FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

View previous topic View next topic Go down

Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by Fieza on Mon 24 Mar 2008, 4:42 pm

Penampilan isteri mampu mencuri hati suami


KEMANISAN senyuman seorang isteri ditambah dengan kebijaksanaan
menghias diri mampu mencuri hati suami apatah lagi menyemarakkan lagi
perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang.
Bahkan ramai isteri tidak sedar, kesibukan mereka menguruskan rumah
tangga hingga lupa menghias diri hanya akan mengundang rasa kurang
senang di hati suami.
Malah kebanyakan isteri pada masa ini lebih gemar berdandan bila
hendak keluar rumah dan membiarkan dirinya dalam keadaan kusut-masai
ketika di rumah.
Sekembalinya suami ke rumah setelah penat kerja, apabila melihat
isterinya dalam keadaan tidak kemas dan bau yang kurang
menyenangnkannya tentulah tambah mengusutkan fikirannya lalu
melemparkan teguran yang boleh mendatangkan kemarahan.
Lebih membimbangkan jika suami tidak suka menegur secara terbuka
tetapi dalam diam tertarik dengan wanita lain yang penampilannya lebih
menarik.
Bayangkanlah suami yang selalu bergaul dengan ramai wanita di luar
dan melihat mereka berdandan rapi sedikit sebanyak tentu meruntun iman.
Ruangan Bapa Prihatin minggu ini mendapatkan reaksi para suami
mengenai kaum isteri yang kurang menitikberatkan soal kekemasan diri di
rumah sebaliknya jika hendak keluar rumah, mereka pandai pula berhias
cantik.
Kebanyakannya menginginkan isteri yang sentiasa kemas dan manis
dipandang mata, tetapi tidak kisah tentang berat badan kerana
menganggap mereka akan mencari jalan sendiri mengekalkan bentuk badan.
Mohd. Sanif Ahmad, 38, berpendapat kecantikan bukan perkara mutlak
untuk kebahagiaan sesebuah rumah tangga sebaliknya layanan yang baik
daripada isteri terhadap suami lebih penting.
Menurutnya, jika dirasakan penampilan isteri agak kurang kemas, dia akan menegur isteri secara berseloroh.
''Mengenai bentuk badan, saya tidak kisah jika isteri saya gempal
kerana ini bererti saya pandai menguruskan rumah tangga dan memberi
makanan yang berzat yang diperlukan oleh keluarga saya,'' katanya yang
mempunyai tiga orang anak.
Malah jelasnya lagi, melihat isteri dan anak-anak sihat dia akan
rasa gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin
keluarga
Bagi Balasundram a/l Subramaniam, 49, dia tidak kisah jika isterinya
tidak kelihatan cantik sepanjang masa kerana dia tahu isterinya bekerja.
''Sebagai pengasuh, dia menghabiskan masa seharian dengan
kanak-kanak, tentulah masanya agak terhad untuk berdandan rapi,''
katanya yang bekerja di salah sebuah syarikat perumahan di Shah Alam,
Selangor.
''Tambahan pula, saya memahami dirinya yang selalu kelam kabut
kerana memasak dan menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak,'' katanya.
Balasundram yang mempunyai tiga orang anak sesekali membuat jenaka dengan isterinya.
''Kenapa tidak sikat rambut ni, saya nampak berserabut, kalau awak tak nak sikat, potong aje rambut tu,'' katanya lagi.
Sementara itu Shahruddin Mohd. Sharif mengakui kawannya pernah
bertengkar dengan isterinya apabila mendapat tahu suaminya berkawan
dengan wanita lain.
''Kebanyakan isteri tidak menyangka suaminya boleh bermain kayu tiga
di belakangnya hanya kerana dia tidak pandai menghiaskan diri di
rumah,'' katanya lagi.
Malah setiap suami akan memberi alasan dia tidak tahan dengan
keadaan isterinya yang comot dan kuat berleter apabila pulang dari
pejabat.
Bagi Shahruddin, dia tidak kisah jika isterinya berbaju 't shirt' di rumah asalkan baju itu bersih dan penampilan tampak kemas.
''Saya lebih suka jika isteri saya pakai seluar panjang berbanding
kain batik tetapi tidak perlulah memakai gincu di rumah,'' jelasnya.
Dia memberitahu, jika awal perkahwinan isterinya kerap kali memakai
gincu tetapi apabila sudah punya anak dia agak sukar bersolek depan
cermin.
Bagi Bukhari Abdullah, 35, sikapnya yang sentiasa bersederhana dalam
semua hal membuatkan dia tidak kisah dengan penampilan isterinya.
''Sebagai wanita Islam, dia tahu tanggungjawabnya sebagai isteri
solehah yang memerlukan dia menghiaskan diri di depan suami agar sedap
mata memandang,'' katanya yang mempunyai enam orang anak.
Malah ujarnya lagi, seseorang isteri akan mendapat ganjaran pahala
di akhirat kelak jika mendahulukan suaminya daripada orang lain.
Bukhari yang merupakan pemilik sebuah kedai buku di Bangi
memberitahu, sesekali demi kebaikan bersama dia akan menegur juga jika
ada yang tidak kena.
Oleh: HAFIDAH IBRAHIM

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1500
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5199

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by fadzil991 on Mon 24 Mar 2008, 7:35 pm

seronoknyer ada binik mcm tuh.... ada ke sapa2 kat sini mcm tuh ?

fadzil991
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Pegawai Pengembang Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Gender : Male
Jumlah Post : 10
Umur : 45
Tarikh Register : 22/03/2008
Reputation : 0
Points : 3185

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by MLT_hidayah on Tue 25 Mar 2008, 2:11 pm



cantik mcm nie? hehehe

MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1534
Umur : 32
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 3132

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by haikaz_s on Tue 25 Mar 2008, 4:30 pm

insyaallah....kakakakakaka.......

haikaz_s
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : MIT
Gender : Female
Jumlah Post : 497
Umur : 36
Tarikh Register : 04/03/2008
Reputation : 3
Points : 3190

Character sheet
Mutiara Kata saya: tora-tora

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by MLT_hidayah on Tue 25 Mar 2008, 5:42 pm


MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1534
Umur : 32
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 3132

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by octavia on Wed 26 Mar 2008, 4:59 am

Very Happy

octavia
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : lanun
Gender : Female
Jumlah Post : 238
Umur : 32
Tarikh Register : 30/01/2008
Reputation : 0
Points : 3323

Character sheet
Mutiara Kata saya: Without passion, you don't have energy; without energy, you have nothing. Nothing great in the world has been accomplished without passion.

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by noni on Sat 05 Apr 2008, 3:51 am

fadzil,aku mcm tu lah....sbijik mcm tu...hikhikhik....tp untuk laki aku lah..... Laughing

noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1163
Umur : 36
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 3698

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by eriy on Wed 21 May 2008, 3:01 pm

senyum la para isteri pada suami mu...
kerana senyuman itu penawar duka..

eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1075
Umur : 38
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 3657

Character sheet
Mutiara Kata saya:

View user profile http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by Meina on Tue 17 Jun 2008, 2:54 pm

cantik di rumah mestilah berpada takut lain jadinya... ehehehe Laughing

Meina
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : jururawatu29
Gender : Female
Jumlah Post : 9
Umur : 34
Tarikh Register : 19/03/2008
Reputation : 0
Points : 3182

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by noni on Fri 20 Jun 2008, 4:15 am

nape meina?Lain mcm mana tu???Hehehheehhe....

noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1163
Umur : 36
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 3698

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by Meina on Thu 11 Sep 2008, 1:32 pm

ish noni buat-buat tanyer pulak lempang kang .... bukan ko ker yang selalu mcm tu cantik sikit jer lain jadi nyer pantang..... wakakakakak........ Laughing cheers cheers

Meina
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : jururawatu29
Gender : Female
Jumlah Post : 9
Umur : 34
Tarikh Register : 19/03/2008
Reputation : 0
Points : 3182

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by WiraTempur on Fri 17 Oct 2008, 10:15 am

penampilan yang bagus....emmmmm......rambut kemas ikat atau pakai tutup kepala.....baju tak kisah asal kemas....senyum bila sambut suami..... Very Happy

WiraTempur
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Negeri :
Jawatan : khidmat masyarakat
Gender : Male
Jumlah Post : 463
Umur : 35
Tarikh Register : 22/08/2008
Reputation : 0
Points : 2997

Character sheet
Mutiara Kata saya: LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by lavender on Thu 23 Oct 2008, 11:39 am

@WiraTempur wrote:penampilan yang bagus....emmmmm......rambut kemas ikat atau pakai tutup kepala.....baju tak kisah asal kemas....senyum bila sambut suami..... Very Happy


Smile Hu....hu beruntung ler isteri wira tempur nie erk??

lavender
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : "JusT LoOk n CeE"...
Gender : Female
Jumlah Post : 245
Umur : 34
Tarikh Register : 22/01/2008
Reputation : 3
Points : 3206

Character sheet
Mutiara Kata saya: "LuV UrSeLf.....BeForE U LuV Others..."

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by WiraTempur on Thu 30 Oct 2008, 1:14 pm

betul memang kena buat mcm tu........baru dapat perhatian suami....

WiraTempur
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Negeri :
Jawatan : khidmat masyarakat
Gender : Male
Jumlah Post : 463
Umur : 35
Tarikh Register : 22/08/2008
Reputation : 0
Points : 2997

Character sheet
Mutiara Kata saya: LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by noriatul on Thu 30 Oct 2008, 1:29 pm

@WiraTempur wrote:betul memang kena buat mcm tu........baru dapat perhatian suami....


Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing

noriatul
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 1792
Umur : 32
Tarikh Register : 09/01/2008
Reputation : 10
Points : 3392

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by WiraTempur on Thu 30 Oct 2008, 3:19 pm

bakpe nori duk sengeh mcm kerang tu......wakakakakakakakaka

WiraTempur
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Negeri :
Jawatan : khidmat masyarakat
Gender : Male
Jumlah Post : 463
Umur : 35
Tarikh Register : 22/08/2008
Reputation : 0
Points : 2997

Character sheet
Mutiara Kata saya: LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by aieyda on Thu 30 Oct 2008, 3:20 pm

@lavender wrote:
@WiraTempur wrote:penampilan yang bagus....emmmmm......rambut kemas ikat atau pakai tutup kepala.....baju tak kisah asal kemas....senyum bila sambut suami..... Very Happy


Smile Hu....hu beruntung ler isteri wira tempur nie erk??

bukan bini dia yang untung...si kamen rider la yang untung..hehee

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri :
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 4125
Umur : 32
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 5208

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: Penampilan isteri mampu mencuri hati suami

Post by Sponsored content Today at 11:33 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum