FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

View previous topic View next topic Go down

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by adilla on Sun 24 Feb 2008, 10:11 am

Kemasukan Terus Ke Tahap Pertengahan Bidang Ditawarkan :
Pengajaran, Pengurusan dan Pengkhususan Klinikal

KELAYAKAN MASUK
1. Syarat Am
(a) Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Kelulusan penuh dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu atau Kesusasteraan Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau setaraf dengannya boleh diterima sebagai ganti kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; dan
(b) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap I (Band I) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

2. Syarat Khas
(a) Sijil/Diploma dalam kejururawatan atau Sijil/Diploma Pembantu Perubatan.
(b) 3 tahun pengalaman kerja sebagai Jururawat atau Pembantu Perubatan, Malaysia.
(c) Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia atau Lembaga Pembantu Perubatan, Malaysia.
(d) Telah menjalani kursus Kejururawatan Pos Basik sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih dan berjaya memperolehi sijil kursus/diploma berkenaan serta mempunyai pengalaman klinikal selama 1 tahun dalam pengkhususan yang sesuai yang boleh diterima oleh Senat, Universiti Malaya.

Maklumat Am :

1. Calon-calon yang bekerja di Jabatan Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Negeri/ Badan Berkanun/ Badan Swasta hendaklah mengemukakan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan dan mendapat kebenaran dari organisasi masing-masing.
2. Borang permohonan boleh diperolehi daripada Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Kemasukan, Rekod dan Pelaksanaan Dasar, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. Permohonan melalui pos boleh dibuat dengan menyertakan sampul surat berukuran 18sm x 26sm yang beralamat sendiri dan bersetem 50 sen dengan kursus yang dipohon ditulis di sebelah atas penjuru kiri sampul surat tersebut. Calon-calon juga boleh melayari laman web Universiti Malaya di alamat www.um.edu.my untuk mendapatkan borang permohonan.
3. Tarikh tutup permohonan ialah 24 Mac 2008. Permohonan yang tidak lengkap, tidak melalui organisasi atau yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.



adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 33
Tarikh Register : 20/04/2007
Reputation : 18
Points : 3576

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by AhTuck on Mon 03 Mar 2008, 11:26 am

sesapa berminat teruskan usaha,2 tahun full time

AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender : Male
Jumlah Post : 243
Umur : 34
Tarikh Register : 29/03/2007
Reputation : 11
Points : 3580

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by zulk on Mon 03 Mar 2008, 6:18 pm

sesiapa yg berani menyahut cabaran.. silakanlah.. bkn senang nk dpt pluang ni.. abis degree boleh apply utk post U42..

----Forum Paramedik Malaysia-----




'NEED 4 SPEED'

zulk
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : detektif kuman
Gender : Male
Jumlah Post : 631
Umur : 107
Tarikh Register : 29/09/2006
Reputation : 11
Points : 3908

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by nenek_kebayan on Thu 20 Mar 2008, 10:25 am

sal2
Ni yang dok cakap2 dan tukang iklan tu dah apply ke Smile ...cepat2 laa apply....seronok....memang mencabar....kuliah hari2 xde leh nak miss...8-5...wat kat kompleks pendidikan sains kejururawatan...kalau miss 2 kali xleh nak sit for exam...nak tipu kehadiran pun xleh...tu bab nursing je..nanti kene wat ko-kurikulum dan elektif gak...tu kene p kat UM...silap gaya kelasnya waktu malam sampai kul 10 mlm...penat2222 tapi syokkkk...

kalau apply mana tau kot2 masa praktikal kena kat tempat nenek kerja...boleh nenek belanja biskut ngan air sejuk.... Very Happy

nenek_kebayan
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 26
Umur : 48
Tarikh Register : 27/07/2007
Reputation : 0
Points : 3435

Character sheet
Mutiara Kata saya: Biar apa orang kata...yang penting NAWAITU

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by shamie on Thu 15 May 2008, 8:31 pm

memang best dengar sapa y taknak merasa masuk u tapi apa nak buat ramai y tak sanggup sebb kena potong gaji separuh,cuma dapat elaun cola,elaun awam elaun umah, byk mana aje..rasa utang lg byk pd 2 kenapa klu betul nak tingkatkan katogori sokongan takyah lah dipotong gajinya kenapa golongan profesional y memg gj banyak tak pulak di potong gaji nya ...bila ambik master...rasanya kalau golongan sokongan tak dipotong gaji nya pasti akan mendapat sambutan hangat.... tolonglah persatuan kita .....buatlah sesuatu...

shamie
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : GOVERMENT STAF
Gender : Female
Jumlah Post : 25
Umur : 41
Tarikh Register : 19/01/2008
Reputation : 0
Points : 3240

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by AhTuck on Sat 24 May 2008, 10:55 am

wo wo...aku dpt kabar ada sorang member dpt offer nih,ketat gak pemilihan,yg tak tahan pengurusan suh sorang member tulis satu bentuk karangan utk explain tentang saksiah peribadi dan latar blkng calon terpilih...haha what zuppp~~

AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender : Male
Jumlah Post : 243
Umur : 34
Tarikh Register : 29/03/2007
Reputation : 11
Points : 3580

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by mohaj on Wed 17 Sep 2008, 3:50 pm

buat sesuatu untuk kita punya kumpulan.. bagi kita ni dah rasa selesa bila dari sijil dah naik diploma... pas tu dah tak de org nak fight untuk dpt lebih baik dari itu... adakah enkorang semua ni tau yang cikgu yang dok kat maktab tu.. sekarang ni bila diaorang dah abis study telah dinaikkan kepada degree... lagi satu selepas kerja cukup sepuluh tahun automatik naik DG32.. kite kerja la bertahun-tahun kalau x apply sorry la nak merasa U32.. satu lagi kalau org atas tu yang U41 tu anti kat kita lg tak de harapan nak dpt naik pangkat tu.... sedar la sikit setakat mana kedudukan kita ari ni... mana persatuan yg selama ni beria-ria sgt memperjuangkan nasib kita .. hah buat la something... Dengan degree of nursing pun kalau rasa nak dpt salary yg lebih baik it is better for u to join private sector... if u stay in the gov. it's not that easy to be in U41/U42..

mohaj
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : tengah cari kerja
Gender : Male
Jumlah Post : 95
Umur : 42
Tarikh Register : 13/08/2008
Reputation : 9
Points : 3148

View user profile http://m-mohaj.blogspot.com

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by halimi on Thu 23 Oct 2008, 10:28 am

KALAU MCM TU AKU PON NAK TRY GOK LAH.
TP AKU BI DOK PANDAI

halimi
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : MN
Gender : Male
Jumlah Post : 358
Umur : 32
Tarikh Register : 14/03/2008
Reputation : 0
Points : 3051

Character sheet
Mutiara Kata saya: kiamat sudah hampir tiba...!!

View user profile

Back to top Go down

bagus tuh

Post by suria79 on Tue 10 Mar 2009, 9:01 pm

Bila pikir pasal gaji kena potong separuh mula lah pikir berbanyak-banyak kali.....maklumlah potongan dah banyak kan....Tapi bila pikir pasal anak-anak dah suami...banyak kali pulaklah pikirnya....dah lah full time...jauh lak tuhLast-last .....aku sambung gak....amik gak Ijazah....alhamdulillah lagi 3 sems graduate lah....tapi nak citer pasal belajar sambil bekerja nih...(OUM) begitu sadis sekali banyak pengorbanan kener buat....setiap Jumaat...kelas dari 8.00 pagi sampai 5-6 petang....ari Sabtu plak sesi klinikal(depend atas major course) dari pukul 7.00 pagi sampai 3 petang...assignment banyak....kalu buat assigment sampai pagi tak tidur langsung dah jadik mcm lumrah...nak buat camner...nak cover masa mana? kerja lagi..rumahtangga lagi....kelas..assignment....klinikal lagi....Tapi kalau kita ada semangat nak memperbaiki kerjaya kita menaikkan nama jururawat...semua rintangan tega kita tempuhi..percayalah...jangan dengar cakap-cakap yang tidak membina...ambik yang membina jer...InsyaAllah berjaya ....sekarang Jururawat berijazah laku...ramai orang nak....tidak secara langsung menaiktarafkan bidang kejurawatan....ada backup besar....janganlah asyik diperlekehkan....jururawat yang sudah lama bekerja mesti paham apa maksud saya tentang "diperlekehkan" oleh siapa...sendiri tahulah kan?...Itupun masih ada sosek-sosek belakang.."Buat apa jururawat ada ijazah...no point!"Oleh sebab itu take positive dan belajarlah

suria79
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : scrub nurse daa....
Gender : Female
Jumlah Post : 28
Umur : 37
Tarikh Register : 24/12/2008
Reputation : 0
Points : 2948

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile http://www.tagged.com/suriatiz

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by anakpintar on Wed 11 Mar 2009, 3:20 am

Pengorbanan memang besar tapi hikmah disebaliknya termasuk kepuasan mengapai impian terlaksana lebih bermakna. Tiada titik noktah dalam menambah pengetahuan kerana bukan ganjaran semata yang dikejar tapi pesona ilmu yang begitu bererti. Setiap perbuatan yang baik bakal disulami dengan ganjaran yang maha besar, insyaalah. Seorang sahabat AP tengah ambik course ni dan mungkin tahun depan insyaallah akan tamat dan beliau antara 2 orang PPP dalam group tu.

anakpintar
MOD LAMA
MOD LAMA

Negeri :
Jawatan : Diehard Bikers.....
Gender : Male
Jumlah Post : 421
Umur : 39
Tarikh Register : 06/09/2007
Reputation : 2
Points : 3667

Character sheet
Mutiara Kata saya: Best In Me!

View user profile http://www.anakpintar.net

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by drifter adrenaline on Thu 23 Apr 2009, 3:09 pm

Bachelor (Hons) Nursing Science-OUM
This is a state-of-the-art open distance learning (ODL)
programme utilizing blended pedagogy approach which
comprises of face-to-face tutorials, modules, E-learning, skill
laboratory and clinical practice. The blending of sophisticated
instructional technology and the human touch of personal
interaction with lecturers, tutors and clinical preceptors
provides a unique learning experience that allows flexibility
in pacing your endeavour to pursue continuing professional
development. It seeks to enhance your contribution in meeting
the healthcare needs of the nation and to future development
of nursing care and profession. This post-registration
programme consists of various subjects including subjects
of clinical specialties for your selection of 3 choices such
as Critical Care Nursing, Trauma and Emergency Nursing,
Paediatrics Nursing, Mental Health Nursing, Oncology Nursing
and Renal Nursing. This robust programme will empower you
with in-depth knowledge, professional and clinical skills as
well as the caring attitudes in your role as an expert nurse

and leader in nursing.

drifter adrenaline
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : pencari dragonball
Gender : Male
Jumlah Post : 80
Umur : 35
Tarikh Register : 28/03/2009
Reputation : 0
Points : 2937

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by JGB242 on Fri 01 May 2009, 7:14 pm

Agak2 bape bajet nk sambung degree ni ek? blh sesape bg info? Ade ppp skali ke kt sane? bgs jgk atleast ade la geng laki klu ade rezeki smbg degree nti..

JGB242
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Jururawat Jantan
Gender : Male
Jumlah Post : 40
Umur : 31
Tarikh Register : 30/04/2009
Reputation : 0
Points : 2835

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by zairini8 on Sun 03 May 2009, 5:42 am

Saya ambil degree kat UPM. Dalam group saya ad sorang MA dari Hospital Kluang Johor. Junior saya yang baru masuk tahun 2008 hari tu ada 2 ke 3 orang MA yang ambil Degree in Science Nursing ni. Budget tu rasanya tak lah besar mana.

Dalam surat tawaran akan dinyatakan jumlah yuran pengajian adalah sebanyak RM20 000 - RM100 000 lebih. Tapi kan kita tak bayar jumlah tu. Jumlah itu adalah jumlah yang belum di subsidikan oleh kerajaan.

Masa saya masuk untuk program sepenuh masa hari tu (2006), untuk pendaftaran je kita kena standby dalam RM4200. Tapi bayar cuma RM2200 je. Itu untuk yuran semester pertama. Macam kat UPM ni, program sepenuh masa ni mengambil masa 4 semester = 2 tahun lah.....

Untuk semester kedua, yuran saya adalah sebanyak RM18... lebih dalam RM1900 lah. Masuk semester ketiga yuran saya RM1200 dan bila masuk semester akhir RM900.

Saya kerja dengan KKM, jadi saya apply Pinjaman Boleh Ubah. Dalam masa 2 tahun tu, saya dapat dua kali elaun sara hidup sebanyak RM4800 tak silap saya = RM9600 untuk 2 tahun.

Menurut pegawai kat JPA, jumlah pinjaman kita ngan JPA adalah jumlah yuran untuk 4 semester campur ngan elaun sara hidup tu. Tapi kena rajin-rajin belajar dan cuba sebaik mungkin untuk skor markah yang tinggi. Sebabnya, kita tak akan bayar balik 100% jumlah pinjaman kerana jumlah bayaran balik adalah berdasarkan skor kita. Kalau CGPA baik kurang lah bayar balik. Kalau CGPA teruk stand by lah banyak duit.... nak bayar balik. Itu je.. perjanjian dia.. Bond lagi 4 tahun ngan KKM tau... Jangan tak tahu...

P/S; Sesiapa yang nak sambung belajar untuk 3 - 4 tahun akan datang, cepat-cepat settle kan hutang supaya tak tension nanti. Maklumlah kita dapat 1/2 gaji je. Tapi lagi bagus pada sesiapa yang simpan duit dari sekarang. Nanti tak yah lah nak pinjam kat mana-mana institusi..

zairini8
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : JURURAWAT U29
Gender : Female
Jumlah Post : 69
Umur : 39
Tarikh Register : 03/04/2009
Reputation : 0
Points : 2922

Character sheet
Mutiara Kata saya: "RAJIN ADALAH PENAWAR YANG PALING MUJARAB, SEDANG MALAS ADALAH RACUN YANG SANGAT BERBISA"

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by JGB242 on Sun 03 May 2009, 5:53 am

@zairini8 wrote:
P/S; Sesiapa yang nak sambung belajar untuk 3 - 4 tahun akan datang, cepat-cepat settle kan hutang supaya tak tension nanti. Maklumlah kita dapat 1/2 gaji je. Tapi lagi bagus pada sesiapa yang simpan duit dari sekarang. Nanti tak yah lah nak pinjam kat mana-mana institusi..
Ckp psl hutg ni yg berat ni hehe, ssh btl la klu 1/2 gaji ni, pastu siap tmbh kontrk lak 4 thn? klu gj pnh ok jgk..

JGB242
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Jururawat Jantan
Gender : Male
Jumlah Post : 40
Umur : 31
Tarikh Register : 30/04/2009
Reputation : 0
Points : 2835

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by zairini8 on Sun 03 May 2009, 6:04 am

JGB.... Mu kan muda lagi. Tak kahwin lagi kan... Kalau nak sambung belajar, gi sekarang. Komitmen tak besar lagi. Macam akak hari tu, lagi teruk. Suami tentera je. Anak 4 orang. 3 orang bersekolah. Sorang hantar kat pengasuh. Gaji separuh je. Semua harap kat suami. Kesian dia. Alhamdulillah akak dapat suami mithali macam dia. Syukur sangat. Kadang-kadang, gaji tak sempat sampai 7 hb, dah habis....

Korang yang muda-muda ni lah kena gi belajar. Bila dah kahwin esok, dah ada anak, lagi susah tau... kecuali simpan duit dari sekarang.

Anyway... jangan mudah putus asa... kkkkkkkkk

zairini8
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : JURURAWAT U29
Gender : Female
Jumlah Post : 69
Umur : 39
Tarikh Register : 03/04/2009
Reputation : 0
Points : 2922

Character sheet
Mutiara Kata saya: "RAJIN ADALAH PENAWAR YANG PALING MUJARAB, SEDANG MALAS ADALAH RACUN YANG SANGAT BERBISA"

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by JGB242 on Sun 03 May 2009, 6:21 am

OK.. Skrg ni mmgla x kawen lg tp bln dpn nk kawen da, lgpon x confirm lg la kak, keje pon br 2 thn, matron cm nk bg je pg smbg degree..

JGB242
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Jururawat Jantan
Gender : Male
Jumlah Post : 40
Umur : 31
Tarikh Register : 30/04/2009
Reputation : 0
Points : 2835

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by zairini8 on Sun 03 May 2009, 8:30 am

Ooooo ye ke.... tak pa lah. Kalau macam tu, akak doakan semoga berjaya dimasa akan datang. Orang kata, setiap pagi, pintu rezeki kita akan terbuka, terserah pada kita nak mencarinya atau tidak.. GOOD LUCK.

Eeeeiiiiiiiiii..... nak kawen daaaaaaaa.... tepuk

zairini8
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : JURURAWAT U29
Gender : Female
Jumlah Post : 69
Umur : 39
Tarikh Register : 03/04/2009
Reputation : 0
Points : 2922

Character sheet
Mutiara Kata saya: "RAJIN ADALAH PENAWAR YANG PALING MUJARAB, SEDANG MALAS ADALAH RACUN YANG SANGAT BERBISA"

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by JGB242 on Sun 03 May 2009, 3:53 pm

eee tktnye nk kawen hehe

JGB242
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Jururawat Jantan
Gender : Male
Jumlah Post : 40
Umur : 31
Tarikh Register : 30/04/2009
Reputation : 0
Points : 2835

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by res on Mon 25 May 2009, 11:03 am

hi..aku pun sokong suria79..pegilah ambil degree..susah memang kerana perlu buat assignments..banyak lagi.sibuk, x da masa nak enjoy..

res
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Female
Jumlah Post : 3
Umur : 39
Tarikh Register : 21/05/2009
Reputation : 0
Points : 2764

View user profile

Back to top Go down

Re: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN (UM)

Post by Sponsored content Today at 4:30 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum