FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Penyakit Kelamin: Gonorrhoea

View previous topic View next topic Go down

Penyakit Kelamin: Gonorrhoea

Post by Fieza on Mon 24 Mar 2008, 1:42 pm

Penyakit Kelamin Gonorrhoea

Gonorrhoea merupakan salah satu daripada penyakit
kelamin (Sexually Transmitted Diseases - STDs) yang kerap berlaku.
Gonorrhoea boleh menjadi teruk sekiranya tidak dirawat dan akan menyebabkan
pelbagai komplikasi yang lain. Malangnya ramai di antara mangsa Gonorrhoea
sehingga 80%, tidak menyedari mereka telah dijangkiti Gonorrhoea.
Ini adalah disebabkan dalam kebanyakan kes, jangkitan Gonorrhoea
tidak menunjukkan tanda-tanda yang nyata.

Apa itu Gonorrhoea

Gonorrhoea disebabkan oleh jangkitan bakteria
Neisseria gonorrhoeae yang merebak melalui hubungan kelamin, yang menjangkiti
saluran pembiakan dalaman seperti uterus, salur fallopian, dan ovari. Kadang-kala
tanda-tanda Gonorrhoea dapat dikesan, tetapi dalam kebanyakan kes penghidap
Gonorrhoea tidak menunjukkan sebarang tanda yang ketara. Kuman Gonorrhea
boleh didapati pada bahagian berlendir badan seperti saluran pembiakan,
zakar, dubur, kerongkong, faraj, dan serviks.
Sekiranya penyakit Gonorrhoea tidak dirawat, Gonorrhea
juga boleh merebak kepada bahagian rahim dan salur fallopian, menyebabkan
penyakit
radang pelvik (Pelvic Inflammatory Disease - PID). Sekiranya ini berlaku,
komplikasi bagi wanita seperti percantuman pada salur fallopian boleh menyebabkan
kemandulan dalam 10% kes, dan juga masalah kehamilan di luar rahim. Sekiranya
Gonorrhoea menjangkiti wanita yang mengandung, bayi yang dilahirkan secara
normal menghadapi risiko dijangkiti Gonorrhoea dan menjadi buta. Untuk
mengelakkan keadaan ini, kebiasaanya, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan
Caesarean. Sekiranya bayi dilahirkan secara normal, rawatan menggunakan
lapsis (silver nitrate) yang diletakkan pada mata bayi sekiranya terdapat
tanda jangkitan. Sebelum 1985 rawatan ini digunakan secara meluas, tetapi
kini ia hanya digunakan apabila terdapat tanda jangkitan.
Bagi kedua-dua golongan lelaki dan wanita masalah jangka
panjang bagi Gonorrhea yang tidak dirawat adalah bengkak sendi arthritis
kategori gonococcal arthritis boleh menyebabkan sendi jadi bengkak dan
kaku. Jangkitan darah "Fatal septicemia" yang boleh membawa maut, juga
merupakan salah satu komplikasi yang boleh berlaku.


Golongan berisiko

Sesiapa yang aktif secara seksual boleh dijangkiti Gonorrhea,
dan penyakit Gonorrhea lebih kerap merebak di kalangan
golongan yang lebih muda, antara umur 15 - 30 tahun
. Ini disebabkan
tabiat golongan muda yang menjalinkan hubungan rambang dengan dari satu
pasangan seksual. Gonorrhea juga lebih luas merebak dikawasan bandar berbanding
kawasan luar bandar. Selain itu peratusan kes Gonorrhea dikalangan kumpulan
homoseksual juga meningkat. Di Amerika
Syarikat sahaja, di anggarkan terdapat 800,000 kes dilapurkan setiap
tahun.

Apakah Tanda Gonorrhoea

Mereka yang dijangkiti Gonorrhoea menunjukkan tanda-tanda
seperti :-

Lelaki


  • Keluar cecair bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada
    alat kelamin.

  • Sakit seperti terbakar apabila kencing.

  • Gatal-gatal pada bahagian dubur.

  • Radang (gatal-gatal) pada bahagian kerandut zakar

  • Radang pada bahagian kelanjar prostate (boleh ditentukan
    dengan pemeriksaan doktor.)



Tanda-tanda ini kelihatan pada hari ke 2-7 selepas
jangkitan pada lelaki. 10% - 15% lelaki tidak menunjukkan sebarang tanda
jangkitan Gonorrhea.

Wanita


  • Peningkatan keluaran lendir bewarna kekuningan (creamy) atau
    hijau daripada alat kelamin.

  • Peningkatan jumlah cecair yang keluar dari alat kelamin.

  • Pendarahan antara tempoh haid.

  • Sakit apabila kencing.

  • Gatal-gatal pada bahagian alat kelamin.

  • Sakit / memulas bahagian bawah perut.

  • Sakit apabila bersetubuh.

  • Jangkitan kerongkong.

  • Demam.

  • Jangkitan dalaman


    • Sembelit

    • Keluar lendir bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada
      dubur.

    • Gatal bahagian dalam dubur/alat sulit.

    • Sakit ketika membuang air besar dan ada darah bersama najis.

    • Dubur berdarah.

    </li>

Tanda-tanda ini biasanya kelihatan pada hari ke 2-30 selepas
jangkitan dikalangan 20% kes bagi wanita. Bagaimanapun, dalam 80% kes tiada
sebarang tanda jangkitan Gonorrhea kelihatan di kalangan wanita.
Mereka yang tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi
risiko lebih tinggi menghadapi komplikasi daripada jangkitan Gonorrhea
teruk, dan tanpa disedari akan menyebarkan jangkitan Gonorrhea. Dari tempoh
jangkitan Gonorrhea akan terus merebak sehingga dirawat dengan betul. Jangkitan
yang terdahulu tidak menjadikan seseorang immune kepada Gonorrhea, malah
komplikasi boleh berlaku dengan lebih pantas berbanding dengan mereka yang
mengalami Gonorrhea kali pertama. Jangkitan kali kedua juga menambah risiko
mendapat jangkitan
HIV.

Masalah jangka panjang

Dianggarkan 2% daripada pesakit Gonorrhea yang tidak dirawat
akan mengidap Jangkitan Gonococcal Meluas (Disseminated Gonococcal Infection
(DGI)). Tanda-tanda Jangkitan Gonococcal Meluas adalah :-


  • Sakit sendi tulang (Gonococcal Arthritis)

  • Demam

  • Kudis pada kulit

Gonorrhea yang tidak dirawat juga boleh tersebar melalui
salur darah dan boleh menjangkiti :-


  • Injap jantung

  • Otak (jarang)



Selain itu, masalah jangka panjang bagi lelaki
adalah :-





  • Epididymitis (Radang pada keradut zakar (testicles) yang
    boleh menyebabkan kemandulan).

  • Sakit sendi tulang (Gonococcal Arthritis)

  • Jangkitan organ lain.

  • Bengkak pada kerandut zakar dan zakar.



Masalah jangka panjang bagi wanita adalah :-




  • Kudis (Abscesses)

  • Mengandung luar rahim yang boleh menyebabkan kematian pada
    ibu. (Ectopic pregnancy)

  • Pelvic Inflammatory Disease (PID). Jangkitan yang merebak
    dari faraj dan serviks kepada uterus dan salur fallopian dan menyebabkan
    kemandulan.

  • Jangkitan pada hati (Perihepatitis).

  • Mandul pada wanita.

  • Salur fallopian tersumbat yang menghalang telur yang subur
    memasuki rahim dan menyebabkan kemandulan.

  • Jangkitan sekeliling hati (Perihepatitis).

  • Tisu tebal (scar) terbentuk pada saluran fallopian.

Jangkitan
Walaupun Gonorrhoea tersebar melalui hubungan seks, Gonorrhoea
juga boleh merebak melalui kaedah yang lain. Cara Gonorrhoea merebak adalah
melalui :-




  • Hubungan kelamin termasuk :-


    • Hubungan kelamin biasa. (30-50% lelaki, 60%-90% wanita.)

    • Alat kelamin ke mulut (Gonococcal pharyngitis)

    • Alat kelamin ke dubur
    </li>

  • Dari ibu kepada bayi ketika proses kelahiran semasa bayi
    melalui saluran peranakan yang menyebabkan jangkitan dan kerosakan pada
    mata.




  • Melalui sentuhan pada bahagian yang sakit.




  • Melalui najis pesakit.




  • Vulvovaginitis pada kanak-kanak melalui pakaian yang bercampur
    dengan pakaian pesakit Gonorrhoea ketika dibasuh. Ini boleh menyebabkan
    satu keluarga dijangkiti Gonorrhoea sekiranya bapa terkena Gonorrhoea.
    Vulvovaginitis juga terdapat dalam kes penderaan seksual.

Pengesanan dan Pengesahan




  • Cara terbaik mengelakkan Gonorrhoea adalah dengan mengelak
    dari melakukan hubungan kelamin (bagi yang belum berkahwin) atau melakukan
    hubungan dengan pasangan yang dikahwini sahaja.




  • Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup berisiko dan aktif
    secara seksual, mereka perlu mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan
    hubungan kelamin seperti penggunaan kondom
    dengan betul, yang menutupi bahagian yang terkena jangkitan penyakit
    kelamin. Penggunaan kondom
    dengan betul boleh mengelakkan penyebaran penyakit
    kelamin disamping
    mencegah kehamilan
    yang tidak dirancang.




  • Melakukan pemeriksaan lebih kerap dan secara berkala seperti
    setiap enam bulan sekali. Mereka juga perlu membersihkan tangan dengan
    teliti disebabkan bakteria
    Gonorrhoea boleh merebak kepada mata.




  • Hubungan seksual perlu dilakukan dengan mereka yang diketahui
    selamat atau dengan satu pasangan sahaja dan dengan menggunakan kondom.
    Elakkan daripada melakukan hubungan rambang.




  • Mendapatkan penerangan terperinci dengan melawat klinik penyakit
    kelamin (sexually transmitted disease (STD) clinic), hospital, doktor,
    atau pengamal perubatan.




  • Selain itu adalah penting bagi wanita untuk menjalani pemeriksaan
    pap smear bertujuan mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin. Pengesanan
    awal perubahan yang diperoleh daripada ujian ini adalah langkah pencegahan
    terbaik bagi mengelakkan kanser
    rahim.

Ramai doktor gemar menggunakan lebih dari satu ujian bagi
mengenalpasti Gonorrhoea agar lebih tepat. Terdapat tiga jenis ujian makmal
yang boleh dilakukan untuk memastikan Gonorrhoea iaitu :-


  • Mewarnakan Contoh Biologi (Staining Biological Samples)


    • Ujian mewarnakan contoh biologi dilakukan dengan meletakkan
      contoh lendir yang keluar dari zakar atau serviks dan mewarnakannya dengan
      pewarna (dye). Ujian ini adalah lebih tepat bagi lelaki berbanding wanita
      disebabkan hanya 1/2 wanita yang dijangkiti dapat dikesan dengan menggunakan
      ujian ini.

    </li>




  • Penkulturan (Cultures)


    • Membiakkan bakteria
      dalam makmal dengan menggunakan lendiran yang keluar untuk dikulturkan
      dalam petri kultur (culture plate) dan mengeramkannya sehingga 2 hari untuk
      membenarkan bakteria
      membiak. Penkulturan contoh serviks mengesan 90% daripada mereka yang dijangkiti.
      Penkulturan juga boleh dilakukan dengan menggunakan sapuan kerongkong (throat
      swabs).

    </li>




  • Mengesan gen Bakteria
    atau ujian Nucleic Acid (DNA)


    • Mengesan gen Bakteria
      atau ujian Nucleic Acid (DNA) digunakan dengan menggunakan air kencing
      atau sapuan serviks (cervical swabs) untuk mengesan gen bakteria.
      Ujian ini adalah lebih tepat berbanding penkulturan.

    </li>

Diagnosis
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas,
atau mempunyai hubungan kelamin dengan mereka yang diketahui mempunyai
penyakit kelamin atau mereka yang tidak dikenali, atau dirogol, anda perlu
berjumpa dengan doktor serta merta. Anda perlu memberitahu doktor untuk
pemeriksaan penyakit kelamin.
Pemeriksaan
sapuan pap (pap smears) hanya menumpu kepada pemeriksaan kelainan pada
sel serviks (cervical cell), dan bukannya untuk penyakit kelamin. Dengan
permintaan khusus, pihak makmal akan menguji penyakit Gonorrhoea secara
khusus.
Jika anda ada melakukan hubungan seks rambang tanpa menggunakan
kondom,
anda perlu menguji diri anda untuk penyakit
kelamin. Ini adalah untuk memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit
kelamin dan juga agar anda boleh mendapatkan rawatan untuk penyakit
kelamin sekiranya anda dijangkiti. Sekiranya anda didapati positif
mempunyai sebarang penyakit kelamin,
anda perlu memberitahu pasangan anda, kerana penyakit
kelamin boleh berjangkit.
Selain daripada menghalang penyakit
kelamin daripada terus merebak, pasangan anda mungkin tidak sedar tentang
tanda-tanda penyakit. Dengan memberitahu pasangan anda, ini membantu pasangan
anda untuk mendapat rawatan yang sempurna. Walaupun anda mungkin merasa
malu atau rendah diri untuk memberitahu pasangan anda bahawa mereka mempunyai
masalah ini, amat penting mereka diberitahu untuk mengelakkan mereka menghadapi
masalah jangka panjang.
Rawatan
Penyakit Gonorrhoea mudah dirawat dengan pengambilan antibiotik
dalam bentuk pil, atau suntikan tempoh tertentu. Bagaimanapun Gonorrhoea
semakin tahan kepada ubat-ubatan biasa. Antibiotik yang digunakan sekarang
adalah :-




  • Cefixime

  • Ceftriaxone

  • Ciprofloxacin *(Tidak sesuai bagai mereka yang
    mengandung)

  • Ofloxacin
    *(Tidak sesuai bagai mereka yang mengandung)

  • Tetracycline



* Antibiotik Ciprofloxacin dan Ofloxacin perlu dielakkan
sekiranya anda mengandung atau bawah 18 tahun.


Pengidap Gonorrhea biasanya juga mengidap jangkitan Chlamydial,
sejenis penyakit kelamin yang
lain. Gabungan antibiotik yang mampu merawat kedua-dua penyakit adalah
:-




  • Azithromycin

  • Ceftriaxone

  • Doxycycline



Untuk memastikan rawatan yang diberikan berkesan,
anda perlu mendapatkan rawatan seberapa segera sebelum kemandulan berlaku.
Jangan berlengah kerana kemandulan hanya diketahui apabila anda cuba untuk
mengandung.
Menghindar adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan
Gonorrhoea atau sebarang penyakit
kelamin. Gunakan kondom
kerana kondom
berkesan sehingga 99% mengelakkan jangkitan penyakit
kelamin. Atau elakkan daripada hubungan rambang, dan sebaiknya berkahwin.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1521
Umur: 31
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4533

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Penyakit Kelamin: Gonorrhoea

Post by Fieza on Mon 24 Mar 2008, 1:43 pm

gambarajah transmisi


Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1521
Umur: 31
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4533

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Penyakit Kelamin: Gonorrhoea

Post by Fieza on Mon 24 Mar 2008, 1:46 pm

Gambar-gambar pesakit






Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1521
Umur: 31
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4533

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Penyakit Kelamin: Gonorrhoea

Post by Fieza on Mon 24 Mar 2008, 1:49 pm

gambar bakteria




Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1521
Umur: 31
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4533

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Penyakit Kelamin: Gonorrhoea

Post by dhiyamirza on Mon 24 Mar 2008, 3:17 pm

e...seramnya..kepada penjahat2 kelamin kat luar tu cepat2 la bertaubat yek.. :P005:

dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : Tutor
Gender: Female
Jumlah Post: 525
Umur: 32
Tarikh Register: 12/12/2007
Reputation: 12
Points: 2743

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

View user profile

Back to top Go down

Re: Penyakit Kelamin: Gonorrhoea

Post by Ppkp Rey on Tue 25 Mar 2008, 12:13 pm

misi fieza......
misi yg bededikasiiiii...
hehhehheeheheheeeehe. Wink

Ppkp Rey
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : PPKP
Gender: Male
Jumlah Post: 674
Umur: 33
Tarikh Register: 15/12/2006
Reputation: 0
Points: 3171

Character sheet
Mutiara Kata saya: ......bErusahaLah.

View user profile

Back to top Go down

Re: Penyakit Kelamin: Gonorrhoea

Post by Wan on Wed 26 Mar 2008, 3:07 am

dari segi makmal, ini lah 'makhluk GC ni'
byk kali dah jumpa kat KL ni.. biasanya discharge dari lelaki..


Wan
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : -
Gender: Female
Jumlah Post: 1027
Umur: 36
Tarikh Register: 13/11/2007
Reputation: 1
Points: 2249

Character sheet
Mutiara Kata saya: stay alive.. stay hepi.

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum