FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Audi Q7 | Harga RM589,900

View previous topic View next topic Go down

Audi Q7 | Harga RM589,900

Post by Info Bola Sepak on Fri 11 Dec 2015, 4:37 am

Audi Malaysia perkenal generasi kedua Q7
23 November 2015 12:34 AM



KUALA LUMPUR 22 Nov. – Audi Malaysia melancarkan Audi Q7 serba baharu yang turut dikenali sebagai Great quattro, diambil daripada sistem pacuan semua roda sepenuh masa yang cukup sinonim dengan jenama tersebut.
Pengarah Urusan Audi Malaysia, Immo Buschmann berkata, generasi kedua Audi Q7 dijangka menjadi penanda aras baharu untuk semua kenderaan utiliti sukan (SUV) premium.
Katanya, model tersebut yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada September lalu dalam acara Pameran Motor Frankfurt, merupakan SUV pertama daripada Audi yang menjadi asas kepada kejayaan jenama Audi dalam segmen SUV mewah.
“Model yang asal merupakan bukti kepada falsafah quattro Audi dan ia menggabungkan kemampuan sebuah jentera off-road dengan keselesaan dan kegunaan sebuah kereta penumpang, di samping prestij dan kehadiran sebuah sedan eksekutif.
“Audi Q7 serba baharu tampil menyerlah dengan kecanggihan terkini seperti reka bentuk ringan, teknologi rangkaian kuasa dan inovasi yang mendahului kelasnya untuk sebuah SUV mewah yang turut dikenali sebagai Great quattro,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Audi Q7 serba baharu dikuasakan oleh enjin petrol 3.0 TFSI V6 generasi terkini bersama gabungan kawalan sistem suntikan bahan api dan transmisi tiptronic lapan kelajuan hadir sebagai ciri standard. Gabungan ini membolehkan enjin menjana kuasa maksimum 333hp dan kuasa kilas 440Nm dari 2,900 hingga 5,300rpm.
Model tersebut ditawarkan dalam 10 pilihan warna, Carrara White; Glacier White; Floret Silver; Carat Beige; Argus Brown; Ink Blue; Graphite Grey; Night Black; Orca Black dan Daytona Grey dan dijual pada harga bermula RM589,900 sebuah.

- UTUSAN MALAYSIA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4101

View user profile

Back to top Go down

Re: Audi Q7 | Harga RM589,900

Post by Atie on Wed 30 Dec 2015, 10:40 am

mak datuk dia punya harga!!! affraid affraid affraid

lebih 1/2 juta... keja smpai pencen pun xmerasa nk dpt besi yg sbijik nih....  nangis nangis nangis
avatar
Atie
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri :
Jawatan : Jururawat U29
Gender : Female
Jumlah Post : 32
Umur : 32
Tarikh Register : 11/10/2006
Reputation : 0
Points : 4001

View user profile http://www.tiada.com.my

Back to top Go down

Re: Audi Q7 | Harga RM589,900

Post by Info Bola Sepak on Mon 18 Jan 2016, 3:54 am

usaha tangga kejayaan..... kalau buat 3 keja grenti boleh pakai keta ni nanti....
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4101

View user profile

Back to top Go down

Re: Audi Q7 | Harga RM589,900

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum