Kementerian Kesihatan Jalan Siasatan Menyeluruh Kes Demam Kepialu
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Informasi :: Sorotan Buletin Semasa : Berita Warga Paramedik @ Keratan Akhbar
Page 1 of 1 • Share •
Kementerian Kesihatan Jalan Siasatan Menyeluruh Kes Demam Kepialu

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap peningkatan kes demam kepialu yang dilaporkan terutama di bandar raya ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan di setiap premis makanan dan tindakan menutup premis perniagaan selama dua minggu akan dikuatkuasakan jika didapati ada pihak yang tidak mengutamakan kebersihan.
"Kami sedang siasat punca sama ada peningkatan kes demam kepialu ini berpunca daripada pekerja asing atau orang tempatan. Punca penyakit ini ialah bawaan makanan yang tidak bersih jadi pengendali makanan perlu bersih," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Beliau mengulas peningkatan jumlah kes demam kepialu di bandar raya ini yang meningkat kepada 32 kes sejak Ogos lepas.
Bagaimanapun, Dr Hilmi berkata peningkatan kes demam kepialu yang dilaporkan bukan diklasifikasikan sebagai wabak tetapi hanya tambahan kes daripada kebiasaan satu atau dua kes dalam masa sebulan.
"Ia bukan wabak, ia adalah peningkatan kes. Sekali-sekala kami mendapat kes seumpama ini. Ini bukan sesuatu yang di luar normal. Ia memang ada dan kita tidak perlu bimbang," kata Dr Hilmi.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kementerian akan mengarahkan Bahagian Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengurangkan pembabitan pekerja asing di bahagian dapur di semua restoran dan premis makanan segera di ibu negara.
Tengku Adnan berkata DBKL akan melakukan tinjauan dan pertemuan dengan pihak berwajib berikutan peningkatan wabak demam kepialu di ibu negara.
"Kita sememangnya meneliti masalah kepialu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan. Kita (Bahagian Perlesenan) akan buat pertemuan, memantau dan tinjauan...kalau mereka tak ikut arahan kita tidak teragak-agak untuk tarik lesen (perniagaan)," katanya.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan DBKL akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan pendekatan terbaik bagi mencegah penularan demam kepialu di ibu negara.
-- BERNAMA
----Forum Paramedik Malaysia-----
[list]
[*]Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013
[*]Info Pemain Bola Sepak Pilihan
[*]Berita Terkini Bola Sepak Malaysia & Luar Negara
[*]Kedudukan Liga, Piala FA & Piala Malaysia
[*]Khairul Fahmi Che Mat
[*]Safee Sali
[*]Norshahrul Idlan Talaha
[*]Safiq Rahim
[/list:u]

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4348
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Informasi :: Sorotan Buletin Semasa : Berita Warga Paramedik @ Keratan Akhbar
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
» Terjemah BM - English, 5 sen ! / Proofreading / Servis Buat Resume
» Ingin Mencari Jodoh...
» mari sembang dengan saya
» Dari MeJa KaiNKaPaN
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
» 2017 PENUH MAKNA
» mn otai2 forum paramedik?
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
» Wabak Malaria : INFO MALARIA
» Andai hari ini terakhir buatku ..
» Awek Satu Kampung
» Topik Menarik!: Lord Vlad menulis - Keluaran Khas
» heh heh...Luangkan masa anda..bersama Moderator atira
» kerja di arab saudi
» Lelaki Ibarat Kucing
» APA BEZANYA ANTARA ROMEO,PLAYBOY DAN BUAYA DARAT
» 30 fakta tentang wanita ( awek dibenarkan baca dan komen )