FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pelajar Lelaki Kolej Legenda Maut Kencing Tikus

View previous topic View next topic Go down

Pelajar Lelaki Kolej Legenda Maut Kencing Tikus

Post by Info Bola Sepak on Mon 16 May 2016, 9:56 am




SEREMBAN, 15 Mei (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki Kolej Legenda di Mantin meninggal dunia pada Khamis akibat jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus selepas mandi di Taman Rekreasi Jeram Toi, Jelebu pada 30 April lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Abdul Rahim Abdullah berkata selain itu, dua penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 disahkan dijangkiti penyakit itu dan kini stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan KPJ Seremban.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhd Syazwan yang berusia 21 tahun. Dia dikatakan demam pada 7 Mei lepas setelah mandi di Jeram Toi dan dimasukkan ke HTJ dua hari kemudian.

"Mangsa disahkan dijangkiti kencing tikus dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehari kemudian, bagaimanapun meninggal dunia pada Khamis lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya kedua-dua penuntut UiTM itu, yang berusia 21 dan 22 tahun, juga mandi di Jeram Toi pada 24 April.

"Penuntut berusia 21 tahun dimasukkan ke ICU pada 6 Mei lepas manakala penuntut berusia 22 tahun dimasukkan ke KPJ Seremban pada 9 Mei," katanya.

Abdul Rahim berkata dua lagi penuntut UiTM Seremban 3 juga demam dan disyaki dijangkiti kencing tikus.

Selain mengambil sampel air dan tanah berkala serta menangkap tikus, Jabatan Kesihatan negeri berbincang dengan Majlis Daerah dan Jabatan Perhutanan negeri supaya menutup sementara Jeram Toi mulai 12 Mei lepas bagi tujuan pembersihan.

"Jabatan Kesihatan negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu terus memantau situasi ini dan menilai keadaan sepanjang penutupan kawasan ini," katanya.

Difahamkan kesemua mangsa mengunjungi Jeram Toi secara berasingan.

-- BERNAMA

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 762
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 3838

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum