FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Subaru Forester | Harga RM175,690

View previous topic View next topic Go down

Subaru Forester | Harga RM175,690

Post by Info Bola Sepak on Fri 11 Dec 2015, 9:50 am

Subaru Forester makin diminati

JOHARDY IBRAHIM  |  16 November 2015 12:31 AM






SECARA perlahan-lahan, jenama kereta Subaru semakin diminati dan ia terbukti dengan bilangannya di atas jalan raya, terutama di Lembah Klang. Mungkin orang sudah bosan dengan model-model jenama yang berlambak di jalan raya. Mungkin orang sudah semakin mengetahui kelebihan kenderaan buatan Subaru berbanding jenama lain.
Duduk di dalam kenderaan utiliti sports (SUV) Subaru, ciri pertama yang akan anda perasan ialah tiada rasa kebimbangan saiznya terlampau besar, yang lazim dikaitkan dengan SUV. Malah, kebanyakan masa kita terlupa ia adalah SUV kerana rasa seperti memandu sebuah sedan. Ini belum dikira dengan tindak balas enjin yang responsif.

Varian yang dipandu uji ini ialah Subaru Forester 2.0i-L yang dibawa ke negara ini pada akhir tahun lalu dan merupakan anjakan kepada model Forester 2.0 XT yang telah diperkenalkan oleh Motor Image Malaysia pada 2013. Secara amnya, Forester 2.0i-L adalah pada harga mampu milik RM175,690 sebuah; varian tanpa turbo dan adalah generasi keempat Forester.

Diperkasa enjin suntikan pelbagai mata 2.0 liter twin-cam FB flat-four yang menjana kuasa 150 PS pada 6,200 rpm dan kuasa kilas 198 Nm pada 4,200 rpm. Enjin ini turut dikongsi model Subaru XV 2.0i.

Enjin ini disambungkan kepada transmisi Lineartronic CVT dengan enam nisbah maya. Memandangkan mod SI-Drive hanya menawarkan mod Intelligent dan Sport, ia tidak menawarkan lapan nisbah maya seperti yang terdapat pada mod Sport Sharp Forester 2.0 XT.

Bezanya ialah nisbah CVT. Forester menawarkan Symmetrical Active Torque Split AWD, aturan X-Mode off-road, HDC atau kawalan menurun bukit dan bantuan mula di jalan berbukit. Dari segi berat, model ini ringan 1,495 kg iaitu ringan 140 kg berbanding 2.0 XT.

Bagi aspek luaran, Forester 2.0i-L ini dipasang dengan bamper berbeza daripada 2.0 XT iaitu tanpa salutan krom, ada seakan lubang besar dan ruang plat nombor lebih luas. Jeriji pula menggunakan reka bentuk dua lapis, berbanding 2.0 XT yang menggunakan gaya honeycomb.

Sistem audionya pula menggunakan 2.DIN dengan enam pembesar suara bersama Bluetooth. Model ini menggunakan kemasukan dan nyalaan enjin tanpa kunci, pendingin hawa dua zon automatik, penyelaras automatik lampu depan HID, pengelap cermin automatik, kerusi boleh diubah kedudukan lapan cara, kamera mengundur, kawalan cruise dan kerusi menggunakan fabrik hitam serta bumbung boleh buka (sunroof).

Dari segi keselamatan, model ini mempunyai tujuh beg udara, VDC, ABS, EBD dan Isofix. Diimport sepenuhnya dari Jepun, Subaru Forester 2.0i-L sesuai untuk anda yang menggunakan kenderaan ke pejabat dan riadah.

- UTUSAN MALAYSIA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4162

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum