FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Balasan untuk isteri solehah

View previous topic View next topic Go down

Balasan untuk isteri solehah

Post by Fieza on Mon 24 Mar 2008, 4:41 pm

Balasan untuk isteri solehah


Iktibar
Oleh NUR HIDAYAH
Pada satu hari, Rasulullah
s.a.w. menjenguk Fatimah yang sedang menggiling tepung. Rasulullah
hairan kerana ketika itu baginda melihat anaknya itu menangis lalu
bertanyakan sebabnya.
Kepada baginda, Fatimah mengaku dirinya menangis kerana kesibukan tugasnya sebagai seorang suri rumah.
Oleh itu, Fatimah memberitahu ayahnya bahawa dia ingin memiliki seorang pembantu bagi menolongnya melaksanakan kerja di rumah.
Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rasulullah berkata,
``Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan keburukan
dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas seharianmu
sebagai seorang isteri.''
Rasulullah bersabda lagi bahawa seorang wanita yang dapat berperanan
sebagai isteri yang baik bagi suaminya, serta sebagai ibu yang baik
bagi anak-anaknya, maka Allah memberinya darjat yang sangat mulia.
Dalam kesempatan lain baginda juga menjelaskan, jika seorang ibu
meletakkan minyak di rambut anaknya dan kemudian menyikatnya serta
mencuci pakaian mereka, maka pahala yang diperoleh laksana amalan
memberi makan seribu orang yang lapar dan memberi pakaian seribu orang
yang tidak mempunyai pakaian.
Sememangnya bagi sesetengah wanita yang bergelar isteri, mereka
mungkin tidak menyedari bahawa setiap apa yang mereka lakukan dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau suri rumah
mempunyai rahmat yang cukup besar di sisi Allah.
Tetapi malangnya, kesibukan tugas di pejabat sering sahaja dijadikan
alasan sehinggakan soal-soal rumah tangga, sesetengah isteri lebih
selesa menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji.
Nasihat yang diberikan oleh Rasulullah kepada Fatimah itu seharusnya
dijadikan iktibar terbaik kepada kaum wanita yang bergelar isteri dan
ibu.
Tanggungjawab mereka tidak pernah berakhir walaupun mereka sudah memegang jawatan tinggi dalam pekerjaan.
Justeru adalah sesuatu yang malang jika ada di kalangan wanita itu
yang menganggap soal menguruskan rumah tangga dan anak-anak hanyalah
urusan duniawi tanpa menyedari betapa tinggi nilainya di sisi Allah.
Rasulullah juga pernah memberi contoh mengenai amalan mana yang lebih penting antara berjihad dengan menjaga orang tua di rumah.
Contoh itu diberikan pada satu hari ketika Rasulullah sedang
berkumpul dengan para sahabatnya dan di depan mereka lalu seorang
pemuda yang gagah dan sasa.
Para sahabat berkata, ``alangkah bagusnya jika keperkasaan pemuda ini digunakan untuk berjihad di medan perang sabilillah.''
Mendengar kata-kata para sahabatnya itu, Rasulullah bersabda,
``Andainya pemuda itu masih mempunyai orang tua di rumah, ia lebih baik
menggunakan kekuatannya untuk mengurus orang tuanya daripada berjihad.
Atau, jika dengan keperkasaannya itu dia bekerja mencari nafkah buat
dirinya sendiri agar tidak bergantung pada orang lain, itu jauh lebih
baik daripada jihad.''
Demikianlah hebatnya pembalasan Allah terhadap sesuatu pekerjaan yang baik tetapi kita memandang remeh terhadapnya.
Justeru jadikanlah pesanan Rasulullah ini sebagai iktibar, agar kita
benar-benar menjadi insan yang mencari kebahagiaan dunia demi mencapai
kesejahteraan di Akhirat.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1500
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5195

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Balasan untuk isteri solehah

Post by SYIDA on Thu 07 May 2009, 12:47 pm

Alhamdullillah... amin bagi semua ibu2.........dan bakal ibu2
Very Happy

SYIDA
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri :
Jawatan : PARAMEDIK
Gender : Female
Jumlah Post : 29
Umur : 37
Tarikh Register : 27/04/2009
Reputation : 0
Points : 2810

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Balasan untuk isteri solehah

Post by epiaya on Wed 27 May 2009, 9:41 am

amin...

epiaya
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : ppp
Gender : Male
Jumlah Post : 1161
Umur : 38
Tarikh Register : 10/12/2008
Reputation : 10
Points : 3626

Character sheet
Mutiara Kata saya: amal makruf nahi mungkar ///

View user profile

Back to top Go down

Re: Balasan untuk isteri solehah

Post by Sponsored content Today at 7:35 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum