FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Malaysia bebas selesema burung

Go down

Malaysia bebas selesema burung

Post by Lord Vlad on Tue 11 Sep 2007, 11:59 am

Malaysia bebas selesema burung


- copy from utusan online

PUTRAJAYA 10 Sept. Malaysia hari ini diisytiharkan bebas daripada jangkitan penyakit Avian Influenza (AI) atau selesema burung selepas serangan terakhir berlaku di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor pada Jun lalu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, pengumuman itu dibuat selepas bukti-bukti menunjukkan tiada jangkitan baru virus H5N1 daripada pengawasan yang dijalankan.
Beliau berkata, keputusan ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh tiga bulan lepas juga telah memenuhi syarat Piawaian Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE).
Katanya, OIE telah dimaklumkan mengenai kejayaan tersebut dan laporan akhir sudah dihantar semalam.
Kita telah mengemukakan perkara ini kepada OIE dan selepas melalui protokol yang ditetapkan, sekarang kita boleh isytiharkan Malaysia bebas daripada penyakit AI, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Penyakit itu dikesan berlaku semula di negara ini pada 5 Jun lalu di Kampung Paya Jaras Hilir apabila kesemua 67 ekor ayam milik seorang penduduk kampung didapati mati.
Kerajaan sebelum ini berjaya membasmi penyakit tersebut pada pertengahan tahun lepas dan penghujung 2005.
Muhyiddin berkata, sejumlah 4,226 ekor ayam, itik dan pelbagai jenis unggas dimusnahkan serta dilupuskan membabitkan pembayaran sagu hati kepada penternak dan pemiliknya sebanyak RM39,939.95.
Bagaimanapun katanya, langkah-langkah pencegahan tetap d iambil berikutan penyakit tersebut masih lagi berlaku di negara-negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Laos.
Beliau berkata, antara langkah-langkah yang diambil ialah melarang pengimportan ayam, itik, unggas dan produknya yang mentah dari negara-negara yang masih mengalami penyakit tersebut.
Turut diambil ialah mengetatkan kawalan di pintu masuk negara dengan kerjasama agensi penguatkuasaan di sempadan dan meneruskan kerja-kerja pemantauan di seluruh negara.
Muhyiddin turut mencadangkan supaya kerajaan negeri menguatkuasakan atau memperkenalkan Enakmen Unggas untuk pemeliharaan yang lebih sistematik bagi mengurangkan risiko berlakunya jangkitan selesema burung.
Ini kerana berdasarkan pengalaman terdahulu, penyakit tersebut merebak daripada ayam atau unggas yang dipelihara di kampung-kampung.
Ini yang menjadi masalah kepada kita sebab itulah saya amat berharap agar kerajaan negeri memperkenalkan peraturan dan undang-undang yang ketat, katanya.
Setakat ini hanya empat negeri yang mempunyai peraturan berkaitan Enakmen Unggas iaitu Johor Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.
Menurutnya, akibat daripada penularan penyakit itu sebelum ini telah menyebabkan industri terjejas teruk apabila produk berasaskan ayam gagal dieksport keluar negara seperti Jepun, Korea dan Hong Kong.
Bagaimanapun, hubungan baik dengan Singapura tidak terjejas apabila republik berkenaan masih terus mengimport ayam dari Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

----Forum Paramedik Malaysia-----




avatar
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2439
Umur : 39
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 5523

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum