FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Suis komersial di ISS

View previous topic View next topic Go down

Suis komersial di ISS

Post by Fieza on Fri 11 Apr 2008, 9:27 pm

Suis komersial di ISS


RANGKAIAN ProCurve dari HP, baru-baru ini mengumumkan bahawa modul
Columbus di atas kapal angkasa Atlantis yang telah mendarat di Stesen
Angkasa Antarabangsa (ISS), telah membawa sebuah Ethernet LAN yang
dibina menggunakan suis komersial, ProCurve 2524 Switch.
Peristiwa tersebut merupakan satu sejarah kerana buat kali pertama sebuah suis komersial digunakan di angkasa.
Suis Ethernet ProCurve 2524 telah dipilih atas faktor-faktor
prestasi, kebolehpercayaan, mudah diurus dan ketahanannya terhadap
radiasi yang membolehkan saintis di atas modul Columbus mencapai tahap
maksimum dalam usaha-usaha kajian dalam ruang tarikan graviti sifar.
Menurut Jurutera Sistem Pengurusan Data Columbus untuk EADS Astrium
Space Transportation, Rolf Schmidhuder, ProCurve Switch 2524 sesuai
digunakan kerana di dalamnya terdapat sebuah suis fabrik sentral yang
mengendali kebanyakan tugasan berbanding dengan suis-suis dari
pengeluar lain yang akan mengagihkan tugasan kepada beberapa cip.
''Dengan hanya menggunakan bilangan cip yang sedikit di dalam papan
litar, ia memberi lebih manfaat kepada kami kerana ia dapat
mengurangkan kerintangan terhadap tekanan radiasi dan mekanikal semasa
pelancaran ke angkasa.
''Ini merupakan faktor utama mengapa ProCurve dapat mengatasi pesaing-pesaing yang lain,'' katanya.
Di atas Columbus, sistem LAN yang dijana oleh ProCurve 2524 dan
sebuah sistem pengurusan data menghubungkan modul kajian secara dalaman.
Ia membolehkan pertukaran data antara ISS dan sistem komunikasinya berlaku tanpa sebarang gangguan.
''Secara keseluruhannya, hanya suis-suis dari vendor rangkaian
ProCurve yang mampu memberikan kebolehpercayaan dan prestasi yang
menepati tahap keperluan di atas Columbus,'' tambah Schmidhuber.
Sementara itu menurut Timbalan Presiden dan Pengurus Besar Asia
Pasifik dan Rangkaian Procurve Jepun, Louis Au, peristiwa tersebut
merupakan kali pertama dalam sejarah pengembaraan angkasa di mana
sebuah Ethernet LAN komersial beroperasi di angkasa.
''ProCurve merasa bangga dan bertuah kerana dipilih dari kalangan pesaing-pesaing lain yang tidak kurang hebatnya.
''Ini membuktikan bahawa teknologi suis ProCurve boleh dipercayai,
mempunyai tahap prestasi yang tinggi, fleksibel dan mudah
diadaptasikan," kata Au.
Unit perniagaan Rangkaian ProCurve merupakan syarikat yang
memberikan produk, servis, dan penyelesaian jaringan wayar dan tanpa
wayar untuk syarikat.
Asas kepada model perniagaan ProCurve adalah strategi Adaptive
Networks-nya yang mudah disesuaikan kepada kehendak pengguna, aplikasi
dan organisasi.
Maklumat mengenai penyelesaian, produk serta jaminan seumur hidup rangkaian ProCurve boleh didapati di www.procurve.com.
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5509

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Suis komersial di ISS

Post by MLT on Tue 15 Apr 2008, 10:25 am

bila la kita nak sampai
avatar
MLT
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 49
Umur : 38
Tarikh Register : 17/11/2007
Reputation : 1
Points : 3645

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum