FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Gajet digital haji dan umrah

View previous topic View next topic Go down

Gajet digital haji dan umrah

Post by Fieza on Fri 28 Mar 2008, 6:15 pm

Gajet digital haji dan umrah

Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN


GAJET ini menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar.
<hr noshade="noshade" size="1">
BAGI membantu umat Islam menghafal kesemua niat dan bacaan atau doa
ketika mengerjakan ibadat haji dan umrah , kini sudah ada alat mudah
bawa yang dinamakan Digital Haji & Umrah.
Alat itu cukup nipis dan ringan dan lebih mudah dibawa berbanding telefon bimbit.
Saiznya kecil sahaja iaitu panjang 100 milimeter, lebar 65 milimeter
dan tebal 15 milimeter dan menggunakan tiga bateri bersaiz ‘AAA.’
Peralatan itu mudah berfungsi sebagaimana kita menggunakan pemain
MP3. Ia juga boleh digantung di leher ketika kita sedang menunaikan
haji atau umrah.
Kita cuma perlu menekan butang tertentu di alat itu untuk mendengar bacaan yang dikehendaki.
Gajet Digital Haji & Umrah ini diedar oleh VeeCan Trading Sdn.
Bhd., No. 19-1, Jalan Puteri 4/1, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.
Pengarah Pemasaran dan Jualan VeeCan Trading, Zambri Zainoan
berkata, pengguna Digital Haji & Umrah itu boleh mendengar bacaan
yang disediakan menggunakan fon telinga.
Menurut beliau, alat itu dilengkapi lafaz niat dan pelbagai doa sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat berkenaan.
Contohnyam, kata beliau, jika hendak mengetahui lafaz niat menaiki
kenderaan ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji atau umrah, pengguna
hanya perlu menekan butang bergambar kenderaan bagi mendengar bacaan
berkenaan.
Satu lagi contoh, katanya, apabila seseorang itu mahu mengerjakan
tawaf atau sai, alat berkenaan dilengkapi doa bagi setiap bilangan
tawaf dan sai.
Bacaan
Bacaan juga disusun mengikut bilangan tawaf seperti untuk mengetahui
doa semasa tawaf pertama, pengguna perlu menekan nombor satu di alat
ini untuk mendengar bacaan tersebut dan begitulah seterusnya.
Bagi mendengar doa semasa sai pula menurutnya, pengguna juga perlu
menekan nombor di alat ini sebagaimana untuk mengetahui doa semasa
tawaf.
Selain itu, pengguna juga disediakan pelbagai doa dan bacaan semasa menunaikan ibadat itu.
“Gajet Haji & Umrah ini sesuai dijadikan alat bantuan belajar
terutama bagi mereka yang mahu menunaikan kedua-dua ibadat itu,”
katanya.
Selain daripada mempelajari daripada guru-guru, pendengaran bacaan doa yang berulang-ulang ini akan memudahkan sesiapa sahaja.
Keterangan lanjut mengenai Digital Haji & Umrah yang berharga
RM98 itu boleh diperoleh menerusi talian pengguna VeeCan iaitu
03-80601090.
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 34
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5569

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Gajet digital haji dan umrah

Post by mohdeskay on Thu 09 Apr 2009, 3:44 pm

bagus la dis product.
avatar
mohdeskay
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : System Engineer
Gender : Male
Jumlah Post : 109
Umur : 37
Tarikh Register : 05/04/2009
Reputation : 10
Points : 3308

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile http://www.ceramicclub.asia

Back to top Go down

Re: Gajet digital haji dan umrah

Post by rieyna168 on Thu 09 Apr 2009, 9:44 pm

asal jgn dgr sambil bawak masuk toilet je lah gajet ni..huhuhu., tp seyesly, alat ni mmg byk membantu dan produk yg menarik.

----Forum Paramedik Malaysia-----




INGIN MENGENALI RINAĀ 
-> http://www.facebook.com/rieyna168
"Kecantikkan seseorang itu ada pada Mata yang memandang"
I was born to be THE GUNNERS
Forum Arsenal: http://ams-thegunners.forumms.net/
avatar
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4789
Umur : 35
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 8557

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

View user profile http://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Re: Gajet digital haji dan umrah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum