabah dari tahun 2009 hingga 2011 sebagai ketua jurulatih skuad Negeri Sembilan yang baharu bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim depan.

Gary Michael Philips, jurulatih berpengalaman berusia 52 tahun dari Australia itu dipilih menggantikan pengendali tempatan sebelum ini, K. Devan.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis menandatangani kontrak ketua jurulatih itu di sini Isnin malam.
Bercakap kepada pemberita, Mohamad berkata Gary sudah memulakan tugasnya dan beliau tidak asing dalam liga bola sepak tempatan dan pasti mampu membawa perubahan kepada skuad Negeri Sembilan.
Mohamad yang juga Presiden PBNS berkata pengalaman pengendali itu yang sebelum ini turut menjadi pengendali pasukan bola sepak wanita Papua New Guinea pasti ditagih di mana Negeri Sembilan mensasarkan untuk kembali beraksi di Liga Super musim 2017.
"Ini bermakna skuad Hobin Jang Hobin perlu menduduki dua tangga teratas carta Liga Perdana musim 2016 bagi merealisasikan sasaran berkenaan. Saya mengharapkan kebangkitan skuad Negeri Sembilan musim depan.
"Selain skuad Liga Perdana, Gary juga diberi tanggungjawab membimbing skuad Piala Presiden dan belia Negeri Sembilan. Kontrak Gary bersama skuad Negeri Sembilan ialah selama setahun," katanya.
Mengenai pemain skuad Liga Perdana, beliau berkata pemilihan pemain masih berjalan menerusi beberapa siri perlawanan persahabatan yang diatur.
"Kita telah senarai pendek pemilihan pemain daripada 45 orang kepada lebih 30 orang setakat ini. Sekarang kita hendak memilih 23 orang pemain sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 14 Feb 2016.
"Ada beberapa posisi yang penting yang perlu kita beri penekanan untuk dimantapkan. Jadi, kita akan terus mencuba pemain-pemain untuk mengisi posisi berkenaan. Kita masih lagi membuka pintu kita kepada pemain yang berminat untuk menyertai Negeri Sembilan," katanya.
Sementara itu, Gary menganggap penyertaannya dalam pasukan Negeri Sembilan sebagai satu cabaran untuk membawa pasukan itu mencapai sasarannya kembali beraksi di Liga Super musim 2017.
"Ia satu kebanggaan dapat membimbing pasukan Negeri Sembilan. Saya akan berusaha untuk merealisasikan sasaran mereka itu. Saya tahu ia bukan perkara mudah, tetapi dengan sokongan semua pihak saya yakin kita boleh lakukan," katanya.
-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

PBSNT Gugur 15 Peratus Pemain Untuk Diganti Pemain Baharu Tahun Depan

Post by Info Bola Sepak on Wed 25 Nov 2015, 4:00 pm

KUALA TERENGGANU, 22 Nov (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menggugurkan sekurang-kurangnya 15 peratus pemainnya untuk digantikan dengan pemain baharu bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Setiausaha Agungnya Arpin Draman berkata antara yang akan digugurkan nanti termasuklah pemain Piala Presiden, pemain yang mengalami kecederaan dan pemain yang tidak disambung kontrak.

"Kita sekarang dalam proses pengguguran untuk memudahkan pemain-pemain berkenaan mencari majikan baharu untuk kerjaya mereka pada masa depan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Ahad.

Dalam pada itu, menurut Arpin, pihaknya sedang mengintai beberapa pemain pasukan negeri lain yang dipercayai dapat membantu memperkuatkan pasukan Terengganu musim depan.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa kerana pemain-pemain terbabit masih terlibat dalam pertandingan Piala Malaysia.

Arpin berkata dengan perkembangan tersebut, Terengganu akan mengekalkan hanya 17 pemain sedia ada, termasuk pemain import untuk membentuk pasukan yang mantap tahun depan.

Beliau berkata pemain-pemain tersebut akan melaporkan diri apabila PBSNT memulakan latihan awal bagi persiapan menghadapi Liga Malaysia di Stadium Gong Badak di Kuala Nerus minggu depan.

Dalam pada itu, Arpin berkata ketua jurulatih dan penolong jurulatih pasukan Terengganu musim 2016 belum ditentukan sehingga jawatankuasa eksekutif PBSNT mengadakan mesyuarat tidak lama lagi.

Beliau berkata pada tahun ini pemilihan pemain dibuat terlebih dahulu sementara pemilihan ketua jurulatih dan penolong jurulatih dibuat kemudian.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

T-Team Dijangka Gugur 50 Peratus Pemain

Post by Info Bola Sepak on Wed 25 Nov 2015, 4:03 pm

KUALA TERENGGANU, 18 Nov (Bernama) -- Pasukan bolasepak berstatus kelab T-Team dijangka akan menggugurkan sekurang-kurangnya 50 peratus pemain yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan untuk digantikan dengan pemain baharu bagi menghadapi kempen Liga M musim depan.
Ketua Pegawai Operasinya Mohd Syahizan Mohd Zain berkata langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan pasukan T-Team yang akan beraksi dalam Liga Perdana akan lebih mantap dan hebat.
"Kita akan menggugurkan mana-mana pemain yang tidak dapat membantu pasukan dan mencari pemain baharu untuk menggantikannya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd Syahizan T-Team akan melepaskan pemain-pemain yang tidak diperlukan itu lebih awal supaya mudahkan mereka menyambung kerjaya dengan pasukan baharu musim depan.
Beliau berkata rata-rata pemain T-Team musim ini terdiri daripada pemain-pemain anak Terengganu.
Mohd Syahizan berkata pencarian pemain-pemain baharu untuk memantapkan pasukan T-Team musim depan terserah kepada jurulatih yang akan mengendalikan pasukan itu nanti.
Dalam pada itu beliau berkata pasukan T-Team akan membuat persiapan lebih awal untuk memastikan pasukan itu tampil lebih mantap dalam Liga M musim hadapan.
Beliau berkata pasukan itu akan dikendalikan penolong jurulatih Mohd Azhari Salim sementara ketua jurulatihnya yang berasal dari Croatia, Fomislav Steinbruckner akan kembali ke sini dalam masa terdekat.
Katanya T-Team akan mula latihan 23 Nov di padang Kompleks Sukan Gong Badak.
--BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Info Bola Sepak on Thu 26 Nov 2015, 9:55 am

Tiga Pemain Harimau Muda B Kembali Ke Kelantan
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Tiga pemain kelahiran Kelantan yang beraksi bersama skuad Harimau Muda B (B-22) dalam Liga Singapura, akan menyarung jersi skuad The Red Warriors pada saingan Liga Malaysia, musim depan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata tiga pemain berkenaan adalah penyerang Syahrul Azwari Ibrahim, pemain tengah Mohd Faris Shah Rosli dan penjaga gol Mohd Ramadhan Abd Hamid.
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, mengesahkan program Harimau Muda yang diperkenalkan sejak 2007, dibubarkan setelah mendengar cadangan daripada Pasukan Petugas Khas FAM yang dipengerusikan Timbalan Presiden badan induk itu, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.
Berikutan keputusan itu, kesemua pemain Harimau Muda B dan Harimau Muda C (B-19), yang masing-masing dikendalikan Razip Ismail dan Hassan Sazali Mohd Waras, perlu kembali ke negeri kelahiran masing-masing.
Pencapaian terbaik skuad Harimau Muda B adalah menjuarai Piala Emas Bangabandhu di Bangladesh, Februari lepas, manakala tiada pencapaian membanggakan diraih skuad Harimau Muda C dalam Liga FAM, musim ini.
-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Tiga Pemain Baharu Perkuatkan Pasukan Terengganu Harungi Musim 2016

Post by Info Bola Sepak on Thu 03 Dec 2015, 8:36 am

Tiga Pemain Baharu Perkuatkan Pasukan Terengganu Harungi Musim 2016

KUALA NERUS, 2 Dis (Bernama) -- Bekas ketua pasukan Sarawak, Joseph Kallang Tie sah kembali menyarung jersi Terengganu bagi mengharungi saingan Liga Super 2016.

Selain Kallang Tie, dua lagi pemain yang mengikat kontrak bersama skuad Penyu musim depan ialah bekas pemain Kelantan, Amirizdwan Taj Tajudin dan Yong Kuong Yong, yang pernah mewakili pasukan Pulau Pinang.

Kallang Tie, sebelum ini menyertai pasukan Terengganu dari 2007 hingga 2011, sebelum pulang menabur bakti di negeri kelahirannya Sarawak.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman berkata ketiga-tiga pemain berkenaan telah menandatangani kontrak selama setahun bersama Terengganu.

Beliau berkata PBSNT kini sedang mengenal pasti beberapa lagi pemain, termasuk pemain import baharu bagi memperkuatkan pasukan berkenaan musim depan.

"Kita ada mengenal pasti dua, tiga lagi pemain yang akan tamat kontrak bersama pasukan masing-masing untuk menyarung jersi Terengganu. Namun, ada kalangan mereka masih terlibat dalam perlawanan Piala Malaysia," katanya pada majlis menandatangani kontrak pemain baharu Liga Super Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata PBSNT juga bercadang menggunakan khidmat jurulatih teknikal Sabah, Mike Mulvey bagi menggalas tugas sebagai pembantu jurulatih dan penasihat teknikal pasukan Terengganu.

Sementara itu, ketua jurulatih Terengganu, Ahmad Yusof berharap kehadiran barisan pemain baharu itu dapat membantu pasukan untuk berada pada kedudukan terbaik musim depan.

"Walaupun mereka berpengalaman bersama pasukan lain sebelum ini, ia bukan secara automatik mereka dapat beraksi...mereka perlu bersaing dengan pemain yang ada bagi mengisi slot dalam pasukan," katanya.

Beliau berkata barisan pemain tempatan akan menjalani latihan pusat bermula 10 Dis, manakala pemain import dijadual menyertai pasukan itu mulai 16 Dis.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Joseph Kallang Tie Kembali Ke Terengganu Tahun Depan

Post by Info Bola Sepak on Thu 03 Dec 2015, 8:41 am


KUALA TERENGGANU, 1 Dis (Bernama) -- Ketua pasukan Sarawak yang juga pemain kebangsaan Joseph Kallang Tie dijangka kembali menyarung jersi Terengganu dalam Liga Super bagi musim 2016.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman berkata Kallang Tie adalah antara tiga pemain baharu yang akan menandatangani kontrak pada esok.
"Kallang Tie telah berjanji hendak datang dan tandatangani kontrak esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut Arpin, ia merupakan kali kedua Kallang Tie menyertai pasukan Terengganu dari tahun 2008-2012 sebelum pulang menabur bakti di negeri kelahirannya Sarawak.
Katanya turut dijangka akan menandatangani kontrak pada esok ialah Amirizdwan Taj Tajuddin dari pasukan Kelantan dan Yong Kuong Yong dari Pulau Pinang bagi memperkuatkan lagi pasukan Terengganu.
Beliau berkata pemain-pemain tempatan akan memulakan latihan pusat bermula 10 Disember sementara pemain-pemain import pula akan memulakan latihan mulai 15 Disember.
Pasukan Terengganu kekal dikendalikan oleh ketua jurulatih Ahmad Yusof pada tahun depan.
-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Info Bola Sepak on Sun 06 Dec 2015, 12:42 pm

Faizal Abu Bakar (PDRM), Manaf Mamat (Terengganu) dan Muslim Ahmad (PDRM) memilih menyarung jersi Kelantan untuk musim 2016
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Info Bola Sepak on Thu 17 Dec 2015, 11:07 am

Kelantan menghadapi ujian paling getir apabila Brendan Gan dikatakan minta dilepaskan dan Shahrul Azwari (Harimau Muda) tidak berminat menyarung jersi Red Warriors....

Pahang juga bakal kehilangan ramai pemain tonggak untuk musim 2016

Andik Vermanshah Pemain import selangor dikatakan menyambung kontrak selama 2 tahun untuk bersama Selangor.
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Info Bola Sepak on Sun 20 Dec 2015, 1:06 pm

Mohd Razman Nafi Faktor Zainal Abidin Punca Kembali Sertai Selangor

PETALING JAYA, 19 Dis (Bernama) -- Kapten pasukan Pahang, Mohd Razman Roslan menafikan penghijrahannya ke Selangor adalah untuk mengikut Zainal Abidin Hassan yang dikatakan bakal melatih skuad Gergasi Merah itu, musim depan.

Beliau sebaliknya mendedahkan keputusan itu telah lama diputuskan namun menangguhkan kepulangannya ke negeri kelahirannya disebabkan kesetiaan bersama Pahang yang diwakilinya sejak 2012.

Anak jati Kajang itu yang pernah beraksi bersama skuad Gergasi Merah pada 2003-2012 mengakui pernah menerima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) musim lepas, namun menolak kerana masih mahu beraksi dengan Pahang.

"Keputusan tiga rakan sepasukan saya yang lain (Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, R Gopinathan dan Mohd Hafiz Kamal) menyertai Selangor, musim depan juga tiada kaitan dengan diri saya kerana ia adalah keputusan mereka sendiri.

"Mungkin mereka merasakan Selangor adalah pasukan terbaik untuk mereka meneruskan karier," katanya.

Mohd Razman berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Mohd Razman mengakui cabaran musim depan bersama Selangor tidak banyak bezanya dengan ketika bersama Pahang kerana skuad Gergasi Merah berdepan tugas berat mempertahankan Piala Malaysia selain beraksi dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Beliau bagaimanapun yakin pengalaman berguna yang ditimba selama empat tahun bersama Pahang mampu membantu Selangor meraih pelbagai kejayaan, musim depan.

"Saya juga tidak pasti adakah saya akan menamatkan karier di Selangor memandangkan saya sendiri tidak tahu berapa lama lagi saya mampu bermain," kata pemain berusia 31 tahun itu.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Matthew Davies berkata ia adalah detik yang menyedihkan apabila menyaksikan beberapa pemain negeri itu berhijrah ke pasukan lain tetapi mengakui ia adalah sesuatu yang normal sebagai pemain.

Davies, pemain kelahiran Australia yang juga pemenang kategori Pemain Muda Terbaik turut memaklumkan dia memutuskan untuk melanjutkan kontrak bersama Pahang sehingga 2017.

Mengenai anugerah itu, Davies yang menyertai Pahang dari kelab Australia, Perth Glory awal musim ini berkata kejayaan itu adalah juga untuk keluarga, rakan sepasukan dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) yang membantunya menjadi pemain yang lebih baik.

"Ia adalah satu penghargaan dipilih oleh ketua pasukan dan jurulatih untuk memenangi anugerah ini. Ia adalah detik terbaik dalam kerjaya saya.

"Ini bukan musim terbaik Pahang tetapi kejayaan ini menyuntik semangat saya untuk melakukan yang yang terbaik pada musim depan," kata Davies yang percaya pasukan itu mampu mengecap kejayaan di bawah kendalian jurulatih baru, Ahmad Shaharuddin Rosdi tahun hadapan.

PBNP melantik Ahmad Shaharuddin yang juga bekas pemain negeri itu pada era 1990-an untuk menggantikan Zainal Abidin yang dikaitkan dengan Selangor ketika ini.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Info Bola Sepak on Wed 30 Dec 2015, 11:19 am

Jorge Pereyra Diaz - Atletico Independiente (Argentina) ---> JDT
Paulo Rangel - Terengganu FA ---> JDT
Azamuddin Akil - Pahang FA ---> JDT
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Info Bola Sepak on Wed 30 Dec 2015, 11:23 am

Syazwan Ibrahim - Kelantan FA ---> Melaka United
Muhammad Syawal Norsam - Pahang FA ---> Melaka United
Mohd Hazri Rozali - Pahang FA ---> Melaka United
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Info Bola Sepak on Wed 30 Dec 2015, 1:56 pm

KAFA Janji Ganjaran Istimewa Kepada Jurulatih K. Devan
KOTA BAHARU, 29 Dis (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjanjikan ganjaran istimewa kepada ketua jurulatih baharu The Red Warriors (TRW) K. Devan sekiranya membawa kejayaan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada Devan berkaitan matlamat KAFA untuk meletakkan TRW di kedudukan keempat terbaik musim depan.

"Saya menjanjikan ganjaran khusus kepada Devan sekiranya beliau dapat memberikan satu kejuaraan musim depan dan berjaya meletakkan TRW pada kedudukan empat terbaik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bual Bicara KAFA Bersama Kelab Penyokong TRW di sini.

Annuar berkata ini bermakna KAFA mahu Devan membimbing TRW ke final dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata KAFA yakin TRW mampu mencapai matlamat itu melalui gandingan pemain, jurulatih dan pengurusan yang baik.

"Kita mempunyai pemain yang bagus, contohnya ada Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam Zakaria di posisi sayap kanan dan kiri, kita ada Mohd Badri Radzi dan Brendan Gan di tengah dan Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol serta barisan pertahanan yang lain," katanya.

Beliau berkata sekiranya semua pemain mengekalkan prestasi masing-masing, tidak ada sebab TRW tidak boleh bersaing dan menang.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Info Bola Sepak on Sun 03 Jan 2016, 12:39 pm

Amar Rohidan & Fakri Saarani ---> Kedah FA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum