FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jabatan Kesihatan Johor Diminta Tingkat Kempen Kesedaran Virus Zika, Kes Denggi

View previous topic View next topic Go down

Jabatan Kesihatan Johor Diminta Tingkat Kempen Kesedaran Virus Zika, Kes Denggi

Post by Info Bola Sepak on Mon 16 May 2016, 9:58 am


SEGAMAT, 15 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri diminta mempertingkat kempen kesedaran awam mengenai bahaya virus Zika dan kawalan pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di Johor Baharu, yang mencatatkan kes tertinggi denggi di negeri ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tindakan itu bagi memastikan rakyat sedar mengenai simptom Zika dan segera membuat pemeriksaan sekiranya mengalami simptom berkenaan.

"...setiap hari beratus ribu orang ulang-alik (dari Johor) ke Singapura. Kawalan kesihatan di pintu masuk susah diamalkan. Oleh itu, mereka perlu lebih berhati-hati dan ambil tahu simptom Zika," katanya kepada pemberita di tapak Pasar Tani Taman Yayasan di sini sempena Kembara Mahkota Johor.

Beliau diminta mengulas laporan satu kes jangkitan virus Zika yang dilaporkan di Singapura pada Jumaat.

Menurutnya Singapura juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga mengenai kes berkenaan.

"Sebarang maklumat lanjut kita hanya dapat ketahui dalam masa dua hingga tiga minggu lagi untuk memastikan sama ada pesakit itu ada berhubung dengan orang lain sebelum dimasukkan ke hospital," katanya.

Dr Subramaniam turut menasihatkan orang ramai memakai baju lengan panjang dan menggunakan repelan serangga untuk melindungi diri daripada digigit nyamuk.

Semalam, Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham berkata tanpa pencegahan awal, Malaysia berisiko mendapat kejadian kes import jika ada rakyat negara ini melawat negara yang telah berlaku jangkitan virus berkenaan.

Sebanyak 472 sampel diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan, namun jangkitan virus itu tidak dikesan di negara ini.

-- BERNAMA

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 762
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 3838

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum