FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by riyad71 on Sat 07 Jul 2007, 7:10 pm

THREAD INI DI BUKA UNTUK FORUMER COPY PASTE BERITA YANG PERNAH KELUAR DI AKHBAR - AKHBAR TEMPATAN TENTANG PEMBANTU PERUBATAN / PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN.

APA -APA SAJA YANG ADER MENYEBUT TENTANG PPP . INI UNTUK RUJUKAN KITA BERSAMA. TIADA BERBORAK DI DALAM THREAD INI. HARAP MAKLUM

----Forum Paramedik Malaysia-----




http://www.klinikmaran.blogspot.com
evilmedic3@yahoo.com
avatar
riyad71
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri :
Jawatan : PPPK
Gender : Male
Jumlah Post : 401
Umur : 46
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 31
Points : 4890

Character sheet
Mutiara Kata saya: nothing special just a humble human being

View user profile http://www.moh.gov.my

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by riyad71 on Sat 07 Jul 2007, 7:18 pm

Periksa mengejut kantin sekolah


AKHIR-AKHIR ini kes keracunan makanan di kantin sekolah terutama di luar bandar makin menjadi-jadi. Kejadian seperti ini sepatutnya mesti diambil perhatian serius kerana keracunan makanan boleh menjejaskan kesihatan murid-murid sekolah.
Sebelum berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian, kita perlu mengambil tindakan tegas dan memastikan ia tidak akan berlaku lagi.
Persoalannya, mengapa selalunya hanya kantin sekolah sahaja berlaku masalah keracunan makanan tetapi tidak terjadi di kantin jabatan kerajaan atau kantin pusat pengajian tinggi?
Penyebab utamanya adalah kantin di sekolah dan makanan yang disediakan itu tidak bersih serta bahan untuk memasak makanan itu juga tidak berkualiti. Mungkin juga pengusaha kantin mendapat bekalan makanan yang tidak segar dengan harganya lebih jauh rendah untuk menjimatkan kos.
Kedua, ia mungkin juga disebabkan pemeriksaan mengejut oleh pegawai Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan terhadap kantin-kantin sekolah yang jarang dilakukan.
Ketiga, pernah saya perhatikan suasana sekitar kantin sama ada di sekolah harian atau di sekolah berasrama kelihatan begitu daif dengan longkangnya kotor dipenuhi sisa buangan dan makanan yang disediakan juga terdedah serta penyediaan air minuman boleh disangsikan kebersihannya.
Kes-kes keracunan makanan juga sering terjadi di sekolah yang terletak jauh di pedalaman. Tidak mustahil ia disebabkan oleh barang-barang basah seperti ikan, sotong, udang dan lain-lain yang dibekalkan itu disimpan terlalu lama.
Adalah dicadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran mempunyai pegawai kesihatan atau inspektor kesihatannya sendiri bagi membolehkan pemantauan dibuat dari semasa ke semasa.
Selain itu, setiap klinik mini di pedalaman mesti mempunyai seorang pembantu perubatan supaya apabila berlaku kes-kes keracunan makanan di kalangan murid, rawatan segera boleh diberi kepada mereka.
– SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL,
Seremban, Negeri Sembilan.

SMS

JAWATAN pembantu perubatan tidak dipandang oleh masyarakat dan pihak terbabit sedangkan pembantu perubatan merupakan barisan hadapan Paramedic.
– 017-95751XXX.

5 klinik swasta dikesan guna doktor palsu


KUALA LUMPUR 4 April – Kementerian Kesihatan mengesan lima klinik swasta di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor menggunakan pengamal perubatan yang tidak berdaftar.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, pihaknya mendapati kelima-lima klinik itu dikendalikan oleh dua orang pembantu perubatan, dua jururawat dan seorang pendatang asing.
Tambahnya, kesemua kes itu sudah diambil tindakan dan akan dibicarakan di mahkamah.
‘‘Baru-baru ini terdapat sebuah klinik berdaftar di Johor yang telah menggaji pembantu perubatan yang tidak berdaftar dan orang yang bertanggungjawab terhadap klinik itu akan didakwa,” katanya.
Abd. Latiff berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Rahman Ismail (BN-Gombak), Abd. Latiff berkata, kementerian ketika ini sedang merangka satu akta untuk mengikat semua pengamal perubatan termasuk tradisional dan alternatif di bawah satu standard tertentu.
Tambahnya, akta itu dapat memberi perlindungan kepada pengguna daripada ditipu oleh pengamal perubatan yang tidak bertauliah.

Waris mayat tidak dikenali perlu buat laporan polis


KUALA LUMPUR 29 Mac – Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa waris mayat yang tidak dikenal pasti atau lebih dikenali sebagai unknown perlu membuat laporan polis selain membawa kad pengenalan si mati sebelum sebarang pindaan dibuat pada buku pendaftaran kematian dan permit pengebumian.
Pembantu Perubatan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Azhar Junud 39, berkata, mengikut prosedur jabaan itu, pindaan untuk menukar nama mayat yang ditulis unknown pada nama sebenar hanya akan dibuat mengikut laporan polis yang dibuat oleh waris si mati.
“Bagi kes unknown, mengikut prosedur yang ditetapkan jabatan (forensik) satu laporan polis mestilah dibuat oleh pihak waris mengikut kad pengenalan si mati dan selepas itu pindaan dibuat mengikut laporan polis itu,” katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh hari ini.
Azhar berkata demikian pada perbicaraan bekas pembantu HKL, K. Subramaniam, 31, peniaga besi lusuh, V. Sanjeev Kumar, 32, dan J. Kumaresan, 23, yang didakwa terbabit dalam pemalsuan sijil dan kematian penjenayah dikehendaki polis, Michael Soosai.
Bagi tiga tuduhan utama, Subramaniam didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas menipu Dr . Wan Mohamed Zamri Wan Nawawi supaya mengeluarkan sijil kematian di bilik mayat HKL antara 11 pagi dan 3 petang pada 12 September 2003.
Subramaniam dari Ulu Kinta, Perak juga didakwa atas tiga tuduhan pilihan membabitkan kesalahan hampir serupa pada tempat, masa dan tarikh yang sama.
Sanjeev dan Kumaresan pula dituduh bersubahat dengannya dalam empat tuduhan.
Kepada satu soalan peguam Naran Singh yang mewakili Subramaniam, Azhar berkata, prosedur itu merupakan amalan biasa bagi Jabatan Forensik HKL membabitkan kes-kes kematian yang didaftarkan dengan nama unknown dan kes-kes kematian di dalam wad.
“Ia adalah amalan biasa tetapi bagi kes kematian bukan kes polis, laporan polis mesti dibuat tetapi nombor report kita tidak tulis pada ruangan kes-kes unknown.
“Kita cuma simpan rekod itu (nombor laporan polis) bersama dengan borang pengendalian jenazah,” kata saksi ketiga pendakwaan itu yang bertugas di jabatan berkenaan hampir enam tahun.
Turut memberi keterangan ialah Matzalan Ujang 56, Penyelia Pembantu Perubatan di Jabatan Forensik HKL.
Matzalan yang merupakan saksi keempat pendakwaan berkata, pindaan boleh dibuat pada buku pendaftaran kematian sekiranya nama-nama dalam sijil pengkebumian tidak sama dalam kad pengenalan si mati dan setelah laporan polis dibuat oleh waris si mati.
Beliau berkata, pindaan pada maklumat si mati dibuat mengikut prosedur jabatan tersebut iaitu dengan menggariskan menggunakan pembaris panjang dan meletakkan tandatangan kakitangan yang membuat pindaan.
Penggunaan cecair pemadam bagaimanapun tidak dibenarkan untuk membuat pembetulan, katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azman Abdullah bersambung esok.
– Bernama

Gagal selamat anak


PASIR MAS 24 Mac – Seorang bapa terkilan kerana gagal mendapatkan bantuan helikopter untuk membawa keluar dengan segera anaknya yang disengat serangga berbisa ketika menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Tebu di Besut, petang semalam.
Mohd. Nazari Mohd. Mahidin, 44, yang bertugas sebagai pembantu perubatan di sebuah klinik swasta di sini berkata, anak sulungnya, Nur Rubyatul Adawiyah, 17, menghidap alahan serius.
Anak sulung daripada empat beradik itu mati di Hospital Besut kira-kira pukul 12.50 malam tadi akibat renjatan alahan selepas sengatan serangga berbisa di lengan kanannya.
‘‘Selepas dia menghubungi saya memberitahu terkena gigitan serangga, saya cemas dan saya terus menghubungi polis, tentera dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).
“Saya terus ke tempat kejadian dan memanjat gunung itu sebelum terserempak dengan anggota JPA3 yang sedang membawa anak saya turun ke bawah.
‘‘Di situ juga, saya keluarkan peralatan untuk cuba selamatkan anak saya dengan menebuk lubang berhampiran lehernya untuk bantuan pernafasan, namun gagal,’’ ujarnya ketika ditemui di Kampung Chekok di sini, hari ini.
Pelajar itu bersama 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa dan empat guru pengiring menyertai ekspedisi berkenaan selama tiga hari bermula Khamis lalu.

----Forum Paramedik Malaysia-----




http://www.klinikmaran.blogspot.com
evilmedic3@yahoo.com
avatar
riyad71
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri :
Jawatan : PPPK
Gender : Male
Jumlah Post : 401
Umur : 46
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 31
Points : 4890

Character sheet
Mutiara Kata saya: nothing special just a humble human being

View user profile http://www.moh.gov.my

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sun 08 Jul 2007, 6:19 pm

Kakitangan klinik kerja sambil lewa

DI SINI saya ingin menyuarakan rintihan dan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan dan kakitangan di Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan.

Masalahnya, ia melibatkan seluruh peringkat jawatan di klinik ini. Bermula di kaunter pendaftaran Jabatan Pesakit Luar dan bilik saringan kencing manis.

Di kaunter pendaftaran contohnya, kakitangan yang bertugas sering tiada dan kaunter dibiarkan kosong.

Ada juga kelihatan kakitangan kaunter bermain komputer tanpa menghiraukan pesakit yang hadir untuk pendaftaran.

Di Jabatan Pesakit Luar pula, pesakit sering lewat mendapat rawatan. Padahal bilangan pesakit bukanlah ramai.

Saya juga kecewa dengan layanan pembantu perubatan yang bertugas sambil lewa, sekadar menyentuh menggunakan pen dan pesakit diminta pulang tanpa rawatan secara terperinci dilakukan.

– PESAKIT KENCING MANIS,

Negeri Sembilan.

hli KKPPM diminta bersabar

MERUJUK kepada Utusan Malaysia 7 Februari 2007 ruangan Forum bertajuk Sampai bila KKPPM harus menunggu oleh Pembantu Perubatan Tua, Kota Bharu.

Majlis Tertinggi Kesatuan Kebangsaan Pembantu Perubatan Semenanjung Malaysia (KKPPSM) ingin memaklumkan bahawa pihak Pengurusan Kementerian Kesihatan telah banyak memberikan pertolongan dan bantuan yang cemerlang untuk menyelesaikan isu tuntutan pihak kesatuan selama ini.

Mengenai Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) pula, KKPPSM dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan telah memberikan sokongan yang kuat dan telah dipanjangkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Saya menyeru kepada ahli kesatuan supaya bersabar serta berdoa supaya tuntutan yang selama ini kita tunggu akan diperoleh suatu masa nanti.

– IDRIS MOHD. NOR,

Presiden KKPPSM.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sun 08 Jul 2007, 6:23 pm

Kematian mekanik: Pekerja hospital mengaku tidak salah

Oleh: ROSNIZA MOHAMAD

KOTA BHARU 15 Jan. – Empat kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang mekanik, Illias Othman, Mac tahun lalu.

Tertuduh, Mat Ghani Daud, 46, dan Mohd. Azizi Abdullah,41 merupakan atendan hospital manakala Mohd. Nazri Che Hassan, 37, dan Ahmad Sabri Mohd. Nawi, 35 adalah pembantu perubatan di Jabatan Psikiatri HPRZ II.

Mereka didakwa menyebabkan kematian Illias, 41, antara pukul 12 dan 12.45 tengah malam, 22 Mac 2006 di bilik penerimaan pesakit Wad Psikiatri Lelaki D,hospital berkenaan.

Keempat-empat kakitangan kerajaan yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang semasa membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob.

Terdahulu, ketika prosiding dijalankan, Wan Azimah turut memohon mahkamah untuk membenarkan memanggil 15 orang saksi pada perbicaraan akan datang.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas di bilik penerimaan pesakit wad psikiatri lelaki D, HPRZ II telah menyebabkan kematian Illias.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Mohd. Yazid Mustafa menetapkan perbicaraan kes itu pada 15 hingga 18 April depan.

Sebelum itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin namun peguam yang mewakili mereka, Fazuny Mohd. Noor memohon dikurangkan jumlah itu.

Ia berdasarkan latar belakang empat tertuduh yang kesemuanya telah berkeluarga dan mempunyai tanggungan masing-masing selain mereka turut memberi kerjasama sepenuhnya ketika siasatan dijalankan.

Kes itu mendapat perhatian apabila keluarga mangsa dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa meninggal dunia dalam tahanan polis.

Mangsa sebelum itu ditahan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Binjai kerana membuat kecoh dan menganggu jemaah masjid di Pengkalan Datu, dekat sini.

Berikutan itu, keluarga mangsa termasuk abang iparnya, Che Husin Che Ahmad, 50, membuat laporan di Balai Polis Kita Bharu kerana mencurigai punca kematian mangsa.

Isteri mangsa, Noraini Ibrahim, 35, turut mengemukakan saman dengan menamakan Ketua Polis Kelantan dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sun 08 Jul 2007, 6:26 pm

forum

Tukar uniform pembantu perubatan

UNIFORM pembantu perubatan menyerupai banyak uniform termasuk pemandu bas, teksi, kerani sekolah, pelajar tingkatan 6 dan jurujual.

Diharap Kementerian Kesihatan dapat menukar uniform pembantu perubatan bagi membezakan dengan mereka yang dinyatakan.

Juga dicadangkan setiap kakitangan bukan pentadbiran Kementerian Kesihatan yang bertugas di hospital, klinik dan lain-lain memakai lambang bulan sabit di bahagian poket.

– PEMBANTU PERUBATAN,

Alor Star,

Kedah.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sun 08 Jul 2007, 6:27 pm

forum

Jabatan Kesihatan Perak jawab keluhan Anak Soleh

MERUJUK kepada aduan Anak Soleh dalam Forum Utusan Malaysia 17 Ogos 2006, pihak Jabatan Kesihatan telah membuat siasatan berkaitan aduan tersebut. Adalah dimaklumkan hanya seorang pembantu perubatan ditempatkan di klinik kesihatan tersebut dan beliau dibantu oleh lain-lain anggota seperti jururawat kesihatan dan jururawat masyarakat untuk merawat pesakit.

Di samping merawat pesakit pada waktu bekerja, beliau juga menjalankan rawatan pada waktu lain luar pejabat atas panggilan termasuk rawatan kecemasan.

Klinik kesihatan tersebut juga mempunyai sistem di mana sekiranya pembantu perubatan tersebut perlu meninggalkan klinik atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, perkhidmatan rawatan pesakit akan terus dijalankan oleh jururawat kesihatan.

Kakitangan klinik telah diberi peringatan dan teguran untuk memastikan bahawa tiada masalah komunikasi antara pembantu perubatan dan jururawat yang bertugas agar perkara ini tidak berulang.

Jabatan Kesihatan sangatlah prihatin dan menerima segala aduan untuk memperbaiki sistem dan mutu perkhidmatan kesihatan kepada semua penduduk. Segala pandangan daripada masyarakat membantu kami untuk sentiasa berusaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

– DR. RANJIT KAUR A/P PRAIM SINGH,

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam),

b.p Pengarah Kesihatan,

Negeri Perak Darul Ridzuan.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sun 08 Jul 2007, 7:18 pm

Patients have the right (The Star 4.mac 07)

By NELSON BENJAMIN

JOHOR BARU: Patients have the right to demand to see the annual practising certificate of doctors they visit, especially in private hospitals and clinics.

Health Minister Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said doctors were required by law to produce or even display such certificates in their premises.

He said the certificate was important to weed out people who tarnish the image of the medical profession by posing as doctors.

“Over the last two months, there have been two cases involving a female and a hospital attendant posing as doctors,” Dr Chua said.

The minister could not rule out the possibility that there might be other bogus doctors out there.

He assured the public that the Government would not tolerate such people and would take them to court.

Under the Private Healthcare Facilities and Services Act, those found guilty could be fined up to RM300,000 or jailed six years.

The Star had recently reported that a medical assistant at a government clinic in Johor Baru moonlighted as a “doctor”, earning about RM40 an hour as a locum in private clinics.

Asked whether there were many complaints, Dr Chua said: “The trouble is that there are no complaints. People are not aware that some doctors may be bogus as Malaysians are trusting people who will believe someone who hangs a stethoscope around them.”

On government doctors, he said that as locums were legalised, the doctors were supposed to inform their head of department about the clinic they worked in.

He assured the public that the ministry would start checking the 7,300-odd doctors from private hospitals and clinics.

“We have beefed up our enforcement unit with an additional 50 people who will now be dispatched to each district to verify whether those registered with us are actual doctors,” Dr Chua said.

He also said that the ministry would be checking on hospitals to determine whether they had Certificate of Fitness for Occupation (CFO) and whether their specialists were qualified.

Dr Chua was speaking to reporters after attending a Chinese New Year open house of Gelang Patah MP Tan Ah Eng here yesterday.

He said that under the Iskandar Development Region (IDR), Khazanah Nasional had proposed the setting up of two private hospitals.

“We fully support this move as there is a need for private hospitals, especially within the Johor Baru area.”

Asked whether there would be new government hospitals within the IDR, Dr Chua said so far there were no plans.

“I do not think rich people need to be subsidised by the Government,” he said.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sun 08 Jul 2007, 7:28 pm

Medical assistant charged with molesting 19-year-old girl (teh star 8/mac.07)

JOHOR BARU: A medical assistant has been charged with molesting a 19-year-old girl.

Mohd Safarin Awang Hamat, 27, claimed trial at a magistrate’s court here yesterday to outraging the modesty of the girl at about 10pm on Feb 12 at Poliklinik Ihsan & Surgeri in Jalan Tembusu, Ulu Tiram.

He was arrested four days later after the victim lodged a police report.

Prosecuting officer C/Insp David Chung asked bail to be set at RM5,000 but the accused requested for a reduction saying that he had family commitments.

Magistrate Rasidah Roslee fixed bail at RM4,000 and set trial for July 17.

Mohd Safarin, who was accompanied by relatives, posted bail.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sun 08 Jul 2007, 7:34 pm

Edisi Utara : HPP beri ubat luput tarikh

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

GEORGETOWN: “Mata saya berdarah, berair dan sakit serta penglihatan menjadi kabur,” kata lelaki yang mendakwa menerima ubat sakit mata jenis ‘Ganasone’ yang sudah luput tarikh ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mangsa, Mohd Fazil Mohd Sabri, 21, dari Bayan Lepas, ketika ditemui berkata, dalam kejadian Isnin lalu, dia yang sakit mata pada mulanya menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan di Bayan Lepas.

Menurutnya, selepas menerima rawatan, keadaan penyakitnya masih tidak sembuh menyebabkan dia pergi ke HPP untuk pemeriksaan lanjut selepas dinasihatkan kakitangan klinik itu.

Katanya, pada Jumaat lalu dia ke HPP untuk membuat pemeriksaan dan menemui doktor sebelum diberi surat untuk mengambil ubat di bahagian farmasi selepas menerima rawatan.

“Selepas beberapa jam menggunakan ubat itu, akhirnya mata saya berair, bengkak dan berdarah selain penglihatan menjadi kabur dan apabila memeriksa ubat terbabit sudah tamat tarikh luput April lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bayan Lepas, semalam.

Mohd Fazil berkata, pada keesokan harinya (Sabtu) dia bersama kakaknya, Norafidah Hussien, 29, ke HPP untuk bertemu semula pembantu perubatan untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, dia diberitahu ubat berkenaan masih boleh digunakan tiga bulan lagi dan tidak membahayakan serta tidak ada kesan sampingan.

Katanya, dia kesal kerana sikap tidak bertanggungjawab pembantu perubatan itu malah mengambil sikap sambil lewa terhadap dirinya.

“Akibat tidak puas hati, saya memaklumkan kepada doktor pakar mata mengenai tindakan memberikan ubat luput tarikh dan doktor itu terkejut bagaimana perkara seumpama itu boleh berlaku.

“Selepas membuat pemeriksaan, akhirnya saya diberikan ubat baru dan sehingga ke hari ini, mata saya masih belum sembuh dan mengalami kesukaran untuk melihat serta masih sakit,” katanya.

Sementara itu, Norafidah berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pembantu perubatan itu tidak seharusnya berlaku.

Menurutnya, dia kesal apa yang berlaku dan berharap pihak HPP lebih prihatin dan peka terhadap ubat yang diberikan kepada pesakit.

Katanya, keluarganya belum bercadang mengambil apa-apa tindakan undang-undang selain terus mendapatkan rawatan susulan dari doktor pakar mata di HPP.

“Saya berharap perkara seumpama ini tidak berlaku pada orang lain dan pihak HPP harus mengambil tindakan terhadap kakitangannya yang tidak bertanggungjwab kerana cuai dalam menjalankan tugas,” katanya.

Sementara itu, pihak HPP gagal dihubungi untuk mengulas perkara itu.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Tue 10 Jul 2007, 10:48 am

Arni dipatuk tedung terbiar 1 jam 45 minit tunggu doktor
Oleh: ARSHAD KHAN

PEKAN 3 Okt. - Keluarga bakal pengantin yang maut dipatuk ular, Arni Syuhada Salleh mendakwa anak mereka dibiarkan selama hampir satu jam 45 minit sebelum mendapat perhatian doktor di Hospital Daerah Pekan.

Bapa tiri mangsa, Edi Reza Dahlan berkata, Allahyarham anaknya itu dimasukkan ke hospital pukul 7.15 malam Jumaat lalu dan doktor hanya tiba untuk memberi rawatan pada pukul 9 malam.

Anaknya yang bakal melangsungkan perkahwinan selepas Aidilfitri ini meninggal dunia pukul 10 malam, katanya.

Tambah beliau, Arni yang jelas dalam kesakitan hanya dirawat oleh seorang pembantu kesihatan selama tempoh itu.

``Sepatutnya, pihak hospital perlu memastikan bahawa ada paling kurang seorang doktor yang bersiap sedia di wad kecemasan sepanjang masa,'' katanya di sini hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Bairos Jinal berkata, beliau turut terkilan kerana pembantu perubatan berkenaan hanya memberikan rawatan yang lebih teratur kepada anaknya hanya ketika diminta.

``Dia (pembantu perubatan) mengenali saya dan setelah mengetahui Arni anak saya baru dia bersungguh-sungguh,'' katanya.

Jelas beliau, tidak sepatutnya berlaku layanan pilih kasih terhadap pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan.

Pihak hospital itu tidak dapat dihubungi untuk penjelasan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang meluangkan masa melawat keluarga mangsa hari ini berkata, beliau akan mendapatkan laporan penuh kejadian sebelum mengambil sebarang tindakan.

``Saya tidak boleh dengar aduan sebelah pihak, mungkin apa yang dilakukan itu adalah prosedur normal,'' katanya.

Bagaimanapun tambah beliau, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika benar berlaku kecuaian daripada pihak Hospital Daerah Pekan.

Sementara itu, selain Adnan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Mohd. Ali Rustam turut meluangkan masa melawat dan membacakan Yassin untuk Allahyarham Arni.

Beliau yang juga Presiden Gerakan Belia 4B Kebangsaan meluahkan rasa sedih di atas pemergian Arni yang merupakan Setiausaha Gerakwanis Kawasan Pekan
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Tue 10 Jul 2007, 10:50 am

Pembantu perubatan lebih baik dari doktor asing
KUALA TERENGGANU 12 Ogos - Prestasi majoriti doktor asing yang berkhidmat di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara tidak memuaskan dan sebaliknya ada di kalangan pembantu perubatan kanan tempatan lebih baik daripada mereka.

Lebih memeranjatkan kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, taraf kepakaran doktor-doktor asing itu juga lebih rendah daripada doktor junior tempatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengkaji semula cara pengambilan doktor-doktor asing untuk berkhidmat di hospital kerajaan supaya negara tidak rugi dari segi kewangan manakala rakyat terus mendapat khidmat kesihatan terbaik.

Menurut beliau, pihak kementerian menyedari perkara tersebut hasil maklum balas daripada doktor pakar tempatan yang ditugaskan menyelia mereka dalam tempoh enam bulan sebelum diberi kelayakan merawat pesakit.

``Ada yang kita terima sebagai pakar tetapi untuk menepati piawaian latihan bagi doktor pelatih kita pun tidak sampai lagi malah hasil maklum balas yang diterima daripada penyelia mereka (doktor pakar tempatan) prestasi mereka adalah lebih rendah daripada doktor junior kita.

``Ada di kalangan Pembantu Perubatan Kanan kita lebih bagus daripada mereka. Pada amalannya jika penyelia tidak berpuas hati kerana tidak memenuhi kriteria dan sekiranya dia pakar kita akan turunkan taraf mereka ke doktor biasa,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut bersama Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohammad Omar ke Hospital Kuala Terengganu (HKT) di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu kebanyakan doktor asing juga didapati tidak mempunyai keinginan untuk belajar daripada penyelia masing-masing kerana merasakan pengetahuan mereka di dalam bidang tersebut cukup luas sedangkan prosedur perubatan yang mudah sekali pun tidak boleh dilakukan.

Beliau menambah, pihaknya juga sedang mengumpulkan laporan-laporan terkini daripada setiap negeri bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung dengan prestasi doktor-doktor asing itu.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 647 doktor asing sama ada pakar atau doktor biasa berkhidmat di negara ini dari beberapa buah negara seperti India, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Mesir serta Jordan dan pengambilannya dibuat oleh SPA.

Katanya, walaupun kementerian tidak menafikan ada doktor asing yang telah menunjukkan prestasi baik tetapi SPA perlu mengkaji semula cara pengambilan doktor asing itu kerana prestasi majoriti daripada mereka adalah di bawah tahap yang dikehendaki.

``Saya sendiri akan berjumpa dengan Pengerusi SPA, Datuk Abdul Wahab Adam supaya semua pihak yang terlibat di dalam pengambilan iaitu terdiri daripada SPA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta kementerian meneliti semula cara pengambilan doktor-doktor asing ini.

``Kita adalah pelanggan dan kita mahukan doktor yang boleh ikut selera kita. Saya akui sekarang ini banyak masalah yang ditimbulkan oleh mereka termasuk masalah komunikasi,'' ujarnya.

Berhubung dengan kontrak, beliau berkata, kontrak perkhidmatan doktor asing adalah selama tiga tahun tetapi kerajaan boleh menamatkan khidmat mereka jika prestasi yang ditunjukkan tidak memuaskan meskipun kontrak masih belum tamat.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Tue 10 Jul 2007, 10:52 am

Terkejut sijil cuti sakit naik harga
Saudara pengarang,
DI sini saya ingin meluahkan rasa terkilan dan rasa tidak puas hati mengenai MC atau bahasa sinonimnya `sijil cuti sakit' yang dijual di sesetengah klinik di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Perkara ini memang sudah terkenal di kalangan masyarakat yang gila cuti .

Perkara yang ingin saya sentuh ini adalah mengenai sebuah klinik yang terletak di Kampung Baru, di mana kita senang memperoleh sijil cuti sakit dengan hanya memberi kad pengenalan dan tidak perlu bersusah-payah untuk berjumpa doktor.

Kebiasaannya sijil cuti sakit yang dibeli berharga RM10 untuk satu hari. Bagi menutup mata orang ramai, sijil cuti sakit akan diberi berserta satu jenis ubat iaitu ponstan.

Baru-baru ini saya `terpaksa' mengambil sijil cuti sakit atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Saya telah ke klinik berkenaan dan alangkah terkejutnya saya apabila pembantu perubatan itu memberitahu saya bahawa harga sijil cuti sakit telah dinaikkan dari RM10 ke RM20 sehari. Itupun bergantung kepada hari, sekiranya cuti sakit itu diambil untuk sehari atau dua hari yang lepas harganya berlainan iaitu RM40 sehari.

Saya yang rasa tidak berpuas hati telah meminta agar bayaran itu dikurangkan, tetapi saya rasa amat terkilan terhadap sikap pembantu doktor tersebut. Dia berkata bahawa ada orang terima rasuah tetapi dia cuma naikkan harga semasa sahaja. Dengan rasa yang agak marah saya terus keluar. Saya sempat juga menoleh dan melihat raut wajah mereka yang bersahaja dan mentertawakan saya. - PESAKIT, Setiawangsa, Kuala Lumpur
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Tue 10 Jul 2007, 10:57 am

Yusof - Tok Mudim disegani
Oleh AKMAR HISHAM MOKHLES

SUASANA di sebuah Klinik Kesihatan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) pada satu hari di tahun 80-an yang selalunya tenang, tiba-tiba kecoh selepas seorang remaja menjerit dan meronta-ronta meminta dilepaskan.

Jeritan Gaban (bukan nama sebenar) bukan sahaja mengejutkan pesakit yang sedang menanti giliran, tetapi juga ahli keluarganya yang langsung tidak menduga dia akan berkelakuan demikian.

Melihat sikapnya yang berubah secara tiba-tiba, beberapa lelaki yang berada di luar bilik rawatan terpaksa dipanggil untuk memegang Gaban.

Bukan setakat memegang kaki dan tangannya, tetapi juga kepala, bahu dan lutut agar remaja berusia 17 tahun tersebut tidak dapat bergerak.

Pada masa yang sama, Yusof Gani cuba memujuk dan menenangkannya. Tetapi usaha awalnya tidak berhasil. Sebaliknya, Gaban semakin galak meronta dan menjerit meminta dilepaskan.

Bagaimanapun, dalam keadaan kelam-kabut itulah tiba-tiba semua yang berada dalam bilik tersebut termasuk Gaban terdiam selepas terdengar satu bunyi kuat.

Serentak dengan itu, mereka melihat kedudukan Gaban senget. Apabila diperhatikan di bawah meja didapati satu daripada kaki meja telah patah.

"Lepas itu, barulah saya boleh memujuk Gaban agar meneruskan hajat keluarganya sambil memberitahu apa yang akan berlaku ke atasnya bukanlah sesuatu yang menyakitkan,'' kata Yusof.

Menurut bekas Koperal ini, remaja terbabit berkelakuan demikian kerana terbawa-bawa dengan perasaan takut yang melampau. Sebelum itu, ahli keluarganya memang pernah beberapa kali merancang untuk mengkhatankannya ketika di sekolah rendah.

Tetapi dia langsung tidak mahu kerana takut. Jika dibawa berjumpa dengan mana-mana doktor atau tok mudim sekali pun, pasti dia akan meronta-ronta dan menangis sekuat hatinya sehinggakan tiada siapa yang mahu mengkhatankannya.

"Puncanya sewaktu kecil dia selalu ditakutkan oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya bahawa `anunya' akan dipotong dengan kapak dan gergaji jika berkhatan.

"Lama-kelamaan usikan itu menyebabkan dia menjadi takut semacam dan gagal disunatkan sehinggalah dia dibawa berjumpa dengan saya,'' katanya.

Bagi Yusof, kelakuan Gaban itu memang menguji keupayaannya sebab sebelum ini beliau tidak pernah menghadapi situasi sebegitu walaupun telah beratus orang yang dikhatankannya.

Malah ramai kanak-kanak yang menunjukkan keberanian mereka dengan menyaksikan sendiri 'anunya' di potong. Yang menangis kerana takut juga boleh dibilang dengan jari kerana berkhatan tidak lagi menyakitkan selepas 'anu' mereka dibius.

Tetapi dalam kes Gaban, untuk dibius pun sukar. Itu belum lagi dengan keadaan `anunya' yang telah 'liat' dan dipenuhi bulu.

Sepatutnya, pada usia 17 tahun, dia tidak perlu takut lagi. Tetapi apa yang terjadi memang pelik bercampur lucu bagi Yusof.

"Disebabkan itulah, ada baiknya jangan kita mengusik atau menakutkan kanak-kanak yang akan berkhatan dengan perkara yang bukan-bukan,'' ujar beliau.

Dalam hal Gaban katanya, beliau terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk menenangkan remaja tersebut. Berbagai kaedah terpaksa dilakukannya untuk meyakinkan remaja tersebut agar berkhatan juga pada hari itu.

"Satu ketika saya cubit tangannya dan tanya sama ada cubitan itu lebih sakit atau tidak dengan gigitan semut.

"Dia cakap cubitan saya lebih sakit dan saya cakap orang yang dikhatan sakitnya sama macam digigit semut. Lepas itu, barulah dia setuju dikhatankan,'' ujar beliau.

Yusof yang kini berusia 67 tahun, merupakan tok mudim sepenuh masa di Kampung Cheras Baru di ibu negara.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Perubatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selepas bersara pada 12 April 1980, beliau berkhidmat sebagai Pembantu Perubatan di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam diikuti di Klinik Kesihatan MPPJ.

Sebelum menyertai tentera pada 13 April 1959, Yusof berkhidmat sebagai anggota polis selama lebih tiga tahun.

Bagaimanapun, ekoran minatnya yang mendalam terhadap dunia perubatan, beliau memohon menyertai tentera selepas mendapati tiada tempat untuknya mendalami bidang perubatan dalam polis.

Untuk belajar perubatan secara sendiri, Yusof tidak mampu. Apatah lagi dia hanya berkelulusan darjah enam dan bukan berasal daripada keluarga berada.

Biarpun begitu, bidang perubatan bukanlah asing baginya. Apatah lagi, bapanya, Gani Riduk atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Pakeh adalah bomoh terkenal di Gemas.

"Saya mewarisi sedikit sebanyak kemahiran rawatan tradisional dari bapa. Jadi rasa rugi jika tiada siapa yang mewarisi kebolehannya,'' kata beliau.

Selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut Port Dickson, beliau telah ditempatkan di Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja yang berada di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Beberapa bulan kemudian beliau dihantar mengikuti Kursus Asas Perubatan di Pusat Latihan Kor Perubatan British di Nee Son, Singapura selama tiga bulan diikuti Kursus Pembantu Perubatan di Melbourne, Australia selama enam bulan di samping beberapa kursus lain di dalam negara.

Selepas lulus Kursus Pembantu Perubatan itu, beliau telah ditugaskan di berbagai tempat di seluruh negara baik mengikuti operasi mahupun bertugas di beberapa hospital atau pusat perubatan di dalam kem tentera.

Kerap juga beliau dipanggil untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap rekrut baru Tentera Darat di samping mengkhatankan anak-anak tentera.

"Saya bersyukur kerana sepanjang mengikuti operasi saya tidak pernah diserang komunis.

"Rakan-rakan saya yang lain ada yang mati dan cedera sama ada kerana diserang komunis atau terpijak jerangkap samar termasuk ketika melakukan kerja-kerja menyelamat,'' katanya.

Sebagai pembantu perubatan, beliau bukan sahaja perlu merawat pesakit tetapi turut membancuh ubat di samping memberi rawatan kecemasan.

Walaupun begitu, Yusof tidak pernah merungut tentang beban tugas yang dipikulnya. Sebaliknya beliau gembira dengan apa yang dilakukannya itu kerana dirinya dapat berbakti membantu menyelamatkan nyawa ramai pesakit.

Bagaimanapun di sebalik itu, ada beberapa kejadian yang begitu menyentuh perasaannya.

"Satu kejadian yang saya terus ingat ialah yang berlaku di Rumah Sakit Kem Sungai Besi pada satu hari pada tahun 70-an.

"Waktu itu saya sedang bercuti tetapi kebetulan berada di situ. Tiba-tiba seorang anggota tentera berusia sekitar 30-an datang dalam keadaan tercungap-cungap ke rumah sakit tersebut.

"Ketika baru beberapa langkah masuk ke situ, tiba-tiba dia tumbang dan mati di atas ribaan seorang kawan saya dan saya yang cuba membantunya.

"Dia adalah pesakit asma dan saya termasuk doktor yang datang untuk membantu tidak sempat merawatnya kerana dia tiba dalam keadaan telah teruk,'' katanya.

Selain itu, Yusof juga tidak dapat melupakan pengalamannya merawat anggota tentera yang kudung kaki atau tangan setelah terkena jerangkap samar.

"Bagi yang kudung, saya terpaksa menggunakan pendekatan psikologi supaya mereka dapat menerima ketentuan Tuhan.

"Rasa sedih melihat nasib mereka tetap ada kerana mereka adalah rakan-rakan seperjuangan yang sanggup berkorban untuk negara,'' jelas beliau lagi.

Mengenai penglibatannya dalam kerja-kerja khatan, Yusof memberitahu, beliau bermula dengan melihat tugas itu dilakukan oleh doktor dan pembantu perubatan yang bernama Yusuf mulai lewat tahun 60-an di Hospital Angkatan Tentera Kinrara.

Selepas banyak kali membantu mereka menyunatkan kanak-kanak, beliau akhirnya memberanikan diri untuk mencuba pada awal tahun 70-an.

Orang pertama yang dikhatankan ialah Mohd. Kassim, anak sulungnya yang tatkala itu berusia 10 tahun.

"Saya lihat dia langsung tidak menangis ketika dikhatan dan ia sekali gus memberi semangat dan keyakinan kepada saya untuk mengkhatankan yang lain,'' katanya.

Ekoran kejayaan itu, Yusof kemudiannya diberi kepercayaan untuk menyunatkan anak-anak tentera di banyak kem tentera.

Adakalanya beliau dipanggil sehingga ke Johor, Pahang, Perak, Kedah, Melaka serta ke kampungnya sendiri di Kampung Bengkulu, Gemas.

Selepas 30 tahun memberi perkhidmatan tersebut, sudah beribu orang yang telah disunatkannya. Kesemua anak dan cucu lelakinya turut tidak terkecuali.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Tue 10 Jul 2007, 10:59 am

Kakitangan kerajaan lain patut contohi Azizi
Saudara Pengarang,
BARU-BARU ini kami sekeluarga berkunjung ke Bukit Fraser. Anak perempuan saya berumur 12 tahun terjatuh ketika berbasikal dan dahinya terhantuk pada batu di tebing jalan. Oleh sebab lukanya dalam saya terus membawanya untuk mendapatkan rawatan di klinik.

Saya diberitahu hanya ada satu klinik kerajaan di pekan Bukit Fraser dan ia merupakan klinik bagi pesakit luar. Tetapi kerana hari itu hari Ahad, klinik ditutup.

Saya kemudian bertanya kepada anggota polis di Balai Polis Bukti Fraser sama ada terdapat klinik swasta lain. Saya diberitahu tidak ada.

Anggota polis tersebut bagaimanapun meminta saya menunggu sementara beliau memanggil pembantu perubatan klinik kerajaan tersebut secara on call.

Tidak lama kemudian pembantu perubatan bernama Azizi sampai dan membuka klinik serta memeriksa kecederaan anak saya. Menurutnya, kulit bahagian luka itu sudah hilang dan kerana luka itu dalam jahitan diperlukan.

Beliau kemudian dengan penuh sabar dan teliti menjalankan kerja menjahit bagi mempastikan lubang luka dapat ditautkan kembali. Anak saya menerima tiga jahitan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Azizi kerana telah melaksanakan tugasnya dengan sabar dan teliti walaupun pada hari rehat. Terima kasih juga kepada anggota polis yang telah membantu memanggil Azizi. Semoga ini boleh menjadi contoh kepada kakitangan kerajaan yang lain. - NORIZA IBRAHIM, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Tue 10 Jul 2007, 11:00 am

Enam pembantu perubatan pelatih direman seminggu
SEREMBAN 17 Jan. - Enam pembantu perubatan pelatih dari Sekolah Perubatan Jalan Rasah di sini, direman seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan).

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi memberitahu, pada masa ini siasatan lanjut masih dijalankan dan belum ada tangkapan lain.

Kelmarin, sepasukan polis dari Cawangan Narkotik telah membuat serbuan pukul 2 petang di Asrama Pembantu Perubatan Pelatih di Jalan Rasah dan memeriksa 24 pelatih di situ.

Dalam pemeriksaan itu, lima pelatih ditahan kerana didapati positif menagih morfin manakala seorang ditahan di wad Hospital Seremban pukul 11 pagi semasa latihan praktikal.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kegiatan menyalahi undang-undang itu terbongkar apabila pihak Hospital Seremban membuat laporan polis mengenai seorang pembantu perubatan pelatih yang bersikap mencurigakan.

Beberapa kakitangan hospital mengesyaki pelatih tahun akhir itu seorang penagih kerana sering melihat dia berkhayal semasa latihan praktikal.

Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, S. Sothinathan berkata, Kementerian Kesihatan sedang menunggu laporan penuh daripada polis berhubung kejadian itu.

``Jika terbukti terlibat, keenam pembantu perubatan pelatih itu akan dipecat.

``Kementerian Kesihatan tidak bertolak ansur dengan perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Tue 10 Jul 2007, 11:05 am

Luahan perasaan seorang doktor hospital daerah
Saudara Pengarang,
SAYA ingin merujuk kepada surat Abdul Halim Abu Bakar dari Kuala Lumpur (Forum Utusan Malaysia 3 Januari 2003) dengan tajuk besar Pesara kecewa layanan doktor Hospital Jitra.''

Saya amat bersimpati dengan beliau kerana telah mendapat layanan buruk di hospital kerajaan.

Walaupun saya tidak tahu cerita yang sebenar, namun saya dapat merasai perasaan pegawai bertugas pada malam kejadian. Perlukah Abdul Halim pergi ke Unit Kecemasan pada 9 malam Hari Raya Puasa kedua untuk dicuci kakinya?

Saya juga merupakan doktor yang bertugas pada hari tersebut di sebuah hospital daerah kerajaan di Kedah (bukan Hospital Jitra). Saya telah bertugas dari 8 pagi sehingga 12 tengah hari keesokannya (28 jam) dengan hanya tidur selama tiga jam.

Siapakah yang memahami perasaan saya, apabila didatangi pesakit-pesakit tua yang telah dua minggu tidak makan di rumah, dengan keadaan separuh nyawa, dibawa oleh saudara-mara mereka pada waktu malam hari cuti umum dan minta untuk dimasukkan ke wad? Juga apabila didatangi wanita mengandung yang turun darah (keguguran) selama beberapa hari, pada waktu malam untuk mendapat rawatan?

Pada waktu itulah, bilik bersalin dipenuhi ibu-ibu yang balik kampung dan bersalin di hospital daerah. Unit Kecemasan pula dipenuhi pesakit-pesakit nahas jalan raya. Pada waktu itu jugalah pesakit yang telah mengalami demam, batuk dan selsema selama beberapa hari datang pada waktu malam meminta untuk dibuat ujian darah atau dimasukkan ke wad.

Untuk perhatian para pembaca, kebiasaannya hanya terdapat seorang doktor bertugas 24 jam pada hari cuti di hospital daerah dan beliau perlu menjaga semua wad dalam hospital termasuk bilik bersalin serta Unit Kemalangan dan Kecemasan.

Mereka bertugas dalam keadaan serba kekurangan kerana perkhidmatan makmal, farmasi dan x-ray hanya terdapat pada waktu pejabat sahaja. Unit Kecemasan sepatutnya berurusan dengan kes-kes kemalangan dan kecemasan sahaja, namun para pembantu perubatan juga menolong melihat kes-kes seperti jangkitan sistem pernafasan biasa, terutama pesakit-pesakit golongan miskin yang tidak mampu untuk mendapat rawatan di klinik swasta.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana kos perkhidmatan perubatan di negara kita merupakan antara yang terendah di dunia. Contohnya, hospital kerajaan hanya mengenakan bayaran RM1 untuk semua rawatan termasuk x-ray, jahitan luka dan ubat-ubatan di Unit Kecemasan. Ada kalanya, yuran tidak sempat dikutip kerana Unit Kecemasan terlalu sibuk dengan kes-kes yang banyak.

Namun begitu, kita tidak harus mengambil kesempatan daripada ini untuk menjadikan Unit Kecemasan hospital kerajaan penuh sesak pada waktu lepas pejabat. Perkara inilah yang menyebabkan pesakit lambat mendapat rawatan dan kakitangan bertugas yang terhad, tidak dapat memberi layanan yang cukup `mesra' kepada pesakit.

Para kakitangan perubatan hospital kerajaan pun manusia. Mereka juga mempunyai perasaan dan emosi. Kadang-kadang disebabkan tekanan kerja dan terlalu sibuk, mereka memarahi pesakit yang datang pada waktu yang tidak kena.

Di sini saya ingin menjawab soalan-soalan yang Abdul Halim bangkitkan:

* Surat jaminan kerajaan sememangnya diterima di semua hospital kerajaan dari segi tidak perlu bayaran yuran perubatan, namun ini tidak menjamin bahawa beliau perlu mendapat layanan istimewa walaupun beliau pernah menyandang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.

Ini kerana para kakitangan perubatan seharusnya akan memberi layanan yang paling profesional kepada semua pesakit tanpa mengira status sosial ekonomi, jantina, bangsa atau agama.

* Doktor tidak berhak untuk menolak pesakit daripada mendapat rawatan di mana-mana hospital, namun doktor berhak untuk menasihati pesakit untuk datang semula pada waktu yang sesuai untuk diperiksa sekiranya beliau merasai keadaan pesakit adalah stabil dan tidak berbahaya.

* Pegawai perubatan memang mempunyai etika perubatan mereka sendiri. Namun mereka juga mempunyai batas kesabaran, terutama apabila berurusan dengan pesakit yang mengada-ada dan banyak kerenah.

Oleh itu, prihatinlah terhadap golongan yang terlibat dalam bidang perubatan di bawah Kementerian Kesihatan. Mereka tidak mengharapkan sebarang pujian atau pingat walaupun mereka telah bertungkus-lumus bekerja menyelamatkan beribu-ribu nyawa. Sebaliknya, apabila mereka dimarahi atau dicaci oleh pesakit dan saudara-maranya kerana lambat memberi rawatan atau layanan yang tidak mesra, kepada siapakah mereka harus mengadu? - PEGAWAI PERUBATAN HOSPITAL DAERAH, Kedah.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Tue 10 Jul 2007, 11:07 am

Terima kasih Hospital Pontian
Saudara Pengarang,
SETELAH gagal mendapat rawatan di sebuah klinik swasta, saya bergegas ke Hospital Pontian pada 6 Januari 2003 antara jam 6 - 6.30 petang untuk mendapatkan rawatan bagi anak saya yang telah memasukkan biji limau ke dalam hidungnya.

Apa yang menggembirakan saya ialah pembantu perubatan dan jururawat yang bertugas pada waktu itu memberi layanan yang baik.

Mereka dengan inisiatif sendiri mencipta alat dari klip kertas untuk mengeluarkan biji limau tersebut kerana alat yang ada tidak sesuai. Mereka bersusah payah tanpa bantuan dari pegawai perubatan.

Terima kasih kepada mereka dan tahniah kepada pihak Hospital Pontian kerana mempunyai kakitangan yang mesra pelanggan. - ZAINAL HARON, Lot 9303, Kampung Melayu Raya, 81500 Pekan Nanas, Johor.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Tue 10 Jul 2007, 11:08 am

Hospital Melaka berpandangan jauh tugaskan pembantu perubatan di wad
Saudara Pengarang,
SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Hospital Melaka dan Wad Ortopedik Lelaki di hospital itu kerana menugaskan pembantu perubatan (lelaki) menjaga pesakit lelaki.

Pendedahan Ketua Jururawat Pencen (KJP) yang turut mempertikaikan kehadiran pembantu perubatan di wad itu baru-baru ini telah menyerlahkan sikap proaktif pengurusan Hospital Melaka terhadap hasrat kerajaan.

Ini ekoran pengumuman Perdana Menteri bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Pihak kerajaan membuat dasar dan anggota perkhidmatan awam akan bergerak untuk memenuhi hasrat kerajaan tanpa perlu dibimbing sepenuhnya. Sikap ini yang perlu diserapkan di dalam setiap anggota perkhidmatan awam.

Mengenai sijil perakuan tahunan, saya ingin memaklumkan kepada KJP setiap pembantu perubatan diminta memperbaharui sijil perakuan tahunan kepada Lembaga Pembantu Perubatan setiap tahun maka tidak timbul soal profesionalisma.

Kami memang terlatih dan selain berkebolehan menjaga pesakit kami juga diberi kepercayaan merawat pesakit luar seperti yang diamalkan di klinik kesihatan seluruh negara dan unit kecemasan di setiap hospital. Bukan seperti jururawat yang dilatih untuk menjaga pesakit dan menurut perintah pegawai perubatan sahaja.

Kalau pesakit kami boleh rawat, apatah lagi untuk menjaga mereka. Cuma bezanya kami tidak dibayar elaun kritikal seolah-olah jawatan kami, pembantu farmasi, juruteknologi makmal, jurupulih anggota, juru x-ray, inspektor kesihatan dan sebagainya tidak penting dalam perkhidmatan kesihatan.

KJP sepatutnya menyedari bahawa amalan pembantu perubatan menjaga pesakit telah berjalan sejak lama dulu. Cuba kita lihat di wad psikiatri lelaki. Adakah jururawat sedia bertugas di wad psikiatri lelaki atas alasan hanya jururawat sahaja boleh menjaga pesakit?

Atau KJP tidak timbulkan kerana beliau menganggap kes-kes pesakit psikiatri sebagai pesakit `kelas kedua' yang memerlukan pengecualian?

Sebenarnya kehadiran kami pembantu perubatan di wad ortopedik juga kerana kelebihan fizikal kami kaum lelaki. Mampukah kaum perempuan (jururawat) hendak mengangkat pesakit pesakit ortopedik lelaki yang bersaiz besar.

Jika jururawat menjaga pesakit lelaki, maka kebanyakan prosedur kejururawatan terpaksa dilakukan oleh keluarga pesakit atau pesakit sendiri. Sebagai contoh mencukur bulu dan memandikan pesakit. - MA ORANG SAYONG TENGAH, Gua Musang.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Berita 6 tahun yg lalu PPP dalam kekecewaan 8tahun..skrang??

Post by msaa on Mon 06 Aug 2007, 10:46 am

Biar puteh mata jangan puteh tulang .......bengang bengang bengang bengang !!!...saja nak hiligh kawe terjumpa paper lama tahuon 2001....Berita 6 tahun yg lalu PPP dalam kekecewaan 8tahun..skrang??...14tahun wooo.....tembak

----Forum Paramedik Malaysia-----




msaa07
avatar
msaa
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : Sr CVT & Manager
Gender : Male
Jumlah Post : 584
Umur : 105
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 0
Points : 3942

Character sheet
Mutiara Kata saya: notin i can tell U

View user profile http://www.facebook.com/group.php?gid=137801169570733 http://www.facebook.com/msaaGmbH

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zulk on Mon 06 Aug 2007, 4:56 pm

entah ler labu..... mcm2 cerita pelik dlm dunia ni..

----Forum Paramedik Malaysia-----




'NEED 4 SPEED'
avatar
zulk
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : detektif kuman
Gender : Male
Jumlah Post : 622
Umur : 108
Tarikh Register : 29/09/2006
Reputation : 11
Points : 4127

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

View user profile

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sat 18 Aug 2007, 6:51 pm

Petikan dari blog individu ??
Takziah buat keluarga Ust. Yusof


Hari ini, semua staf Pusat Islam melawat keluarga Ust. Yusof. Al-Fatihah, buat mertuanya Tn. Hj. Omar yang kembali ke Rahmatullah.

Allahyarham merupakan seorang doktor perubatan, tetapi istimewanya beliau tidak memiliki sijil atau ijazah dalam bidang perubatan secara formal. Semasa hayatnya, beliau hanyalah deresa (pembantu perubatan) di klinik. Semasa beliau bertugas, beliau diberi peluang mendalami ilmu perubatan secara tidak langsung termasuk membuat pembedahan. Sepanjang pengetahuan saya, dia mampu membuat pembedahan kosmetik iaitu pembedahan yang tidak meninggalkan parut.

Bercakap mengenai pembedahan, aku teringat bahawa tanda di atas siku kiriku adalah kesan daripada pembedahan. Ketika pembedahan dibuat, doktor mencadangkan supaya kulit di bahagian peha diambil untuk ditampung pada lenganku. Ayah tidak membenarkannya dan parut itu akan kekal sehingga akhir hayat.

Apabila mendapat ruang dan berhenti daripada klinik tersebut, mullah mendalami ilmu perubatan dalam bidang homeopati. Rumusan ubat-ubatan alternatif yang menggunakan sari bunga. Ketika klinik yang dibukanya maju, ada sesetengah orang dengki kerana beliau secara tidak langsung menjadi pesaing. “Nak buat macam mana, ubat alternatif yang ditawarkan berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.” Akibatnya kliniknya disiasat oleh pegawai kesihatan dan ubat-ubatannya bernilai hampir setengah juta dirampas! Beliau dituduh menjalankan perniagaan (pengamal perubatan) yang tidak sah kerana tidak memilik kelulusan yang selayaknya. Tetapi selepas siasatan dibuat, ternyata beliau membuka klinik perubatan yang sah.

Apa pun, semua perkara tersebut telah berlalu. Mullah yang menderita kanser usus telah pergi dan menjadi kenangan. Semasa hayatnya, beliau menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali yang menelan kos RM78 ribu, di samping beberapa sesi pembedahan membuang sel kanser di usus sebelum membuat kemoterapi.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sat 18 Aug 2007, 7:22 pm

Uichhhhh!!!!

Need For Quality Health Services In Rural Areas

The New Straits Times, May 3, 2000



Malaysia - The Health Ministry has been urged to provide quality health services to the rural community, especially in the plantation sector. The call made by Senator Jaya Partiban pointed out that medical and health facilities should be constantly ugraded through infra-structure planning and development and improving the doctor-patient ratio. The Senator said studies showed that no medical officers were placed in rural clinics. This resulted in workers being attended to by unqualified assistant medical officers with limited experience including prescriptions given based only from experience.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sat 18 Aug 2007, 7:38 pm

Dengue: when to admit?

Dengue is unfortunately endemic in our country - this means we get dengue cases throughout the year, year in and year out. What we have is a surge in numbers from time to time and lately there seems to be more cases again from certain areas.
A relative of a patient of mind asked me today "what is the platelet count which decides when a patient with dengue should be admitted?".
Coincidentally, there is a thread going on in Dobbs while discussing some medical issues, someone posted the link to an NST report that Sick boy ‘sent’ home dies of dengue

Over the five days, the boy could not eat or drink anything and was resting at home for most of the time.
Lee Wah said at 1am on Nov 2, Jefferson, who usually suffered in silence, complained of weakness and unbearable pain in his stomach. He took his son to the hospital again.
"The nurse on duty said it was a normal gastric reaction, gave my son more gastric medication and told me to come back at 8am because there was no doctor at that time.
"Because I had no choice, I reluctantly took him home but I took him to the hospital again at 3am because he was having difficulty breathing and his lips were turning pale.
"I told the same nurse on duty that my son was gasping for breath but she said it was due to the ‘gastric'.
"I insisted that the medical assistant on duty examine my son. Jefferson was given an okay but I was still worried. The assistant then told me to come back in the morning to see a doctor but then my son suddenly collapsed and could not walk.
"I told the nurse that he was too weak to even walk but she told me to put him in the car. It was then that my son fell unconscious and into a coma right before my eyes, but the hospital staff was still indifferent." Jefferson Junior died about seven hours later, and the cause of death was confirmed as dengue with cardiogenic shock.


Sad to hear of death of young patients with dengue. Since we don't have all the facts of this case (or both sides of the story) it is not fair to make any judgements or comment on it.
One of the most important things ER and clinic doctors as well as patients should realise is that there is NO magical blood test or platelet count level which is required before one decides on admission. It is the total clinical assessment which is important. So a patient with a platelet count of over 100x10^9/l and suspected dengue who is clinically ill looking, vomiting and unable to retain fluids will require admission.

You may be interested to view the current Guidelines for the Management of Dengue
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Sat 18 Aug 2007, 8:24 pm

Petikan Kajian...
Pembiayaan Perkhidmatan Kesihatan: Cabaran di Alaf Baru

Syed Mohamed Aljunid* abatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM

PENGENALAN

Faktor sumber manusia

Perkhidmatan kesihatan memang telah dikenalpasti sebagai perkhidmatan yang berintensifkan tenaga manusia.Ini jelas dapat dilihat di kebanyakkan negara hampir 70% dari kos mengurus adalah digunakan untuk membayar upah buruh. Peningkatan bilangan tenaga buruh terlatih seperti doktor dan kakitangan separa perubatan dengan tujuan untuk mencapai nisbah kakitangan kesihatan kepada penduduk yang lebih baik sudah pastilah akan meningkatkan kos pengurusan. Di Malaysia, untuk mencapai nisbah doktor satu dalam 1,500 penduduk menjelang tahun 2,000 dari 1:2400 sekarang ini akan memerlukan hampir sekali ganda pertambahan bilangan doktor di dalam negara. Pada masa yang sama doktor yang dilatih kerapnya tertarik untuk menjadi pakar. Insentif yang disediakan seperti gaji yang lebih tinggi dan peluang kenaikan pangkat merupakan sebahagian dari dorongan pihak kerajaan dalam usaha menambahkan bilangan doktor pakar yang masih dianggap rendah di kebanyakkan negara membangun. Peningkatan bilangan pakar ini sudah pasti akan meningkatkan kos bukan sahaja dari pembayaran upah malahan dari penggunaan sumber yang lain. Doktor pakar biasanya menggunakan ubat-ubat yang lebih mahal yang tidak semestinya meningkatkan keberkesanan rawatan tetapi mungkin untuk menunjukkan perbedaan status di antara pakar dan bukan pakar. Beberapa kajian di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa perkhidmatan kesihatan oleh pakar-pakar meningkatkan kos pembiayaan tanpa memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit jika di bandingkan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh para pengamal kesihatan primer (Berenson dan Holahan, 1992; Manu dan Schwartz, 1983; Angel et al, 1989).

Friedman (1962) berpendapat bahawa fenomena perlindungan yang berlaku di dalam profession perubatan merupakan salah satu punca peningkatan kos. Beliau berpendapat undang-undang yang menghadkan kakitangan paramedik untuk melakukan prosedur rawatan tertentu menyebabkan peningkatan upah kepada doktor-doktor yang melebihi kadar inflasi. Dengan berselindung di sebalik kualiti, doktor-doktor yang menguasai pasaran perkhidmatan kesihatan dengan menghadkan kakitangan paramedik dari menjalankan praktis tertentu. Contohnya di Malaysia sendiri, pembantu perubatan tidak di benarkan membuka klinik sendiri walaupun mereka di benarkan merawat pesakit di Pusat-Pusat Kesihatan Kerajaan. Friedman (1962) seterusnya menyarankan penghapusan ‘undang-undang perlindungan’ ini yang dijangka dapat menurunkan kadar peningkatan kos perkhidmatan kesihatan.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by zatie on Fri 24 Aug 2007, 4:23 am

Berita yang paling menyakitkan hati dahulu-sebagai iktibar
Akbar utusan silap lapor PPP jadi mangsa!!!
Adilkah ini??

Pembantu perubatan dituduh rogol pelajar
PULAU PINANG 29 Jun – Seorang pembantu perubatan klinik kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di dalam sebuah tandas, dua bulan lalu.

Mohd. Nuraswat Ahmad, 22, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hadhariah Syed Ismail.

Mengikut pertuduhan utama, Mohd. Nuraswat didakwa telah merogol remaja itu pada kira-kira pukul 8 malam, 12 Mac lalu, di dalam tandas Internet Ilusion, Jalan Lim Khoon Huat di sini.

Dia juga didakwa sekali lagi melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa pada kira-kira pukul 3.30 petang, 22 April lalu, di dalam tandas tingkat dua Pejabat Kesihatan Timur Laut, Jalan Perak di sini.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Azizah mencadangkan kepada mahkamah supaya tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

“Dia menghadapi tuduhan yang berat dan membabitkan remaja bawah umur. Mohon dia dikenakan jaminan yang tinggi,” katanya.

Hadhariah kemudiannya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan pada 30 Julai depan untuk sebutan semula kes itu bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa.
avatar
zatie
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 47
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 4037

Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!

View user profile http://pkdjerantut.tripod.com

Back to top Go down

Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum