FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Banjir risiko penyakit berjangkit

View previous topic View next topic Go down

Banjir risiko penyakit berjangkit

Post by Fieza on Thu 13 Mar 2008, 8:52 pm

Banjir risiko penyakit berjangkit


Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

AIR banjir tercemar dengan
pelbagai bakteria berbahaya dan menjadi punca penyakit-penyakit
berjangkit. Awas! Antaranya boleh membawa maut jika tidak diberikan
rawatan awal. – Gambar Hiasan.
<hr noshade="noshade" size="1">
KEMUSNAHAN fizikal yang biasanya mengiringi banjir besar sangat
buruk. Apabila air bah surut, ia boleh memberikan ancaman yang lebih
besar terhadap kesihatan dan keselamatan diri.
Tidak ketinggalan kesan tekanan mental di kalangan mangsa-mangsa
yang mengalami kerosakan kediaman, harta benda, ternakan, tanaman
mahupun kehilangan orang tersayang.
Rasa tidak bermaya, kurang tidur, resah gelisah, marah, hiperaktif
dan sedikit murung adalah sesuatu yang normal dan akan berlalu pergi
bersama masa.
Bagaimanapun, jika simptom-simptom berlarutan selepas beberapa
minggu tragedi berlaku, perlulah mendapatkan pemeriksaan lanjut dan
kaunseling.
Sehingga artikel ini ditulis pada Jumaat, lima orang telah
terkorban, kesemuanya di Johor manakala lebih 60,000 mangsa telah
dipindahkan di dua negeri yang tidak dijangkakan teruk dilanda bencana
ini sejak Selasa lalu, iaitu Melaka dan Johor.
Negeri-negeri pantai timur Semenanjung yang lazimnya menjadi
persinggahan awal, baru menerima tempiasnya di saat-saat air bah mulai
surut di selatan tanah air.
Amaran ribut petir dan ombak tinggi dikeluarkan di seluruh negara.
Pada musim banjir – baik semasa dan selepasnya, penyakit-penyakit
berjangkit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, selalunya mudah
merebak jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak diambil.
“Hujan lebat yang turun akan menyebabkan limpahan air bah dan
membawa bersamanya sampah sarap, air kumbahan dan bahan kimia daripada
kilang dan industri.
“Ia menyebabkan pencemaran oleh pelbagai bakteria, virus dan
organisma-organisma yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit
berjangkit terutamanya Escherichia coli (E. coli) dan Salmonella,’’
kata Datuk Dr. Nor Izham Aziz, Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi
di Hospital Pakar Putra, Melaka.
Gejala-gejala penyakit bawaan air selalunya hampir sama di antara
satu sama lain seperti loya, muntah, cirit-birit, perut meragam, sakit
otot-otot dan demam.
Sekiranya gejala-gejala berkenaan serius dan berlarutan, mangsa hendaklah segera dibawa berjumpa doktor.
Dr. Nor Izham turut memberikan amaran terhadap sisa-sisa toksin yang
tercemar dari kilang-kilang, yang ditanam di dalam tanah dan dibuang ke
dalam sungai.
Ini kerana, air bah akan menyebabkan bahan-bahan beracun ini naik ke permukaan dan memberikan kesan negatif kepada manusia.
“Air kotor yang mengandungi bakteria boleh memasuki tubuh manusia
menerusi luka dan calar, menyebabkan keradangan kulit dan kudis.’’
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa bersiap sedia
dan mendengar hebahan perkembangan banjir menerusi media dari semasa ke
semasa.
Bagi mereka yang diarahkan berpindah diminta mematuhinya dan tidak
terlalu mengikutkan perasaan tetapi lebih mengutamakan keselamatan
nyawa mereka.
Orang tua, kanak-kanak dan individu yang menghidap sakit kronik
seperti bronkitis (radang pada bronkus). Suasana yang sejuk menyebabkan
seseorang lebih mudah terkena jangkitan.
Berhati-hati apabila kembali semula ke kediaman selepas banjir
kerana mungkin terdapat ancaman bahan kimia berbahaya, caj elektrik dan
kebocoran gas.
Kesan tinggalan kulat selepas hujan juga boleh meningkatkan risiko
mendapat penyakit-penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasan, dan
boleh memburukkan lagi keadaan pesakit tersebut yang sedia ada.
Banjir merupakan keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
* Berlaku kecemasan seperti lemas atau hanyut
* Terpijak benda-benda tajam, dipatuk ular atau terjatuh ke dalam lubang, longkang dan parit yang dipenuhi air
* Terjadi kemalangan rencatan elektrik disebabkan memegang atau terpegang dawai yang terdedah
* Berlakunya penularan pelbagai penyakit berjangkit seperti cirit-birit, demam kepialu.

Langkah-langkah yang patut diambil semasa banjir
* Jangan biarkan kanak-kanak bermain air
* Berpindahlah dengan segera ke pusat-pusat pemindahan apabila diarah
* Padamkan semua pesawat elektrik apabila pindah
* Jangan sentuh dawai elektrik yang jatuh ke dalam air.
Bagaimana kita boleh menjaga kesihatan kita di pusat pemindahan?
* Sentiasa minum air yang sudah dimasak
* Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan makanan mentah seperti ulam-ulaman
* Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
* Patuhi nasihat yang diberikan oleh kakitangan kesihatan
* Dapatkan segala suntikan jika diberi
* Gunakan kemudahan asas yang disediakan seperti tandas, tong sampah dan sebagainya. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)
* Gastroenteritis akut
Menurutnya, ia merupakan inflamasi atau radang gaster dan usus yang
lazimnya berpunca daripada jangkitan akut oleh virus atau bakteria atau
toksin-toksin keracunan makanan yang menyebabkan muntah, sakit perut,
cirit-birit dan demam.
“Ia berlaku dari beberapa jam dan boleh berlarutan sehingga beberapa
hari lamanya. Biasanya doktor akan memberikan rawatan antibiotik.
“Mangsa terpaksa ditahan di hospital jika ia bertambah serius. Gastroenteritis akut boleh menyebabkan kematian,’’ ujar beliau.
Kadangkala, kehilangan cecair adalah teruk terutamanya kepada
bayi-bayi dan penggantian cecair secara intravena mungkin diperlukan.
Dr. Nor Izham memberikan amaran kepada ibu bapa agar melarang
anak-anak mereka daripada bermain banjir kerana bimbang tertelan air.
* Demam kepialu
Ia disebabkan oleh kuman Salmonella Typhi yang terdapat di dalam air
kencing dan najis pesakit kepialu dan pembawanya yang akan mencemarkan
bekalan air atau makanan.
Pembawa merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu
di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu.
Pesakit akan mengalami sakit kepala yang amat sangat, perut meragam
dan sakit, sembelit diikuti cirit-birit, demam tinggi dan berterusan
tiga, empat minggu, badan ditumbuhi ruam, mengantuk, cakap merapu dan
mungkin tidak sedarkan diri.
Mereka boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah.
Ia akan mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh dan biasanya
tidak akan pulih seperti sedia kala. Jika tidak dirawat, jangkitan
kepialu juga boleh merebak ke jantung dan membawa maut.
Dr. Nor Izham menasihatkan: “Dalam keadaan seperti sekarang, adalah
sangat penting bagi orang ramai membasuh tangan dengan bersih agar
tidak mencemarkan makanan dan minuman yang disajikan.”
* Taun (kolera)
Suatu jangkitan akut pada usus kecil oleh bakteria Vibrio cholerae
yang menyebabkan muntah dan diarea (cirit-birit) yang teruk (yang
dikenali sebagai najis air beras) dan menimbulkan dehidrasi (kekurangan
air dalam badan).
“Penyakit ini juga berpunca daripada makanan atau air minuman tercemar dan biasanya berlaku sebagai wabak.
“Pesakit dirawat melalui infusi larutan garam secara intravena
manakala antibiotik hanya untuk mempercepatkan pemulihan,’’ jelas
beliau sambil menambah, jika tidak dirawat, ia juga boleh menyebabkan
kematian.
* Murine typhus
Disebarkan oleh kutu tikus, menyebabkan gejala-gejala seperti demam
kuat dan kudis yang berkuping. Ia sukar didiagnosis dan memerlukan
ujian darah.
* Leptrospirosis
Dr. Nor Izham berkata, ia merupakan sejenis penyakit berjangkit
disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira yang ditularkan daripada
air kencing tikus.
“Penyakit ini bermula dengan demam dan mungkin melibatkan hati yang
menyebabkan jaundis (demam kuning) ataupun meninges (mengakibatkan
meningitis atau radang selaput otak). Dalam beberapa kes, ia turut
melibatkan buah pinggang,’’ katanya.

* Hepatitits, terutamanya A dan E
Inflamasi hati akibat jangkitan virus yang ditularkan oleh makanan
ataupun minuman tercemar yang menimbulkan simptom-simptom lebih kurang
sama seperti Leptrospirosis.
Selain penyakit kuning, pesakit tidak berselera makan dan mengalami penurunan berat badan.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1520
Umur: 30
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4475

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum