FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Land Rover Defender | Harga RM153,888

View previous topic View next topic Go down

Land Rover Defender | Harga RM153,888

Post by Info Bola Sepak on Fri 11 Dec 2015, 9:28 am

Land Rover Defender edisi terhad
23 November 2015 12:44 AM
Land Rover Defender Edisi Terhad dijual pada harga RM153,888 sebuah.

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. (JLRM) melancarkan Land Rover Defender Edisi Terhad yang dijual pada harga RM153,888 sebuah.
Pengarah Urusan JLRM, Syed Mudzhar Syed Ali berkata, pada asasnya kenderaan tersebut merupakan pikap Land Rover Defender Double Cab yang ditambah baik dengan 13 aksesori eksklusif termasuk set plat bercorak dam, rak bumbung, ruang ambilan udara lebih tinggi, palang perlindungan sisi, pemasangan kit dan palang perlindungan rangka-A.
Katanya, pelanggan turut boleh membuat penambahan pakej aksesori edisi terhad pada harga RM65,388 termasuk caj buruh dan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Pakej aksesori edisi terhad juga boleh dibeli oleh pemilik Land Rover Defender sedia ada yang berminat mengubah suai kenderaan mereka menjadi alat pengangkutan hebat yang boleh dibawa ke mana-mana.
“Pakej tersebut asalnya bernilai RM79,000 tetapi kini boleh didapati pada harga istimewa RM65,388 dalam tempoh promosi dari sekarang hingga 31 Disember ini.,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini,
Tambahnya, aksesori akan dipasang oleh juruteknik terlatih dan dilindungi jaminan, kecuali cat dan tayar luar jalan.
“Land Rover Defender edisi terhad ini menjadi tanda penghormatan kepada ikon 4x4 sebagai Land Rover Defender terakhir daripada rangkaian pengeluaran menjelang akhir tahun. Inilah masa paling sesuai untuk membeli kenderaan koleksi ini,” katanya.

- UTUSAN MALAYSIA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4162

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum