FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

View previous topic View next topic Go down

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

Post by Lord Vlad on Wed 22 Nov 2006, 4:19 am

peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kesihatan persekitaran dan pekerjaan

Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor


Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)


Program BS (KPP)

Program ini adalah dibawah penyelarasan Jabatan Kesihatan Komuniti yang mempunyai sembilan unit pengkhususan yang berkaitam dengan bidang kesihatan awam. Program ini dikendali dengan melibatkan dua unit utama iaitu Unit Kesihatan Persekitaran dan Unit Kesihatan Pekerjaan dengan penglibatan unit dan jabatan lain di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan fakulti lain termasuk Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar.

OBJEKTIF AM

Objektif program ini adalah untuk :

1. Melahirkan tenaga terlatih dalam bidang ini untuk memnuhi keperluan negara di dalam memelihara kesihatan komuniti dengan meningkatkan kualiti alam sekitar dan tempat kerja melalui pengetahuan yang menyeluruh dari gabungan kursus-kursus sains asas (biologi, fizikal dan kimia), sains persekitaran, sains kemasyarakatan, sains gunaan dan kesihatan (fisiologi, epidemiologi dan toksikologi).

2. Melahirkan tenaga terlatih yang mampu mengurus alam sekitar dan tempat kerja yang sihat serta selamat untuk meningkatkan prsetasi serta produktiviti pekerja demi kemajuan negara

3. Melahirkan graduan yangberkemampuan mengendalikan penyelidikan dan perundingan di dalam bidang ini untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan kesihatan komuniti.

KONSEP DAN FALSAFAH PROGRAM

Program latihan ini berteraskan kepada konsep dan falsafah bahawa untuk peningkatan taraf kesihtan dan kesejahteraan hidup individu atau sesebuah komuniti adalah memerlukan pengawalan terhadap proses biologi, kimia, fizikal yang berlaku dalam persekitaran dan tempat kerja yang mengancam kesihatan manusia.

Proses-proses tersebut perlu dikenal pasti dan difahami sehingga usaha-usaha atau tindakan pengawalan dan pencegahan impaknya dapat dilaksanakan. Para pelajar akan melalui latihan ketrampilan dalam pengenalpastian dan penyelesaian masalah kesihatan tersebut secara komprehensif dengan mengambilkira penyebab dan impak proses-proses tersebut terhadap kesihatan manusia dan faktor-faktor sosio budaya yang berkaitan dalam sesebuah komuniti.

KELAYAKAN MASUK

1. Sijil Matrikulasi Sains Hayat/Sains Fizikal

- Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
- Sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.67 dan Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B mata pelajaran Biologi dan Kepujian mata pelajaran Kimia pada peringkat SPM atau Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B mata pelajaran Kimia dan Kepujian mata pelajaran Biologi pada peringkat SPM

2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

- Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
- Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B (NGMP 2.67) mata pelajaran Biologi pada peringkat STPM dan Kepujian mata pelajaran Kimia pada peringkat SPM atau Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B (NGMP 2.67) mata pelajaran Kimia pada peringkat STPM dan Kepujian mata pelajaran Biologi pada peringkat SPM atau

3. Kelayakan setaraf sebagai ganti STPM

Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM atau

Diploma dalam bidang Inspektor Kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Kejururawatan, Kesihatan Persekitaran, Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Senat UPM atau

Calon-calon yang berkhidmat dalam perkhidamatan kesihatan (spt. Jururawat terlatih dan Pembantu Perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang diiktiraf oleh Senat UPM) mestilah memenuhi syarat berikut:

a) Memiliki Sijil SPM dan kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan lulus mata pelajaran Matematik
b) Memiliki Sijil atau Diploma dalam bidang yang berkenaan
c) Memiliki sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman klinikal dalam bidang kesihatan jika berkelulusan Sijil dan satu (1) tahun pengalaman klinikal jika berkelulusan Diploma

Keperluan Kemahiran Bahasa Inggeris (MUET)

Mulai tahun kemasukan 2001, kemahiran Bahasa Inggeris di peringkat Ijazah pertama adalah berdasarkan pencapaian dalam Malaysian University English Test (MUET). Keperluan minima MUET untuk program Bacelor Sains (Sains Bioperubatan) adalah Band 3. Pelajar yang tidak mencapai tahap minima diwajibkan untuk mengambil kursus Bahasa Inggeris Pemulihan sebagaimana yang disarankan oleh universiti.

----Forum Paramedik Malaysia-----





Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : PPKP
Gender: Male
Jumlah Post: 2447
Umur: 35
Tarikh Register: 09/10/2006
Reputation: 49
Points: 4253

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

Post by zulk on Fri 24 Nov 2006, 11:21 am

apalagi kaum PPKP sekalian.. ayuh mulakan langkah..

----Forum Paramedik Malaysia-----




'NEED 4 SPEED'

zulk
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : detektif kuman
Gender: Male
Jumlah Post: 701
Umur: 105
Tarikh Register: 29/09/2006
Reputation: 11
Points: 3159

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

View user profile

Back to top Go down

Re: Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

Post by Lord Vlad on Fri 24 Nov 2006, 11:26 am

alhamdulillah... sebelum PPKP yg dah ada degree memang dah ramai... yang sedang ambil degree pun ramai (di Uitm, UPM, UM dan UKM)...

cuma tinggal yang muda2.... ayuh kita sambung blaja....

----Forum Paramedik Malaysia-----





Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : PPKP
Gender: Male
Jumlah Post: 2447
Umur: 35
Tarikh Register: 09/10/2006
Reputation: 49
Points: 4253

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

Post by <<BLaCk>> on Fri 24 Nov 2006, 11:36 am

hmm..mcm mana plak yg kat UKM??? aku dengar lagi menarik..kalu tak ada masalah dalam tempoh terdekat aku pun nak smbng blaja blk..pasal kos pelajaran aku tak kisah sangat....

----Forum Paramedik Malaysia-----





<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender: Male
Jumlah Post: 1631
Umur: 34
Tarikh Register: 19/09/2006
Reputation: 43
Points: 9129

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

View user profile http://paramedik.bbfr.net/

Back to top Go down

Re: Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

Post by Lord Vlad on Mon 27 Nov 2006, 8:19 am

sambung blaja sepenuh masa (gaji separuh) tapi ok la skit coz jimat masa....

----Forum Paramedik Malaysia-----





Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : PPKP
Gender: Male
Jumlah Post: 2447
Umur: 35
Tarikh Register: 09/10/2006
Reputation: 49
Points: 4253

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum