Mengangkat martabat jururawat di Malaysia
Page 1 of 1 • Share •
Mengangkat martabat jururawat di Malaysia
Khamis, 27 Mac 2008
BERITA HARIAN
DARIPADA 75,000 orang jururawat di negara ini, hanya tiga peratus yang memiliki ijazah kejururawatan, kata Rohani Arshad, Profesor Madya Kejururawatan yang pertama di institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Sains Kejururawatan, Universiti Malaya (UM) menyifatkan faktor penghalang utama adalah kerana timbulnya sikap ‘buat apa nak buat kursus ijazah’ di kalangan jururawat.
Sebaliknya, Rohani menegaskan dengan memiliki ijazah, mereka boleh melaksanakan tugas dengan penuh keyakinan dan mengembangkan lagi keupayaan mereka.
“Ini baik untuk pelanggan, iaitu pesakit, keluarga mereka serta pekerja penjagaan kesihatan yang lain,” jelas Rohani, merujuk kepada mereka yang bekerja dalam industri kejururawatan.
Beliau percaya dengan memiliki ijazah, pengalaman yang diraih itu akan dapat membantu jururawat dalam aspek utama seperti berfikir secara kritikal, membuat keputusan dan pembaikan secara kognitif.
Ketika ini, negara tidak mempunyai ramai jururawat pakar, kata Rohani.
“Kita masih mempunyai kekurangan kronik dari segi jumlah jururawat yang diperlukan. Bila saja jururawat muda keluar dari kolej latihan dengan diploma, mereka terus ditugaskan di wad hospital. Hanya segelintir saja yang mahu meneruskan pengajian kejururawatan ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Rohani berkata, mereka (yang segelintir) ini sanggup mengorbankan kehidupan keluarga dan wang untuk mengejar pelajaran yang lebih tinggi. Ada di antara mereka yang mengambil cuti tanpa gaji serta menggunakan perbelanjaan sendiri untuk mengikuti kursus ijazah.
Rohani berkata, mereka melihat perlunya ada ijazah kejururawatan yang boleh membantu mereka pergi jauh dalam industri ini.
Ketika ini, jururawat di hospital mempunyai beban kerja yang tinggi dan mereka tidak ada banyak masa untuk latihan bagi pembangunan kerjaya.
“Tetapi pengajian kejururawatan bukan berhenti di situ, kerana mereka masih boleh membaca jurnal. Jurnal-jurnal ini mudah didapati, jururawat juga boleh dapat sumber lain melalui internet,” kata Rohani.
Beliau berkata, perlu ada satu ’budaya’ di mana ketua jururawat sebuah wad atau unit adalah seorang yang mempunyai ijazah kejururawatan.
“Tetapi, budaya seperti ini masih belum boleh dicapai ketika ini,” katanya.
Kata Rohani, UM sudah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program ijazah untuk jururawat pakar.
“Ketika ini juga, belum ada graduan peringkat sarjana kejururawatan yang dilahirkan melalui kursus di negara ini. Hanya ada lima jururawat yang sedang mengikuti kursus sarjana kejururawatan di UM pada masa ini,” katanya.
Rohani juga adalah penerima Anugerah Tokoh Jururawat Seri Zamrud 2008, anugerah penghargaan Kementerian kesihatan terhadap sumbangan jururawat di negara ini.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai jururawat pada 1969 dan kemudian mengkhusus dalam bidang kejururawatan pediatrik di Sydney, Australia.
Rohani mempunyai Ijazah Sarjana Kejururawatan dan Pendidikan, University Edinburgh, United Kingdom pada 1993. Ketika ini, beliau adalah calon PhD dalam Pendidikan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Sebelum dinobatkan anugerah berkenaan, Rohani sememangnya sudah melakar sejarah hidup yang agak menarik sebagai seorang jururawat selama 35 tahun.
Beliau pernah bertugas sebagai jururawat, ketua jururawat dan pegawai kejururawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), yang dulunya dikenali sebagai Hospital Universiti, sebuah hospital pengajar yang ulung di negara ini.
Beliau bertukar ke bidang pendidikan kejururawatan daripada pentadbiran kejururawatan pada 1995.
Rohani juga dilantik sebagai perunding untuk program kejururawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Universiti Sedaya, Universiti Sarawak (Unimas) dan OUM.
Rohani adalah juga pemeriksa luar untuk Sekolah Jururawat UM, Kolej Kejururawatan Puteri, Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill selain daripada penasihat akademik untuk Akademi Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHSA).
Beliau masih menjalankan usaha supaya bidang kejururawatan di Malaysia mencapai tahap penghormatan antarabangsa yang lebih tinggi.
Rohani meminta supaya kerajaan dapat menubuhkan satu jawatan petugas pada peringkat kebangsaan untuk reformasi dalam industri kejururawatan.
“Jawatankuasa ini perlu melihat apakah masalah sebenarnya dalam pendidikan kejururawatan dan apakah situasi sebenar dalam industri kejururawatan di Malaysia,” kata beliau.

eriy- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
![AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI] AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]](http://i41.servimg.com/u/f41/09/01/18/51/001_ke10.png)
- Gender:

Jumlah Post: 1078
Umur: 33
Tarikh Register: 05/10/2006
Reputation: 1
Points: 1998
Character sheet
Mutiara Kata saya: -

Re: Mengangkat martabat jururawat di Malaysia
Sememangnya kejururawatan di angkat setanding profession lain, wahai warga kejururawatan bukalah mata, bagun dan bangkit serta bertindak sekarang meningkatkan martabat profession anda. langkah pertama perbaiki nursing care and procedure and kemudian tambah ilmu di dada anda.
syidahef- AHLI SENIOR

- Jawatan : jururawat terlatih
Gender:
Jumlah Post: 75
Umur: 36
Tarikh Register: 27/05/2008
Reputation: 0
Points: 1473
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Mengangkat martabat jururawat di Malaysia
dan naikkan taraf KOLEJ KEJURURAWATAN ke UNIVERSITI KEJURURAWATAN kan bagus..................Hehehehehehe...... 

noni- STAFF PEMUDAH CARA

- Negeri:

Jawatan : surirumah takde tangga
Gender:
Jumlah Post: 1226
Umur: 32
Tarikh Register: 28/12/2007
Reputation: 24
Points: 2055
Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............
Re: Mengangkat martabat jururawat di Malaysia
ya sya pun setuju jika kolej kejururawatan ditukar kepada universiti kejururawatan..lepas tu subjeknya pun diluaskan lagi supaya mencapai tahap universiti
bab- AHLI FORUM

- Jawatan : tiada
Gender:
Jumlah Post: 2
Umur: 37
Tarikh Register: 29/06/2009
Reputation: 0
Points: 1059
Re: Mengangkat martabat jururawat di Malaysia
salam buat semua..saya menyokong cadangan anda itu..saya telah mendapat pendidikan daripada Universiti (uitm) semasa belajar diploma dulu..memang subjek agak berat sebab termasuk sekali subjek teras universiti... tapi pepatah ada mengatakan hendak seribu daya kan?? akhirnya saya habis juga pelajaran diploma saya,kemudian saya bekerja..sekarang saya mengikuti ijazah di universiti yang sama...dengan cara inilah satu peluang untuk mengangkat martabat jururawat di mata masyarakat...

sweetcouple- KERABAT TEGAR SENIOR

- Negeri:

Jawatan : teacher
Gender:
Jumlah Post: 1162
Umur: 26
Tarikh Register: 24/06/2009
Reputation: 17
Points: 2416
Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.
Re: Mengangkat martabat jururawat di Malaysia
yup..i totally agree...profession kita bukan saja sedang dimartabatkan di dalam zaman globalisasai malah sedang diprofessionalkan..hanya kita jer skarang menjadi titik tolak untuk memartabatkan profession kita..believe with the power of word 'can' and 'want'...jom same2 memartabatkan bidang ni.. 

rafiquenurse- AHLI SENIOR

- Jawatan : pelajar jururawat
Gender:
Jumlah Post: 82
Umur: 26
Tarikh Register: 03/04/2009
Reputation: 3
Points: 1258
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Mengangkat martabat jururawat di Malaysia
jom...hehe... 

sweetcouple- KERABAT TEGAR SENIOR

- Negeri:

Jawatan : teacher
Gender:
Jumlah Post: 1162
Umur: 26
Tarikh Register: 24/06/2009
Reputation: 17
Points: 2416
Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.
Similar topics» Salam Perkenalan Kelab 125z Malaysia
» KENALI BARISAN KABINET MENTERI-MENTERI DI MALAYSIA
» Soalan-soalan Bahasa Malaysia Tingkatan Tiga (PMR)
» Konsep 1 Malaysia, apa pemahaman kamu?
» Bolasepak Malaysia ranking ke berapa FIFA

Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum

» Gigi oh gigi
» setelah skian lama.... wif FW
» KeNaPE keLiSa MaHal DI pAsArAn...???????
» saper yang x puas hati dengan aku!!!!!!!!! mari2 datang kat sini
» mau taw siapa diriku...
» jom berbual ngan Vladimir-Hotline
» Rina iN tHe houSe
» Kelantan juara Piala FA
» Final Piala FA 2012 : Sime Darby Vs Kelantan
» risiko ubat
» Perlukah mewujudkan jawatan baru untuk nurse U41?
» Harap semua PPP membaca email ini
» Insentif kepada lebih ramai jururawat pakar
» Ziyyad Al-Asyja'iyah, Ku'aibah perintis kerjaya jururawat dalam Islam
» Diploma Teknologi Makmal Perubatan
» Menghargai kerjaya jururawat
» cari Group 58 KPPS
» Keputusan Kelantan beri cuti peristiwa Rabu depan
» dilema lelaki gay