FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Zika: Pejabat Kesihatan Johor Diarah Tingkat Pengawasan Di Pintu Masuk Negara

View previous topic View next topic Go down

Zika: Pejabat Kesihatan Johor Diarah Tingkat Pengawasan Di Pintu Masuk Negara

Post by Info Bola Sepak on Mon 16 May 2016, 9:54 am


Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pejabat Kesihatan di Johor Baharu, Johor diarah untuk meningkatkan pengawasan di pintu masuk negara sebagai langkah berjaga-jaga susulan kes virus Zika yang direkodkan di Singapura, Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebagai tindakan pencegahan, kerjasama turut dijalin dengan pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bagi berkongsi maklumat mengenai penularan virus berkenaan.

"Bagaimanapun, Malaysia masih bebas dan selamat daripada virus Zika," katanya pada sidang media sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia dan Bulan Pemakanan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura pada Jumaat mengumumkan republik itu menjadi negara kedua di rantau Asia Tenggara, selepas Vietnam yang dilaporkan mengimport kes pertama virus Zika.

Mangsa dikatakan lelaki berusia 48 tahun, pemastautin tetap yang pernah mengembara ke Sao Paulo, Brazil bermula 27 hingga 7 Mei lalu.

Dr Hilmi berkata memandangkan virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk aedes aegypti yang merupakan vektor sama untuk penyakit demam denggi, usaha pencegahan perlu ditingkatkan memandangkan nyamuk itu sememangnya sudah ada di negara ini.

"Merujuk kepada statistik Kementerian (Kesihatan), kes denggi yang juga dibawa oleh nyamuk aedes menunjukkan penurunan daripada 3,500 kes pada minggu pertama awal tahun ini kepada hanya 1,500 kes untuk sepanjang minggu lepas.

"Penurunan ini sedikit sebanyak dibantu oleh fenomena El Nino yang melanda negara telah mengakibatkan tempat pembiakan nyamuk aedes terjejas," Katanya.

Terdahulu, Dr Helmi menyertai dan melepaskan peserta program 'SikalSihat KL dan LangkahSihat KL' sempena Hari Kesihatan Sedunia dan Bulan Pemakanan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sambutan meriah daripada warga kota untuk acara yang memasuki edisi ke-10 ini dapat menukar budaya dan menggalakkan orang awam untuk bersenam dan beriadah bersama keluarga.

"Kementerian juga menganjurkan setiap orang untuk berjalan kaki sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari dan pagi ini saya telah lakukan sebanyak 8,260 langkah iaitu lebih kurang lapan kilometer," katanya.

-- BERNAMA

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 762
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 3843

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum