FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Fisioterapi dalam masjid

View previous topic View next topic Go down

Fisioterapi dalam masjid

Post by Fieza on Wed 19 Sep 2007, 3:13 pm

DARI segi reka bentuk bangunan dan kemudahan di Masjid Kariah Taman Marida, Senawang, Seremban Negeri Sembilan, tiada bezanya dengan masjid lain di kawasan itu.

Malah kedudukannya yang agak tersorok di tengah kawasan perumahan berkenaan, menyebabkan sukar untuk orang ramai dan umat Islam terutama dari luar singgah di masjid itu.


Bagaimana pun, keadaan itu tidak menjadi penghalang bagi masjid itu memainkan peranan untuk memakmur dan memartabatkan Islam demi kepentingan masyarakat setempat sehingga dikenali seluruh negeri.

Masjid itu menjadi terkenal kerana pelbagai aktiviti keagamaan yang diadakan setiap hari sehingga menarik ramai umat Islam, bukan saja dari Senawang dan Seremban, malah daerah lain seperti Rembau, Kuala Pilah dan Jelebu.

Setiap minggu bermula dari Isnin seawal masuk waktu solat Subuh, masjid itu sudah dipenuhi dengan jemaah lelaki dan wanita untuk menunaikan solat berjemaah yang kemudian diikuti dengan kuliah Subuh.

Seterusnya pada jam 8 pagi ada program pengajian al-Quran kira-kira tiga jam membabitkan golongan lelaki dan dikendalikan guru berpengalaman, Shahran Imran.

Waktu solat Maghrib pula, kuliah agama diadakan merangkumi ilmu fardu ain, feqah, tauhid, tasawuf dan hadis secara berselang-seli setiap hari sehingga jam 9 malam.

Pada hari kebesaran Islam seperti awal Muharam, Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan Nisfu Syaaban diadakan program khas termasuk menjemput penceramah dari luar bagi menjayakan program berkenaan.

Tenaga penggerak yang dijana jawatankuasa masjid yang sentiasa memberikan komitmen tinggi, menyerlahkan kekuatan dan fungsi rumah ibadat berkenaan untuk mengembangkan ilmu dan memartabatkan umat Islam.

Usaha yang dilakukan itu membuahkan hasil apabila masjid itu dinobatkan selaku masjid contoh peringkat Negeri Sembilan tahun lalu dan kemenangan itu membolehkan menerima hadiah dalam bentuk projek pembesaran masjid bernilai RM100,000.

Nazir masjid itu, Mustapa Maulub, 59, berkata pada asalnya masjid ini adalah surau yang dibina pada 1982 sebelum dinaikkan taraf kepada masjid pada 1988.

Katanya, melalui sumbangan orang ramai, kemudahan di masjid itu ditambah dari semasa ke semasa bagi keselesaan jemaah.

“Pada masa ini, jawatankuasa masjid turut mengendalikan Sekolah Agama Rakyat bagi memberi pendedahan agama kepada kanak-kanak.

“Kemudahan lain disediakan ialah perpustakaan, pejabat pentadbiran dan peralatan khemah serta hidangan untuk sesuatu majlis dan yang terbaru mewujudkan pusat fisioterapi,” katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa masjid, Zulkilfi Ejam, 44, yang diberi tanggungjawab menyelia pusat fisioterapi yang pertama di daerah Seremban itu berkata, sejak perkhidmatan itu dimulakan dua bulan lalu, tidak kurang 50 orang lelaki dan wanita terutama warga emas mendapatkan rawatan setiap hari.

Katanya, dua mesin fisioterapi disediakan dengan caj RM3 untuk setengah jam dan RM5 untuk sejam.

“Tujuan kami bukan mencari keuntungan tetapi bagi menambah dana tabung masjid sambil menggalakkan orang ramai datang ke masjid,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memperuntukkan RM30,400 bagi membeli dua mesin berkenaan.

“Kami merancang mewujudkan bilik khas tidak lama lagi bagi memberi keselesaan berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai termasuk dari Jelebu dan Rembau,” katanya.







FAKTA

Masjid Taman Marida dinaik taraf dari sebuah surau pada 1988.

Boleh muat sehingga 1,200 jemaah dalam satu masa.

Menang Anugerah Masjid Contoh peringkat negeri 2006.

Antara kemudahan bilik perpustakaan dan pusat fisioterapi.

Aktif menganjurkan kelas agama.
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5510

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Fisioterapi dalam masjid

Post by sawi_bayam on Tue 04 Mar 2008, 1:32 pm

waaa..saya kagum dgr perkhabaran tu...kat trg ni..leh jugak nak buat tu..tapi di mana yaaaa Razz

sawi_bayam
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : jurupulih perubatan anggota
Gender : Female
Jumlah Post : 3
Umur : 36
Tarikh Register : 04/03/2008
Reputation : 0
Points : 3516

View user profile

Back to top Go down

Re: Fisioterapi dalam masjid

Post by kainkapan on Tue 31 Mar 2009, 5:11 am

hoh? bagus btol AJK masjid tu kan... nice work there... lol!
avatar
kainkapan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : PenGGaLi KuBuR
Gender : Male
Jumlah Post : 324
Umur : 35
Tarikh Register : 14/05/2007
Reputation : 3
Points : 4264

Character sheet
Mutiara Kata saya: MALU mu ialah mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, Tiada siapa yang dapat merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

View user profile

Back to top Go down

Re: Fisioterapi dalam masjid

Post by ZA_70 on Sun 05 Apr 2009, 10:34 pm

Eeemmm...elok gak sebab kebykkan yg datang ke masjid byk warga emas..
Selain dari beribadah...perkhidmatan fisio bole buat jgk...
Smoga menjadi contoh kpd masjid2 lain...

ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 288
Umur : 57
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 3552

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

View user profile

Back to top Go down

Re: Fisioterapi dalam masjid

Post by sagit's on Mon 06 Apr 2009, 7:50 pm

ZA_70 wrote:Eeemmm...elok gak sebab kebykkan yg datang ke masjid byk warga emas..
Selain dari beribadah...perkhidmatan fisio bole buat jgk...
Smoga menjadi contoh kpd masjid2 lain...

elok mg elok..tapi tu fisioterapis ke...
bertauliah ke...
setakat nk dtg amik treatment guna mesin tanpa di akses tak guna jgk...
tak tau plka nnti ape diagnose...payah...org tua mmg la suko klu d letak hot pack ke buat wax ke...irr ke..tu benda diorg suke...tapi bukan main letak je...
so tak sesuai le...
avatar
sagit's
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : TheRaPist
Gender : Female
Jumlah Post : 727
Umur : 35
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 5
Points : 3675

Character sheet
Mutiara Kata saya: Never Say NO.. BeFore U TrY iT..

View user profile

Back to top Go down

Re: Fisioterapi dalam masjid

Post by amy on Sat 09 Jan 2010, 4:34 pm

a'kum..
sy b'cadang nk smbung belajar..
fisioterapi dan jurupulih perubatan 2 sama maksud ke?
klu sy ambik dip fisioterapi,ke mana halatuju nya?
ada sapa2 blh tlg x...

amy
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : STUDENT KIST
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 29
Tarikh Register : 16/12/2009
Reputation : 0
Points : 2865

View user profile

Back to top Go down

Re: Fisioterapi dalam masjid

Post by azrunia on Wed 24 Mar 2010, 9:12 pm

tolonnggggggggggggg............tolongggggggggggggggg
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4202

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: Fisioterapi dalam masjid

Post by nursaadah66@yahoo.com on Wed 20 Feb 2013, 9:33 pm

Asslam..
sye ade kelulusan diploma physiotherapy..dan sye bru tamat kan pembelajaran sye akhir tahun lalu...saya ingin bertanya..ade x jawatan kosong sbagai fiso di masjid berkenaan..sye tinggal di rembau dan mempunyai pengankutan sendiri...
kalo ade..bagaimana untk saya memohon nye??

nursaadah66@yahoo.com
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri :
Jawatan : Belia
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 26
Tarikh Register : 18/02/2013
Reputation : 0
Points : 1705

View user profile

Back to top Go down

Re: Fisioterapi dalam masjid

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum