FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

View previous topic View next topic Go down

beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by ytracis on Fri 27 Jul 2007, 5:54 pm

tanpa kami rawatan kpd pesakit tiada kesudahan....melainkan telah ditentukan oleh ALLah.

ytracis
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : medical stff
Gender : Female
Jumlah Post : 2
Umur : 33
Tarikh Register : 26/07/2007
Reputation : 0
Points : 3790

View user profile

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by gurlses on Fri 27 Jul 2007, 6:12 pm

betul 2 ytracis...stiap kk kbnykan cuma ada 1 Pbf..mcm mana nk a kursus xda org gnti..last2 akhir thn dpt skt rendah..ptut ke cm 2...
avatar
gurlses
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : pharmacist asst
Gender : Female
Jumlah Post : 63
Umur : 37
Tarikh Register : 22/07/2007
Reputation : 0
Points : 3790

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyumlah Seikhlas Hati..Kerana Senyum itu Penawar Segala Kedukaan..

View user profile http://paramedik.bbfr.net

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by gurlses on Fri 27 Jul 2007, 6:15 pm

tp kami ttp sbr...pt lebih pnting..
avatar
gurlses
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : pharmacist asst
Gender : Female
Jumlah Post : 63
Umur : 37
Tarikh Register : 22/07/2007
Reputation : 0
Points : 3790

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyumlah Seikhlas Hati..Kerana Senyum itu Penawar Segala Kedukaan..

View user profile http://paramedik.bbfr.net

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by mkanuar82 on Sat 28 Jul 2007, 3:52 am

ppp pun bole buat tugas tu... bese nye lepas waktu pejabat xde Pbf yg ON CALL kat klinik kan... mase tu sape yg jalan kan peranan Pbf... PPP kan...
avatar
mkanuar82
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri :
Jawatan : ppp
Gender : Male
Jumlah Post : 37
Umur : 35
Tarikh Register : 13/03/2007
Reputation : 0
Points : 3965

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile https://www.profitablesunrise.com/?upline=mkanuar82

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by mkanuar82 on Sat 28 Jul 2007, 3:55 am

tapi da tentu le kami x dapat buat seme tugas korang... jgn lak korang nak petikaikan mende tu lak...
avatar
mkanuar82
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri :
Jawatan : ppp
Gender : Male
Jumlah Post : 37
Umur : 35
Tarikh Register : 13/03/2007
Reputation : 0
Points : 3965

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile https://www.profitablesunrise.com/?upline=mkanuar82

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by hius2007 on Thu 25 Dec 2008, 10:25 pm

Tugas PPF di KK pada 2009 akan lebih mencabar sebab kita PPF sendiri yg tentukannya. Nanti akan ada persidangan PPF KK peringkat kebangsaan yg akan jawab semua problem PPF di KK. Tugasan PPF di KK adalah di selia oleh Bahagian kesihatan primer KKM. Jika KKM tak buat utk kita, PPF sendiri akan anjurkannya melalui PPFM/Union. Jgn berasa gusar. PPF di KK tetap akan maju pada 2009 nanti.

Bab PPP ambil tugas PPF semasa waktu cuti dan selepas waktu pejabat, tu kira ok lah. Kepada PPP baru, sila baca senarai tugas PPP di KK/Hos dlm 3 keadaan. Pertama PPF bercuti, kedua PPF berkursus dan ketiga memang tiada PPF di sana. Tugas PPP ialah membekalkan ubat yg telah siap di pre pack. Maka adalah menjadi tugas PPP memesan ubat dari dispensari utk kegunaan lepas waktu pejabat dan waktu cuti. Harap jelas keadaan ni. Bagi PPF pula, jika tahu nak bercuti tu, sila top up kan semua ubat.

Rasanya tak ada masaalah lagi sebab kolej PPP ada lima sedangkan kolej PPF hanya ada satu je. Jika PPP tak yakin utk beri ubat, boleh jemput Pengajar PPF utk ajar di kolej PPP. Tu pun dah kira perkembangan kerjaya juga kepada PPF.

2009 PPF bercadang nak selesaikan 24 masaalah dlm masa setahun iaitu 2 masaalah sebulan. Ini boleh dilakukan jika PPFM ambil 12 dan Union ambil 12. Dis 2008 PPF dah selesaikan ABM8 perjawatan PPF pada 2010 dan Jan 2009 PPF akan tumpukan Pos Basik PPF. Mungkin Mac 2009 kita bincangkan Senarai Tugas Terkini PPF. by.

hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 137
Umur : 53
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 3543

View user profile

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by hius2007 on Fri 06 Mar 2009, 9:30 am

Pada 2009 tugas PPF telah menjadi lebih rumit kerana dengan bertambahnya jawatan kenaikan pangkat bagi lain2 paramedik, kesan secara langsung akan tertimpa kepada PPF.

Contohnya di PKD saya, Matron U36 seorang, Sister U32 empat orang, PPP U32 tiga orang, PPF U32 tiada. Jururawat dan PPP kanan pasti tak benarkan PPF bercuti kerana mereka sendiri ada program yg perlu di laksanakan. Hasilnya PPF amat sukar utk bercuti atau menghadiri kursus.

Tetapi jika semua negeri mencontohi Negeri Perak, iaitu memohon jawatan Pekerja Rendah Awam R1, pasti tugas PPF akan menjadi ringan. Di Klinik saya sendiri dah ada dua orang PRA R1 ( perempuan) yang akan membantu PPF. Jika PRA R1 lelaki yang melapor diri, pasti Unit Bakas yang akan kebas PRA R1 tersebut. Tetapi apabila PRA R1 perempuan melapor diri, automatik mereka akan serahkan ke Unit Farmasi. Jawatan tambahan ini boleh di perolehi semasa mengisi borang ABM8 setiap tahun. Di negeri Perak ianya di pohon semasa Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat negeri dan di sokong oleh Tim Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi).

Lain2 negeri juga boleh memohon. Jika tak mohon, sampai bila2 pun tak kan ada PPF tambahan. Ini adalah kerana KKM memang tak mampu lahirkan lebih banyak PPF.

Tetap jika ada PPF yg begitu terdesak untuk mendapatkan PPF tambahan, bolehlah hadir di AGM PPFM/Union tahun ni dan usolkan masaalah tersebut. by

hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 137
Umur : 53
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 3543

View user profile

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by hius2007 on Fri 13 Mar 2009, 1:10 pm

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009



Farmasi :

Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )

Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )

Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )

Pengurusan Ubat & IT ( U52 )

Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )

Pengurusan Kualiti ( U52 )



Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )

Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )

Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )

Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )

Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )

Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )

Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )

Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )

Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )

Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )



Itu sahajalah perkembangan BPF KKM



Lain-Lain Paramedik :

Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :



A KESIHATAN AWAM

Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri

- Pembangunan Kesihatan Keluarga

- Pendidikan Kesihatan



B RAWATAN PERUBATAN

- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri

- Pengurusan Hospital



C FARMASI DAN BEKALAN

( kosong – tiada bahagian dan unit )



Unit-Unit Rawatan Perubatan:

Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar

Rawatan Am Pesakit Dalam

Perubatan Am

Pembedahan Am

O & G

Pediatrik

Orthopedik

Anastesiologi

ENT

Oftalmologi

Dermatologi

Neurologi

Pembedahan Neuro

Perubatan Transfusi

Perubatan Forensik

Urologi

Pembedahan Plastic

Radioterapi dan Onkologi

Pengimejan Diagnostik

Patologi

Pembedahan Kardiothorasik

Kardiologi

Perubatan Nuklear

Perubatan Respirotori

Psykiatrik dan Kesihatan Mental

Rehabilitasi



Itu sahajalah perkembangan lain lain Paramedik :



Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :

- Tugasan Penyelengaraan Setor

- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat

- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi





he he he

hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 137
Umur : 53
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 3543

View user profile

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by nori on Mon 26 Oct 2009, 9:40 am

Kertas kerja ni di sediakan pada 14 Julai 2009, pada hari ini ianya sudah tidak relevan lagi. Apa pun PPF masih terus ketinggalan. Pada pembentangan budget yang lalu, nasib PPF memang tidak tersentuh langsung. Cuma mungkin PPF U29 akan di tempatkan di Klinik Satu Malaysia yang akan beroperasi nanti iaitu seramai 100 orang, jika satu klinik dua orang. PPF. Jika tidak hanya 50 orang sahaja ataupun tiada langsung. Mungkin ubat akan dibekalkan oleh JM atau PPP sendiri ataupun SN. Ini amat berbeza dengan keputusan WHO iaitu bahagian farmasi perlu diilibatkan secara langsung dalam mencapai penjagaan kesihatan sepenuhnya.






Kertas kerja ini disediakan selepas kerajaan meluluskan pembayaran saguhati kepada penerima Pingat Gagah Berani ( PGB ) dan Pingat Setia ( SP ). Pada masa dahulu penerima pingat-pingat ini tiada elaun, tetapi kerajaan telah bersetuju untuk memberikan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada setiap penerima pingat tersebut, dan ianya bermula tahun 1983.




Penerima yang paling banyak mendapat faedah ialah Kanang anak Langkau iaitu RM 143,000, kerana ia menerima kedua-dua pingat tersebut. Pada 2009 kerajaan juga telah menaikkan kadar elaun tersebut. Tetapi di pihak PPF, ianya masih belum berjaya. Sejak 1993, dengan skop tugas yang baharu, Pem Makmal Kimia Ubat di serapkan ke PPF, tetapi masih belum berjaya mendapatkan tunggakan.




PPF mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah untuk mendapatkan tunggakan kerana semua PPF yang terlibat sedang berkhidmat, sedangkan penerima pingat PGB dan SP, ramai yang telah bersara. Cuba PPF bayangkan, kerajaan masih menerima permohonan pesara dan di terima, tentu PPF yang masih berkhidmat akan di beri peluang yang sama juga.




Paramedik lain, jangan cerita, semasa bertukar menjadi Skim Bersepadu, mereka di tawarkan dua kenaikan gaji. Dengan kegagalan KKM mengisi jawatan PPF U29 yang kosong, rasanya PPF masih ada harapan untuk mrendapatkannya, walaupun peluangnya adalah tipis. PPFM dan KKPFKMB perlu menggunakan kaedah win-win solution. KKM menang dan PPF menang. Apa yang perlu ialah bersatu dalam PPFM dan KKPFKMB. Tetapi kalau ramai yang tak bayar yuran, memang PPF sendiri yang ada masaalah.24 Oktober 2009, PPF Perak ada Kursus di Ambulance Care Complex ( ACC ) dan tentu ramai dah dapat manfaatnya.



PROGRAM PERKEMBANGAN KERJAYA DAN


PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN

PEN PEG FARMASI DI KKM






KERTAS KERJA


CADANGAN TUNGGAKAN


GAJI DIPLOMA


PEN PEG FARMASI MULAI




  1. NOVEMBER 1993.







Oleh :










Penolong Setiausaha Agong

Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi

Kerajaan Malaysia Barat.










14 Ogos 2009







1. PENDAHULUAN :




Pen Peg Farmasi adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedic dan diletakkan pada tangga gaji permulaan U29.




Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50’an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Pembantu Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.




Kini , setelah 51 tahun berlalu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.




Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi .




Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan Pen Peg Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.




Pada masa ini, tugas Pen Peg Farmasi ialah :




Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori

Mengendalikan kaunter pesakit luar

Mengendalikan kaunter bekalan wad

Mengendalikan makmal persediaan.




Tugas tambahan Pen Peg Farmasi :




Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )

Makmal IV Admikstur

Makmal Sitotoksik

Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )

Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit




Pen Peg Farmasi juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .







2. KRONOLOGI MASAALAH :




Setelah SSB diperkenalkan pada 1992, Pembantu Farmasi telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II iaitu gaji permulaan U29 P1T1 . Lain-lain paramedic yang mempunyai kelayakan diploma diletakkan pada matagaji U29 P1T6




Tetapi pada 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.




Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) telah mengiktiraf Diploma Farmasi KKM adalah setaraf dengan Diploma bagi tujuan perlantikan dalam Perkhidmatan Awam melalui surat bil. JPA ( L )S.130 / 1 Jld.2 ( 63 )

bertarikh 28 Ogos 1998




Program Diploma Pembantu Farmasi di KKM bermula Julai 2000 sebagaimana surat bahagian Latihan KKM bil ( 112 ) dlm.KKM-74 / INF / 91 Jld.2

bertarikh 23 Jun 2000




Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah dipinda mulai I Julai 2000 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2001 bertarikh 20 Disember 2001.







3. PERMOHONAN KESATUAN :




Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat memohon agar Skim Diploma tersebut berkuatkuasa mulai 5 November 1993 sebagaimana perubahan Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.




Ini adalah kerana terdapat Ahli Kesatuan iaitu batch latihan no 28 yang merasakan diri mereka terinaya kerana mereka tidak mendapat gaji diploma sedangkan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun seperti yang diperlukan. Berbeza dengan lain-lain paramedic, mereka terus ke gaji diploma iaitu U29 P1T6.
















4. LATARBELAKANG MASAALAH :




Pembantu Farmasi latihan batch no 28 telah mengisi borang permohonan latihan separa perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 dan menghadiri temuduga pada tahun yang sama. Pada tahun 1997 mereka ditawarkan tempat latihan di Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya dan mula melapor diri pada 1 Julai 1997. Setelah menamatkan latihan selama 3 tahun dan lulus semua peperiksaan, mereka telah mula ditawarkan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1991. tetapi apabila SSB diumumkan, pada tahun 1992 gaji mereka hanyalah pada matagaji U29 P1T1, sedangkan lain-lain paramedik di KKM terus ke mata gaji P1T6.




Masaalah yang sama juga timbul kepada Pembantu Farmasi Kanan sebelum SSB iaitu telah diletakkan ke Gred U29, tetapi masalah ini telah selesai apabila dirujuk kepada pihak Tribunal Perkhidmatan Awam




Tetapi pada 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam surat tersebut amat jelas dimaklumkan bahawa Jawatan Pembantu Makmal Kimia Ubat telah di assimilasikan dan tugasnya diambil alih oleh Pembantu Farmasi.




5. ALASAN PERMOHONAN :




Pembantu Farmasi yang terlibat merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana bekerja dibawah satu bumbung iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia , menjalani latihan yang sama iaitu tiga tahun, lulus semua peperiksaan tetapi apabila bertugas hanya diberi gaji sijil sahaja. Jururawat, Pembantu Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Inspektor Kesihatan, Juru X Ray semuanya diberikan taraf Diploma pada masa itu.




Ditambah lagi pada awal 2008 ni, banyak paramedik di berikan Skim Bersepadu dan semua mereka mendapat dua kenaikan mata gaji. Pembantu Farmasi terus menjadi paramedik kelas kedua.







6. LAIN-LAIN ALASAN :







6.1 PENGAJAR SEKOLAH LATIHAN ADALAH PEMEGANG IJAZAH:




Semua Pembantu Farmasi di Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya adalah di ajar oleh, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana pengajar mereka bukanlah pemegang ijazah dalam bidang mereka.




6.2 TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PEMBANTU FARMASI




Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik KKM sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya Pembantu Farmasi, walaupun ada Jawatankuasa Teknikal bagi setiap katogeri.




Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim

Juru X ray




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan




Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan







6.3 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENGENDALIKAN BANYAK SKIM




Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) mengendalikan melebihi 500 skim jawatan perkhidmatan awam kerajaan dan ada kemungkinan Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah terlepas pandang.







6.4 SEKOLAH LATIHAN PEMBANTU FARMASI KKM




Sekolah Latihan Pembantu Farmasi KKM Petaling Jaya pada masa dahulu adalah di bawah pengurusan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dan mereka memang tiada kemahiran tentang latihan dan ianya amat berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana mereka di letakkan di bawah Bahagian Latihan KKM.




Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas Pembantu Farmasi yang diadakan di Langkawi pada 6 – 11 September 1993, adalah mesyuarat yang julong kali di adakan dan hasilnya ialah keperluan perubahan yang terkini perlu dilakukan mengikut kehendak semasa, tetapi perubahan yang hendak dilakukan perlulah setimpal dengan ganjaran yanag akan diterima oleh semua Pembantu Farmasi.




Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi.




Semasa Mesyuarat Pengarah Perkhidmatan Farmasi dengan Pengarah Makmal Ubat dan Stor / Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pegawai-pegawai farmasi Negeri Bil. 1/93 pada 21 – 22 Oktober 1993, perkara ini telah di bincangkan dan di persetujui.




Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.







6.5 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU FARMASI :




Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah 3035 jawatan Pembantu Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah

86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Pembantu Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik.




Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang Pembantu Farmasi seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan adalah amat berat dan dengan pemberian taraf diploma ini di kebelakangkan, bebanan tersebut dapat dikurangkan.




6.6 KEPUTUSAN TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM :




Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam amat jelas menyatakan Pembantu Farmasi Sebelum SSB dan selepas SSB adalah sama sahaja, maka wajarlah semua Pembantu Farmasi di bayar gaji diploma selepas SSB iaitu sama seperti lain-lain paramedik.







PENUTUP :







Kesatuan kami berasa kecewa kerana lain-lain paramedik mempunyai syarat kemasukan yang sama iaitu lulus SPM dan tiga kepujian , bekerja dalam organisasi yang sama , menjalani latihan yang sama iaitu selama tiga tahun, mendapat biasiswa yang sama semasa menjalani latihan, tetapi apabila bertugas di KKM, Pembantu Farmasi hanya di berikan gaji bertaraf sijil sahaja sedangkan lain-lain paramedik bertaraf Diploma.




Pembantu Farmasi merasakan diri mereka tidak dihargai di atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, motivasi kerja juga sukar ditingkatkan, ini berlaku apabila ada perjumpaan dengan lain-lain kumpulan paramedik, mereka berasa diri mereka dipencilkan.




Pada 5 November 1993, kerajaan telah mengeluarkan satu senarai tugas yang baru bagi semua Pembantu Farmasi.Ini adalah selaras dengan assilimilasi skim Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam skim Pembantu Farmasi.

Sehubungan dengan itu, kesatuan kami berasa, gaji bertaraf Diploma sepatutnya di bayar mulai tarikh surat itu.




Kesatuan kami juga pernah membawa kes Pambantu Farmasi Kanan ke Mahkamah Tribunal Perkhidmatan Awam, dan kami telah berjaya.













SEKIAN.







Penolong Setiausaha Agong

Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi

Kerajaan Malaysia Barat.







14 Ogos 2009
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3267

View user profile

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by ppfkkpa on Fri 06 Aug 2010, 7:26 pm

Semua PPF telah berada di zon selesa dan tiada apa yang ingin di bangkitkan lagi, berbeza dengan lain-lain paramedik, mereka sentiasa berfikir untuk menambah kepakaran dan sekali gus mendapat ganjaran yang setimpal, jika PPF sendiri tidak mahu berubah, amat sukar BPF untuk merancang sesuatu yang bererti buat PPF, PPF sendiri kena rancang diri sendiri, Fail to plan, Plan to fail,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3075

View user profile

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by nori on Mon 24 Jan 2011, 6:57 pm

SELAMAT DATANG PPF BARU KE KKM

SEMBILAN CABARAN

MALAYSIA yang benar-benar maju tidak akan kunjung tercapai sehingga kita akhirnya kelak dapat mengatasi 9 cabaran asasi yang strategis yang telah kita hadapi sejak negara ini lahir sebagai sebuah negara merdeka .

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masaalah.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi keliling system keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Dan akhirnya, cabaran ke 10 adalah datang dari dalam diri PPF sendiri.


Sejarah dan Latar Belakang KKM Serta Kedudukan PPF Di Malaysia.

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.

Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. Selain penubuhan hospital, tren penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri, yang kerap berlaku mendorong kepada penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tahun 1900. Kewujudan IMR adalah bertujuan untuk membuat kajian mengenai penyebab penyakit berjangkit ini dan kaedah untuk mengawal jangkitan terutama penyakit tropika.

Bukan itu sahaja, kebimbangan kemungkinan merebaknya penyakit ekoran daripada kekurangan zat makanan, penyakit cacar dan penyakit anjing gila juga mengukuhkan keperluan IMR ditubuhkan di negara ini. Bermula dari itu, kerja-kerja penyelidikan dan perkhidmatan rancak dijalankan dan pada tahun 1928, Bahagian Entomologi dan Badan Penasihat Malaria ditubuhkan. Menyusul selepas itu, diwujudkan pula Bahagian Pemakanan dan Biokimia, Bakteria serta Patologi.

Sejarah perkhidmatan kesihatan turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja Brooke di mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga mereka. Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi jururawat dan bidan di Kuching. Semasa zaman kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah menfokuskan kepada rawatan perubatan di kawasan bandar. Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942.

Sejarah perkhidmatan kesihatan juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaya dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan Silang ( dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Manakala Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat iaitu pada 16 Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejururawat Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas, Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif.

Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta merupakan Institusi kedua yang diwujudkan di Semenanjung Malaysiauntuk melatih para Pembantu Perubatan demi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan kesihatan di Malaysia secara amnya. Kolej Pembantu Perubatan yang lain terletak di Seremban, Kuching, dan Alor Star. Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta secara rasminya telah beroperasi pada 1 Januari 1992 dengan kehadiran 6 orang tenaga pengajar. Pada 13 Januari 1992, Kolej ini telah memulakan latihan asas Pembantu Perubatan dengan kehadiran 50 peserta. Walau bagaimanapun sejarah kolej ini bermula lebih awal, iaitu pada tahun 1956 dengan menyediakan latihan untuk Penolong Jururawat. Seterusnya ia digunakan untuk melatih Pembantu Hospital Rendah pada tahun 1970. Pada tahun 1992, Bahagian Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan telah membuat keputusan untuk menjadikan kolej ini sebagai sebuah latihan Pembantu Perubatan yang memberi latihan mengikut kurikulum baru Pembantu Perubatan yang bertaraf diploma.

Dalam Rancangan Malaysia ke 7, kerajaan telah meluluskan pembinaan lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej-kolej tersebut adalah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, dan Ulu Kinta. KSKB menyediakan latihan daripada 6 disiplin iaitu Kejururawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Pembantu Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Objektif KSKB ialah mengadakan Program Latihan Akademik Sains Kesihatan peringkat separa profesional sesuai dengan keperluan guna tenaga manusia, terutama dalam bidang Sains Kesihatan dan menanam sikap positif serta membentuk sahsiah murni, berinovasi serta sentiasa bersedia menghadapi persaingan globalisasi dunia kerjaya bidang Sains Kesihatan.

Selepas merdeka, tumpuan kerajaan adalah lebih kepada mempertingkatkan sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Ketika mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957, negara mempunyai sebanyak 65 buah hospital. Sejak negara mendapat kemerdekaan, Kementerian menunjukkan prestasi cemerlang dalam penjagaan kesihatan rakyat Malaysia. Dalam tempoh 20 tahun merdeka (1957 - 1977), perkembangan penjagaan kesihatan negara memberi tumpuan utama kepada proses pembangunan dan menaik taraf perkhidmatan kesihatan sedia ada. Ketika inilah Pusat Kesihatan Besar, Pusat Kesihatan Kecil, Rumah Bidan dan Klinik mula dibina.

Perkembangan Perkhidmatan Farmasi mula berkembang dengan pembentukan Makmal Ubat dan Stor di Petaling Jaya pada tahun 1964. Selaras dengan perkembangan farmaseutikal yang pesat, maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) telah ditubuhkan pada tahun 1974 bagi menyampaikan perkhidmatan farmasi yang lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Di bawah BPF, ditubuhkan Makmal Kawalan Kimia Ubat Kebangsaan (MKKUK), sebuah institut yang bertanggungjawab menjalankan ujian untuk produk farmaseutikal. MKKUK ditukar nama kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada tahun 1992 selaras dengan perkembangan fungsinya sebagai agensi regulatori farmaseutikal dan sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Kementerian Kesihatan juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan dalam dua tempoh yang berasingan iaitu dari tahun 1956 hingga 1957 dan 1960 hingga 1962. Semasa tempoh pergabungan tersebut, Kementerian dikenali sebagai Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dengan menteri pertamanya ialah B. Dato' V.T. Sambanthan (1957 - 1959). Namun bermula dari tahun 1963 Kementerian ditukarkan semula kepada nama asal iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menteri ke empat iaitu Y.B. Dato' Abdul Rahman Talib (1962 - 1964) yang mana nama tersebut terus kekal sehingga sekarang.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berkembang dengan bertambahnya fasiliti-fasiliti kesihatan pada setiap tahun. Kementerian juga menjadi rujukan dari negara-negara jiran dalam pelbagai teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan Kardiologi dan Geriatrik. Kini fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas terutamanya dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang saksama, mudah diperolehi dan berkualiti. Perkembangan ini selaras dengan perubahan corak kesihatan persekitaran, pembangunan teknologi kesihatan globalisasi dan liberalisasi mengikut corak perubahan penyakit, kesihatan persekitaran dan perkembangan teknologi di peringkat dunia.

DRAFF KENYAATAN AKHBAR OLEH KETUA PENGARAH KESIHATAN
“KE ARAH PERKHIDMATAN FARMASI YANG CEMERLANG”

Dalam merealisasikan Program Transformasi Kerajaan, dan mendokong aspirasi gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat jelata. Pembudayaan slogan “Kami Sedia Membantu” membuktikan pihak Kementerian amat peka dan prihatin akan keperluan dan keinginan pesakit serta pelanggan yang memerlukan rawatan dan pemeliharaan kesihatan.

Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk meningkatkan tahap kesihatan Negara agar setanding dengan negara-negara maju. Ini telah terbukti dengan pencapaian Key Performance Indicators (KPI) yang sangat memberangsangkan bagi Kementerian Kesihatan. Seiring dengan perubahan persekitaran dan kemajuan teknologi yang pesat, penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan memerlukan anjakan paradigma dari segi kecekapan, keberkesanan dan kepuasan rakyat.

Justeru, setiap program termasuk Farmasi secara berterusan menggembeling tenaga dalam mengukuhkan perkhidmatan khususnya dalam bidang-bidang yang penting. Perkhidmatan farmasi telah beralih tumpuan tradisi terhadap produk kepada pendekatan fokus kepada pesakit (patient-centred). Penjagaan farmaseutikal yang komprehensif dan tertumpu kepada pesakit (patient care) adalah penting bagi memastikan pesakit mendapat rawatan ubat-ubatan yang selamat, berkualiti, rasional dan berkesan.

Melalui perkhidmatan yang khusus seperti Farmakokinetik Klinikal (CPS), Perkhidmatan Sokongan Nutrisi, Perkhidmatan Farmasi Onkologi dan Perkhidmatan Farmasi Nuklear, ubat-ubatan yang dipreskrib untuk pesakit boleh diberi mengikut keperluan individu berkenaan. Dengan ini, kualiti rawatan dapat dipertingkatkan serta kejadian kesan sampingan boleh dikurangkan.

Bekerja sebagai satu pasukan, Pegawai Farmasi kini berganding bahu dengan profesional perubatan lain yang terlibat secara aktif dalam rondaan wad bersama pakar perubatan dari pelbagai disiplin di hospital. ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ (MTAC) telah pun dijalankan di 74 hospital utama, 62 hospital pakar, 14 hospital daerah dan 37 klinik kesihatan. Menerusi MTAC, pematuhan pesakit dalam pengambilan ubat-ubatan mereka serta pemantauan berterusan untuk memastikan rawatan yang optima dan mengelakkan komplikasi dapat dilakukan.

Satu lagi aspek penting ialah Program Rawatan Terapi Gantian Methadone atau Methadone Maintenance Therapy (MMT), di mana Pegawai Farmasi memainkan peranan aktif dalam kaunselling dan pemantauan pesakit yang diberi ubat methadone. Setakat ini terdapat sejumlah 110 pusat MMT di KKM dan Pegawai Farmasi KKM juga terlibat dalam pendispensan methadone bagi Program MMT di 14 Pusat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), 12 Penjara di Semenanjung Malaysia serta projek pendispensan methadone di masjid.

Untuk memastikan kepuasan pelanggan sentiasa diberi perhatian, masa menunggu tidak melebihi 30 minit untuk pesakit menerima ubat dari farmasi telah dijadikan sebagai salah satu KPI. Pada tahun 2009, sebanyak 93% hospital dan klinik kerajaan berjaya mencapai KPI ini dan sebanyak 95.4% daripada 39.4 juta preskripsi untuk pesakit luar telah dapat didispens dalam tempoh tersebut. Namun, pihak Kementerian akan terus berusaha gigih untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi bagi mencapai 100% KPI yang telah ditetapkan.

Dalam membudayakan inovasi dan kreativiti, perkhidmatan farmasi telah berjaya mengaplikasikan teknologi dan prasarana telekomunikasi dengan melaksanakan sistem pengambilan ubat menerusi beberapa cara pilihan seperti sistem pendispensan ubat bersepadu (SPUB), farmasi pandu lalu, sms dan ambil serta kad temu-janji bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat mengikut kesesuaian mereka. Setakat ini, sebanyak 87 hospital dan 38 klinik kesihatan telah pun menawarkan perkhidmatan pilihan tersebut. Sambutan bagi perkhidmatan SMS & Ambil memang menggalakkan, di mana pesakit hanya perlu hantar SMS ke farmasi berkenaan sebelum datang mengambil ubat ulangan mereka. Pihak Kementerian terus komited dan merancang untuk memperluaskan perkhidmatan tersebut ke semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.

Bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital yang jauh daripada tempat tinggal, semua hospital kerajaan juga mempelawa pesakit memanfaatkan program Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB). Dengan ini, pesakit akan menjimat masa dan perbelanjaan perjalanan oleh kerana mereka boleh mengambil ubat daripada mana-mana hospital atau pun klinik kesihatan mengikut pilihan mereka sendiri. Sepanjang tahun 2009, sebanyak 115,086 preskripsi telah diuruskan melalui SPUB berbanding 62,100 preskripsi dalam tahun 2008 iaitu peningkatan mendadak sebanyak 85%.

Sistem Farmasi Pandu Lalu yang telah diperkenalkan di dua buah hospital iaitu Hospital Pulau Pinang dan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar merupakan satu lagi kebanggaan. Pesakit boleh memandu lalu terus ke kaunter khas untuk mendapatkan ubat mereka tanpa perlu menunggu. Memandangkan, sistem ini memberi impak yang positif kepada pesakit, perancangan dan pembangunan fasiliti kesihatan yang baru boleh mengambil-kira kemudahan seperti ini.

Usaha yang terbaru ialah ”Pharmacy Home Delivery” yang telah pun dijalankan sebagai projek perintis di Hospital Putrajaya, di mana ubat ulangan dikirimkan kepada pesakit melalui Pos laju dengan caj minima. Dengan kerjasama Pos Malaysia, pihak Kementerian bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke fasiliti-fasiliti kesihatan diseluruh negara bagi memudahkan pesakit. Disamping itu juga, pendekatan ini boleh mengurangkan kesesakan pesakit di hospital dan klinik kesihatan.


Sebagai langkah meningkatkan kefahaman dan memberi pendidikan kepada rakyat berkenaan penggunaan ubat-ubatan dan menyedarkan hak mereka sebagai pengguna ubat-ubatan, program “Kenali Ubat Anda” telah dilancarkan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan bahan pendidikan dihasilkan bagi mencapai objektif program tersebut termasuk membangunkan laman web www.knowyourmedicine.com. Disamping itu, sebuah Pusat Panggilan Farmasi Nasional yang beroperasi 24 jam termasuk hari cuti dan kelepasan am telah ditubuhkan di Hospital Kuala Lumpur melalui talian 03-26155136 bagi membantu orang ramai mendapatkan khidmat maklumat ubat pada bila-bila masa.

Dengan perkembangan dan kemajuan dinamik yang ditonjolkan oleh Perkhidmatan Farmasi, pihak Kementerian Kesihatan berkongsi kebanggaan dengan kejayaan Sistem Farmasi Pandu Lalu Hospital Pulau Pinang yang telah meraih anugerah Asian Hospital Management Awards 2008 di Manila, Filipina pada September 2008. Pada tahun lepas, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor pula telah menjadi johan Anugerah Ketua Setiausaha Negara di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (Perkhidmatan Awam) Ke-26, tahun 2009 bagi inovasi sistem pengurusan stor farmasi yang telah direka-cipta oleh anggota farmasi sendiri.

Saya yakin dengan komitmen dan kesungguhan, Perkhidmatan Farmasi akan terus melangkah ke hadapan menuju destinasi kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang mampan dari segi klinikal, berkesan dari segi kos dan menyentuh hati rakyat dan masyarakat.



TAN SRI DATO’ SERI DR HJ MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia

Pada 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara maju, tetapi jika PPF berpuashati dengan perkhidmatan PPF pada masa ini, dan berpendapat ianya setanding dengan negara maju, maka tak perlulah buat apa-apa.

Tamat 24/1/2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3267

View user profile

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by nori on Thu 14 Jul 2011, 1:28 pm

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF.

Dan yakinlah bahawa dengan bertugas untuk negara, PPF juga ada sumbangan yang besar bagi kemakmuran dan kemajuan Negara. Tampa PPF pasti kesihatan rakyat akan terjejas.

Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh 5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.) dan 4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF , 1 wakil Sabah dan 1 wakil Sarawak. Wakil PPFM ialah En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun dan wakil utk Kesatuan pula ialah En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam. Wakil PPF ialah Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro). Wakil Sarawak ialah En.James Yiek Hua Kuong dan wakil Sabah ialah En.Johnson Chin Nyat Min. Urusetia JK ini ialah Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof, PPF U38 BPF KKM. Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan maju kehadapan ! Jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, sila hubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini.

( JK Teknikal ini di kendalikan oleh PF dan sebagai PPF kita perlu mengwujudkan JK Pemandu dan JK Pelaksana, iaitu JK Kecil di bawah JK Teknikal, barulah segala yang dirancang akan dapat di dilaksanakan.
Begitulah perlaksanaan semua JK Teknikal lain-lain paramedik . Dan ianya memerlukan komitmen yang tinggi dari semua PPF. )


Kongres Profesor lulus 14 resolusi jayakan transformasi 9 Julai 2011, KUALA LUMPUR: Kongres Profesor Negara yang berakhir semalam meluluskan 14 resolusi berdasarkan setiap kluster ilmu untuk membantu kerajaan menjayakan usaha transformasi negara seperti berikut:


• Mengukuhkan dasar, proses perancangan dan tadbir urus sektor sumber asli dan alam sekitar; transformasi ekonomi yang disokong sistem pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan berasaskan sasaran keberhasilan konkrit dan jelas.

• Kod tadbir urus sektor awam dan kaedah penguatkuasaan dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan pengurusan.

• Pembangunan modal insan berpengetahuan dan kemahiran tinggi serta sistem keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dicadang bagi memastikan ICT menjadi pemacu utama transformasi.

• Pengukuhan Polisi Inovasi Negara bagi memastikan kelestarian ekosistem inovasi tanpa sempadan iaitu membabitkan semua peringkat masyarakat bermula di sekolah hingga industri dan agensi kerajaan.

• Bagi memastikan negara tidak terdedah kepada ancaman penyusutan sumber dan krisis tenaga, pembangunan kecekapan penggunaan tenaga, pengoperasian perkakasan, perancangan bandar dan pemerkasaan penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui dicadangkan.

• Sokongan padu terhadap penegasan dasar mengekalkan nisbah 60:40 bagi pelajar aliran sains berbanding pelajar bukan sains yang merosot pada tahap 20:80 ketika ini bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 60 penyelidik, saintis dan jurutera bagi setiap 10,000 tenaga kerja.

• Usaha menjana dan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains sosial disifatkan kritikal bagi membekalkan data sosial mencukupi untuk pelaksanaan transformasi negara.

• Menekankan kepentingan sistem pendidikan diperkukuhkan menerusi pendekatan kesepaduan bermula pendidikan dasar hingga tertiari yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berorientasikan bakat, bukan peperiksaan.

• Akses perkhidmatan kesihatan secara saksama dengan memberi keutamaan kepada aspek pencegahan penyakit secara menyeluruh dan berkesan.

• Menitikberatkan kesepaduan sosial sebagai prasyarat untuk menjamin transformasi negara yang seimbang.

• Bagi memartabat industri farmaseutikal, kerajaan dicadang mewujudkan keupayaan sebagai pengeluar ubatan halal bagi mengelak kebergantungan terhadap pasaran luar yang diragui kesesuaiannya dan boleh mengancam kesihatan rakyat.

• Turut diusul bagi bidang kesihatan adalah masalah ketagihan dadah dipertanggungjawabkan bersama Kementerian Kesihatan kerana ia dikenal pasti sebagai penyakit.

• Meminta kerajaan memastikan inti pati pembangunan dikawal sistem nilai budaya yang murni untuk mengelak penyelewengan, mengekalkan moral tinggi serta menegakkan prinsip keadilan sosial.

• Bagi memastikan sekuriti makanan, negara dicadang memberi perhatian khusus kepada isu penggunaan tanah, koordinasi antara pelbagai kementerian dan agensi, dasar insentif, kebergantungan kepada buruh asing, mekanisme pemasaran, pemindahan teknologi, perubahan iklim, sumber air dan dana pelaburan.

( PPF juga terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam resolusi tersebut, tetapi terpulanglah kepada kebijaksanaan dan kemampuan PPF dalam menjayakannya )


WAKIL-WAKIL NEGERI
KESATUAN KEBANGSAAN PEMBANTU FARMASI KERAJAAN
MALAYSIA BARAT TAHUN 2008 – 2010

Negeri Sembilan : Tuan Haji Omar bin Baba
( Klinik Kesihatan Ampangan, Seremban, N. Sembilan )

Selangor : Puan Zaila bt Mohammad Zahibi
( Hospital sungai Buluh, Selangor )

Perak : Puan Rosmah bt Mahmud
( Hospital Teluk Intan )

Pulau Pinang : Tuan Haji Mohd. Dali bin K. Mastan P.J.K.
( Hospital Pulau Pinang )

Kedah : Encik Mohd Hassan Zaini bin Shafie
( Hospital Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah )

Perlis : Encik Pergas Cinnathamby
( Klinik Kesihatan Kangar, Perlis )

Kelantan : Tuan Haji Kamaruddin bin Mohd. Zin
( Hospital Tanah Merah, Kelantan )

Terengganu : Encik Dandan bin Zakaria
( KK Kuala Terengganu )

Pahang : Puan Norhayati bt Mohamed
( Hospital Sultan Haji Ahmad Shah )

Melaka : Encik Ibrahim bin Suratman
( Hospital Melaka )

Wilayah Persekutuan : Encik Mohd Nazri bin Esa
( Kesaihatan/Hos Putra Jaya) ( Klinik Kesihatan Jinjang, Wilayah Persekutuan )

Wilayah Persekutuan : Puan Faridah bt Saidi
(HKL ) ( Hospital Kuala Lumpur )

( Semua wakil-wakil tersebut boleh di hubungi apabila terdapat keperluan dan keutamaan )


Persatuan PPF telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1974. Ianya didaftarkan di bawah akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya 1717. Kelulusan pendaftara diperolehi pada 22 Oktober 1975. Keahliannya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Pembantu Farmasi (kini Diploma Pembantu Farmasi).
Pada peringkat awal penubuhannya, persatuan ini menghadapi pelbagai masalah.

Tahun 1980'an, ianya dipindahkan ke Ipoh, Perak dimana ianya hanya aktif dikalangan ahli di sekitar negeri tersebut. Di Ipoh juga persatuan menghadapi masalah akhirnya. Dengan baki akaun hanya RM5.50 ianya dipindahkan pula ke pantai timur pada tahun 1990 dimana ahli majlisnya terdiri dari mereka yang bertugas di Kelantan dan Terengganu.

Ahli Majlis telah mengadakan beberapa "Road Show" - Kempen untuk menambahkan ahli. Aktiviti ini dibuat dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Kini, persatuan boleh berbangga kerana ianya telah dapat diaktifkan kembali dan tabung persatuan telah meningkat hasil usaha Ahli Majlis.

Tujuan Penubuhan

1. Untuk menjaga dan meningkatkan nama baik dan kepentingan profesion Pembantu Farmasi.

2. Mempertahankan dan meninggikan taraf dan etikaprofesion Pembantu Farmasi.

3. Untuk menggalakkan dan mengembangkan ilmu farmasi.

4. Memupuk hubungan professional dalaman dikalangan ahli.

5. Berhubung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi demi kemajuan profesion Pembantu Farmasi.

6. Menjadi wadah untuk ahli menyatakan pendapat dan pandangan dalam perkara yang menyentuh profesion Pembantu Farmasi.

Didalam Persatuan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh kesemua ahli. Perkara-perkara berikut termaktub didalam perlembagaan Persatuan ini. Setiap ahli wajib mengetahui dan mematuhi perlembagaan yang telah disediakan. Perkara-perkara tersebut ialah:

FASAL 1 & FASAL 3

FASAL 1 : NAMA, ALAMAT, TEMPAT MESYUARAT, COGANKATA;

o Persatuan ini hendaklah dinamakan PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA dan selepas ini disebut sebagai "PERSATUAN"

o Alamat berdaftar dan tempat mesyuarat persatuan ini hendaklah di Lot 512, Belakang Taman Norwina, Demit, 16150 Kubang Kerian, Kelantan. Alamat berdaftar persatuan ini tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan.

o Cogankata Persatuan ini ialah “Sepakat mencapai Hasrat”
Cogankata Persatuan ini ialah “Sepakat mencapai Hasrat”

Definasi logo PPFM adalah:

1. Tiga warna iaitu merah, kuning dan biru, melambangkan warna bendera Malaysia. Persatuan ini meliputi seluruh Malaysia.

2. Tiga bulatan mengelilingi cogankata (motto) Persatuan bermakna bersepadu dan beriltizam tanpa berbelah bagi demi kejayaan bersama.

3. lambang segi tiga diilhamkan dari bentuk piramid yang memberi erti kecekalan dan ketegasan pendirian dalam menempuh apa jua keadaan.

4. Neraca melambangkan keseimbangan, prihatin dan ketepatan maklumat serta tujuan.

5. Lambang buku memberi maksud pentingnya ilmu pengetahuan dan pembelajaran yang sentiasa berterusan untuk mencapai tujuan setiap sasaran.

6. Ular dan staf melambangkan kesihatan

7. Cogankata (motto) ‘Sepakat Mencapai Hasrat’ bermaksud usaha dan pakatan yang utuh beserta dengan ketabahan dan kecekalan akan pasti membuahkan hasil.

FASAL 3 : WILAYAH

1. Wilayah yang diliputi oleh persatuan ini hendaklah yang di ketahui sebagai Malaysia.

FASAL 2

TUJUAN-TUJUAN (MATLAMAT)

Tujuan-tujuan persatuan ini hendaklah:

1. Untuk meningkat dan menjaga nama baik Penolong Pegawai Farmasi.

2. Untuk menggalakkan dan mengembangkan kemajuan tentang ‘dispensing’ dan berkaitan dengan pendidikan farmasi serta memupuk hubungan profesional dalaman dikalangan ahli.

3. Untuk memperbaiki ‘kemahiran farmasi’ bagi kebajikan awam umumnya dengan menyebarkan maklumat tentang amalan mengenai ‘medical dispensing technique’ dan subjek-subjek yang ada kaitan dengannya.

4. Untuk mempertahankan dan meninggikan taraf dan etika profesion ini.

5. Untuk bergabung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang boleh dianggap memerlukan oleh Majlis untuk menyebar tujuan-tujuan persatuan ini.

6. Untuk menerangkan pandangan ahli dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama profesion ini.


FASAL 4

KEAHLIAN

1. Ahli Biasa:

- Ahli biasa hendaklah terbuka kepada setiap Penolong Pegawai Farmasi yang pada tarikh permohonannya didaftar tanpa sebarang sekatan apa-apa pun di bawah undang-undang Malaysia yang ada. Ahli biasa hendaklah menikmati segala keistimewaan, kuasa dan hak mengundi persatuan ini.

2. Ahli Bersekutu:

- Ahli bersekutu hendaklah terbuka kepada pelatih-pelatih dari Program Diploma Farmasi, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia, atau dari mana-mana kolej yang diiktiraf dibawah Undang-undang Malaysia yang ada. Tertakluk kepada Fasal 4 (iv), ahli bersekutu hendaklah menikmati hak-hak yang sama seperti Ahli Biasa.

3. Ahli Kehormat:

- Persatuan ini boleh menganugerah keahlian sebagai Ahli Kehormat kepada seseorang tidak kira samaada ianya seorang Penolong Pegawai Farmasi atau tidak. Beliau hendaklah pada pendapat persatuan telah memberikan khitmat yang terisitimewa dan cemerlang dalam bidang farmasi atau pun kepada persatuan ini. Mereka ini boleh dicalunkan oleh majlis tertakluk kepada kelulusan melalui resolusi di suatu mesyuarat agong. Tertakluk kepada fasal 4 (iv) Ahli Kehormat hendaklah menikmati hak-hak yang sama seperti ahli biasa.

4. Walau apa pun yang terkandung yang menyatakan sebaliknya didalam Perlembagaan, Ahli Kehormat dan Ahli Bersekutu tidaklah berhak mengundi dimana-mana mesyuarat atau dipilih menduduki didalam Majlis.

5. Permohonan untuk menjadi Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu hendaklah dibuat keatas borang yang dikhaskan yang akan diisi lengkap oleh pemohon.

Ahli Majlis Persatuan 2011 - 2013

Penasihat :
YBhg.Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak
Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang

Yang Dipertua :
Encik Ganesan A/L G.Narayanan
Penolong Pegawai Farmasi U32
Klinik Kesihatan Taiping
Perak

Naib Yang Dipertua :
Puan Khamsiah bt Brahim
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Sg.Buloh
Selangor

Setiausaha Kehormat :
Haji Ab. Manan Kechik
Penolong Pegawai Farmasi U38
Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan.

Penolong Setiausaha Kehormat :
En. Mohamad Nazri b Mohd Esa
Penolong Pegawai Farmasi U38
Jab.Farmasi
Hospital Kuala Lumpur

Bendahari Kehormat :
Haji Sulaiman Harun
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Kuala Krai
18000 Kuala Krai, Kelantan

Ahli-ahli :

Puan Samidah Binti Rahmat
Penolong Pegawai Farmasi U40
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar

Puan Hjh. Rohana bt Musa
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Sg.Buloh
Selangor

Puan Siti Hanisah bt Md.Said
Penolong Pegawai Farmasi
KPJ Johor Specialist
Johor

En. Asrul Effendi Bin Jamaludin
Penolong Pegawai Farmasi U32
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Cheras, Kuala Lumpur

En.Suhaimi b Esa
Penolong Pegawai Farmasi U29
Hospital USM, Kubang Kerian
Kelantan

Juruaudit :
Puan Lau Swee Gim
Penolong Pegawai Farmasi U32
Hospital USM, Kubang Kerian
Kelantan

Puan Hjh. Rahani bt Awang
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Selayang
Selangor

( Semua PPF sepatutnya menjadi ahli persatuan dan barulah persatuan boleh menjana peningkatan laluan kerjaya yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang )


Untuk makluman semua, satu Kursus Pemantapan Penolong Pegawai Farmasi Peringkat Negeri Kedah akan di adakan pada 14-16 Julai 2011 di INTAN Wilayah Utara anjuran Bhg.Perkhidmatan Farmasi Negeri Kedah. Peserta seramai 90 orang. PIHAK PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERKURSUS KEPADA SEMUA PESERTA!


LATIHAN SANGKUTAN PENDISPENSAN METHADONE Untuk makluman semua PPF, susulan dari Kursus Pendispensan Methadone yang diadakan di International Youth Centre,Cheras bulan lepas, Latihan Sangkutan (Attachment) Pendispensan Methadone akan dijalankan serentak seluruh Malaysia di Lokaliti terpilih sehari untuk setiap peserta sepanjang bulan Julai mulai 11-28 Julai 2011. Kepada yang terpilih, diucapkan Tahniah dan syabas! Sila rujuk Ketua Unit masing-masing. Selamat Berkursus ! ( Perak- 23 peserta, Terengganu-6, Kedah-5, Pahang-6, JKWPKL-3, Johor-4 dan Kelantan-1)


KEPADA SEMUA PPF INSTITUSI SWASTA, DIMINTA KERJASAMA MEMBERI SENARAI PPF DI TEMPAT ANDA UTK TUJUAN PENYENARAIAN PPF MSIA DAN PENDAFTARAN DALAM AKTA BARU NANTI. URGENT !!! SILA EMAIL KPD SAYA- GANESAN (email: pfganesh@gmail.com)

Dalam email, sertakan- 1.Nama penuh; 2. No KP; Alamat Surat Menyurat; Tempat Bertugas; Kolej Latihan; Tahun masuk kolej dan tamat, Batch No (Jika KSKB); Nama & Alamat Majikan

NO. AKAUN PERSATUAN PPF :
No akaun Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia: AFFIN BANK 100180003775. Untuk membayar yuran atau apa-saja bayaran tuan/puan boleh menggunakan CASH DEPOSIT MACHINE di AFFIN BANK yang berdekatan tempat tuan/puan, buat salinan fotostat dan kembarkan bersama borang dihantar kepada saya dialamat:

PT 201 TAMAN DESA WANGI,
PASIR TUMBOH,
16150 KOTA BHARU, KELANTAN.

Anda Boleh Menghubungi kami melalui alamat surat:

Jabatan Farmasi,
Hospital USM Kubang Kerian
16150 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

No. telefon: 09-7664675 (P) , 013-9060880, 09-7654567 (R)

Anda juga boleh menghantar e-mail ke :admin@ppfmy.com

Untuk panduan ringkas sila klik di sini : Frequently Asked Questions (FAQ)

Siapakah yang layak menjadi ahli Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia?
Terdapat 3 katogeri ahli persatuan:

1. Ahli biasa/ Ahli seumur hidup.
Keahlian untuk katogeri ini terbuka kepada semua Pembatu Farmasi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur yang mempunyai Sijil Pembantu Farmasi atau Diploma Farmasi, samada sedang berkhidmat dengan kerajaan, swasta atau persendirian. Ahli dari katogeri ini layak untuk hadir mesyuarat agong, dipilih sebagai Ahli Majis Persatuan,dan mengundi.

2. Ahli bersekutu.
Keahlian kategori ini terbuka kepada yang tidak memiliki Sijil/Diploma Pembantu Farmasi tetapi bekerja dalam bidang kefarmasian seperti di Premis – premis yang menjalankan perniagaan yang ada kaitan dengan Farmasi contohnya kedai farmasi, klinik-klinik, pusat SPA dan lain-lain. Pelatih Pembantu Farmasi dalam Latihan juga diterima sebagai ahli bersekutu. Keahlian ini boleh menghadiri mesyuarat
tiada hak mengundi dan dipilih sebagai Ahli Majlis Persatuan.

3 . Ahli Kehormat
Keahlian ini dianugerahkan oleh Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia kepada sesiapa sahaja warga Negara Malaysia yang telah memberi sumbangan dan kerjasama kepada persatuan.

Bagaimana cara untuk menjadi ahli ?
Isikan borang keahlian dan hantarkan kepada urusetia Persatuan. Borang keahlian juga boleh didapati dalam Buleting Pembantu Farmasi yang diterbitkan dua kali setahun. Borang boleh di muaturun (download ) dari laman web

Berapakah yuran keahlian ?
1. Ahli biasa RM20.00
2. Ahli bersekutu RM5.00 setahun
3. Yuran Pendaftaran RM5.00 (bayaran sekali sahaja )

Apakah keistimewaan menjadi ahli persatuan?
Semua ahli yang berhak kecuali ahli bersekutu / ahli kehormat layak Untuk mengundi / dipilih sebagai Ahli Majlis Persatuan. Semua ahli
Berhak menggunakan kemudahan dan mendapat khidmat dari Persatuan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ahli yang tidak berhak?
Maksudnya :
1. Ahli yang telah diberhentikan olih sebab-sebab dispilin Seperti termaktub dalam perlembagaan Persatuan.
2. Ahli yang yurannya tertunggak selama 12 bulan.

Apakah dia ahli seumur hidup?
Ahli yang menjelaskan yuran sebanyak RM100 (seratus ringgit ) berserta RM5.00 yuran pendaftaran sekaligus sewaktu beliau mendaftar.


Bolehkah saya menjadi kekal menjadi ahli Persatuan jika saya bertukar Ke jawatan lain?
Anda layak menjadi ahli Persatuan Pembantu Farmsi Malaysia Walaupun ada telah bertukar jawatan asalkan pada satu ketika anda
Adalah Pembantu Farmasi yang terlatih.

Kenapa saya perlu menjadi Ahli Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia?
Piagam persatuan menggariskan matlamat berikut:
1. Meningkatkan dan menjaga nama baik profesion Pembantu Farmasi
2. Mengggalakan dan meningkatkan kemahiran ilmu kefarmasian dikalangan ahli.
3. Mempertahankan dan meningkatkan taraf profesion ini.
4. Bergabung dan bekerjasama dengan lain NGO yang sealiran perjuangan persatuan.
5. Penyebar maklumat dan candangan ahli-ahli untuk kepentingan profesionalisma ahli.

Apakah program yang dilaksanakan olih Persatuan untuk meningkatkan
Profesionalisma Pembantu Farmasi ?
1. Persatuan membantu menerbitkan majalah ilmiah Suara Pembantu Farmasi. Terbitan dua kali setahu. Percuma untuk ahli.
2. Persatuan adakan mesyuarat dan roadshow dalaman.
3. Mengadakan kursus dengan kerjasama Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) dari masa ke masa.
4.Ceramah Perubatan setiap kali mesyuarat agong di adakan.
5. Lain-lain program yang di adakan dengan kerjasama cawangan Negeri-Negeri bila di perlukan.

( semua maklumat berkaitan PPF adalah berkaitan kepada semua PPF kerana ianya menunjukkan betapa penting dan perlunya PPF bergerak sejajar dengan perkembangan semasa dan cabaran masa kini dan cabaran yang paling besar ialah dari dalam diri PPF sendiri )


Segala pendapat, cadangan, pandangan, coretan dan pemerhatian di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat nya dari sudut perspektif yang sama agar ianya akan memberikan gambaran yang sama dan tidak tersasar, kerana sedikit perbezaan pendapat akan memberikan najitah yang berbeza, dan yang amat perlu ialah semua PPF mesti berfikiran positif setiap masa, sepanjang masa dan sebarang masa.

Tamat : 14 Julai 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3267

View user profile

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by nori on Thu 14 Nov 2013, 10:20 pm

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 



Beban tugas PPF adalah ditangan PPF sendiri dan marilah kita sama-sama memartabatkan persatuan PPF dan Kesatuan PPF. 
PPF boleh maju jika berfikir diluar kotak pemikiran biasa kerana negara maju memerlukan taraf pemikiran yang tinggi dan Malaysia lagi 7 tahun sahaja menjadi negara maju. Wawasan 2020.


Dan pada minggu pertama tahun 2014, di harap semua PPF boleh mengaplikasi dan membudayakan Pusat Kecemerlangan PPF ( Exellent Centre )
 
Semalam ada majlis diolog live bersama Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam di TV 1.
Harap semua PPF telah menontonnya.
Satu perkara yang semua PPF perlu tahu  ialah beliau adalah pegawai yang akan menandatangani semua pekeliling yang di keluarkan oleh JPA menhenai perkhdmatan dll.
Harap pekeliling mengenai PPF akan keluar sedikit masa lagi.
 
AGM Persatuan PPF dan Kesatuan PPF telah berlangsung pada tahun 2013 ini dan di harap satu resolusi yang baik akan di keluarkan bagi tatapan semua PPF dan jika masih tiada resolusi, maka PPF kena karang satu resolusi baru pada tahun 2014.
 
Segalanya akan di simpan sebagai sejarah kerana ada jawatan di Negara ini mendapat kenaikan setelah 25 tahun berjuang dan tahniah kepada 81 skim yang telah di naik taraf dan mungkin PPF akan jadi skim yang ke 82 berubah. Tetapi jangan jadi nombor 249 sudahlah sebab ianya nombor corot.
 
 

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tamat
 
14 November 2013
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3267

View user profile

Back to top Go down

Re: beban tugas pharmacy asst..knp diambil ringan..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum