FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Aprilia Skuter SR Max 300 | Harga RM28,800

View previous topic View next topic Go down

Aprilia Skuter SR Max 300 | Harga RM28,800

Post by Info Bola Sepak on Fri 11 Dec 2015, 4:19 am

Aprilia SR Max 300: RM28,800 bagi 50 terawal



Wartawan Sinar Harian

23 Julai 2015     






SELEPAS memperkenalkan model skuter berprestasi tinggi SRV 850 ke pasaran Malaysia, pengimport rasmi Aprilia, Naza Premira Sdn Bhd (Naza Premira) meluaskan pilihan skuternya menerusi pelancaran model SR Max 300.
Nampaknya Aprilia memperluaskan lagi motornya dengan rekaan yang diinspirasikan dari RSV4 Superbike.
Kehadiran Skuter SR Max 300 akan bersaing ketat dengan skuter besar lainnya dan ia dikuasakan enjin 278cc serta masih membawa DNA sport Aprilia.
Sekali pandang, Aprilia SR Max tersebut persis dengan Gilera Nexus. Ia tidaklah menghairankan kerana Aprilia dan Gilera sama-sama bernaung di bawah
Piaggio Group. Tukar menukar varian seperti ini sudah kerap dilakukan.
Diameter lebih lebar daripada skuter lainnya dan brek yang mempertahankan praktikalitinya sebagai sebuah skuter menjadikan ia sebuah model yang diinginkan. Dengan tag line “#Be a racer” skuter berkenaan diyakini dapat memenuhi keinginan konsumer dengan gaya sporty dan dinamik.
Skuter maxi yang sesuai untuk kegunaan harian dan jarak jauh itu ditawarkan pada harga RM31,800 (termasuk GST) seunit. Tetapi, bagi 50 orang pembeli terawal, anda boleh memiliki jentera tersebut pada harga RM28,800 sahaja.
Aprilia SR Max 300 dilengkapi oleh enjin silinder tunggal empat injap dengan sistem penyejukan cecair. Enjin yang memiliki sistem pancitan bahan api itu mampu menjana kuasa mencecah 22hp pada 7,250rpm dan tork maksimum 23Nm pada 6,000rpm. Kapasiti berkenaan cukup sesuai digunakan sebagai pengangkutan harian mahupun perjalanan jauh. Sekali gus mengusung elemen Aprilia yang sudah diketahui dengan praktikaliti, serba boleh dan prestasi di dalam satu platform.
Dengan berat hanya 161 kilogram (paling ringan dalam kelasnya), kuasa itu sudah cukup untuk menawarkan tunggangan yang penuh kuasa dan mengujakan.
Keselesaan tunggangan ditingkatkan lagi menerusi tempat duduk yang lebar dan empuk. Bahkan, Aprilia SR Max 300 menyediakan ruang simpanan yang luas di bawah tempat duduknya yang boleh menempatkan sebuah helmet muka penuh dan pelbagai lagi kelengkapan menunggang atau barangan lain. Di situ juga terdapat soket pengecas untuk alat elektronik.
Aspek teknikal yang lain yang bakal memberikan tunggangan yang mantap ialah SR Max 300 menggunakan gabungan suspensi jenis fork teleskopik hidraulik pada roda hadapan dan penyerap hentak hidraulik dengan tiga talaan pra bebanan untuk roda belakang. Satu gabungan ruang cukup selesa dalam pengendalian.
Selain itu, aspek ergonomik turut diutamakan buat SR Max 300 yang mana tempat duduk  dwi warnanya diperbuat daripada fabrik sport dilengkapi penyokong belakang untuk keselesaan penunggang manakala bahagian penumpang pula cukup lebar.
Tangki minyaknya pula mempunyai kapasiti 15 liter (2.8 liter simpanan), jadi penunggang tidak perlu kerap berhenti untuk mengisi petrol. 
Sekali pandang, Aprilia SR Max 300 memang tampil agresif. Bahagian hadapan, sisi dan belakang dimonopoli oleh garis-garis tajam.
Aprilia SR Max 300 ditawarkan dalam dua warna iaitu putih dan hitam, bersama jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).


SPESIFIKASI
Aprilia SR Max 300
Enjin: 278cc, satu silinder, 4 strok, 4 injap
Transmisi: Automatik CVT dengan Torque Server
Kuasa maksimum: 22hp @ 7,250rpm
Tork maksimum: 23Nm @ 6,000rpm
Suspensi depan: Fork teleskopik hidraulik 35mm
Suspensi belakang: dua penyerap hentak hidraulik dengan pelarasan spring
Brek depan: cakera 260mm
Brek belakang: cakera 240mm
Kapasiti tangki: 15.5 liter
Harga: RM28,800 bagi 50 pembeli terawal
- SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4101

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum