FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Peluang saksikan fenomena angkasa

View previous topic View next topic Go down

Peluang saksikan fenomena angkasa

Post by Fieza on Fri 11 Apr 2008, 9:27 pm

Peluang saksikan fenomena angkasa


PEMINAT sains angkasa tidak mungkin melepaskan peluang
dengan program pencerapan fenomena angkasa yang akan di adakan di
Planetarium Negara bermula 18 April ini.Program tersebut dan dianjurkan oleh Agensi
Angkasa Negara (Angkasa) di Planetarium Negara, Tasik Perdana, Kuala
Lumpur akan mengadakan cerapan planet dan peluang menyaksikan pelbagai
fenomena astronomi yang berlaku sepanjang bulan Februari hingga Oktober
ini.

Menurut kenyataan agensi tersebut, Planetarium Negara memiliki
teleskop mudah alih yang mampu melihat objek cakerawala dengan jelas
seperti bulan, matahari dan planet-planet.
''Planetarium Negara, sebagai sebuah agensi kerajaan yang
bertanggungjawab untuk mengembangkan ilmu sains angkasa di kalangan
seluruh rakyat berharap peminat-peminat bidang astronomi, orang awam
dan pelajar akan merebut peluang menyaksikan keajaiban angkasa lepas,''
kata kenyataan tersebut
Pelbagai program sampingan diatur sepanjang program tersebut
berjalan, antaranya sesi ceramah berkaitan bidang astronomi oleh
pakar-pakar astronomi tempatan dan luar negara.
Acara lain termasuk pertunjukan astronomi, program jendela langit malam, kuiz astronomi dan sebagainya.
Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa
yang disediakan sempena program-program berkenaan berlangsung.
Sebagai menyambut cabaran kerajaan untuk meningkatkan penyertaan
orang ramai dalam aktiviti sains angkasa, Angkasa menganjurkan program
pencerapan langit sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada generasi
muda serta peminat bidang astronomi menggunakan perkhidmatan yang
disediakan oleh Planetarium Negara.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti astronomi di
Planetarium Negara boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Angkasa
di talian 03-2273 4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.
Semua penyertaan adalah percuma dan tempahan awal adalah digalakkan.
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5512

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum