FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

DEMAM DENGGI....

View previous topic View next topic Go down

DEMAM DENGGI....

Post by MLT_hidayah on Sat 12 Apr 2008, 11:52 pm



        APA ITU PENYAKIT DENGGI?


    Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh
    membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
    Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari
    gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang
    memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan
    luar bandar. <hr width="100%">

        JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI



    Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:
      a. Demam denggi klasikal.Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan
      sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan
      kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau
      'breakbone fever'.b. Demam denggi berdarah.Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur
      2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah
      sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk
      dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di
      badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai
      dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika
      rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam
      berdarah Filipina'.


<hr width="100%">
    AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI




    Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus
    denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus
    yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang
    telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype
    ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu
    kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap
    semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus
    tersebut sahaja.Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk
    Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada
    tahap awal penyakit. <hr width="100%">
      PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI



    Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk
    merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain.
    Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5
    kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam
    dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi
    iaitu:

        [b]1. Aedes aegypti[/b]

        Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.2. Aedes albopictusCiri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan
        badan.

    Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di
    tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam
    bekas buatan di dalam dan di luar rumah.Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan
    juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan
    menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk
    menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang
    biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul
    pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat
    yang boleh air bertakung.Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.



<hr width="100%">


    CARA JANGKITAN




    Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan
    nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk.
    Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan
    terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus
    membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila

    nyamuk Aedes betina
    menggigit manusia atau haiwan
    ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam
    sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah
    manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus
    tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
    Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila
    nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi
    diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan
    menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke
    dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini
    dipanggil 'Penularan Mekanikal'.
    Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi
    boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu
    proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur,
    jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.
    Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi
    kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran.
    Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen
    pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.





Cara jangkitan penyakit denggi

<hr width="100%">


    TEMPAT PEMBIAKAN






    Nyamuk Aedes membiak di dalam
    takungan air jernih di
    dalam dan di luar rumah.
    Ia tidak boleh
    membiak di dalam
    air yang kotor
    . A. Di dalam rumah

    1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau
    baldi.
    3. Perangkap semut. B. Di luar rumah

    1. Di dalam tayar buruk.2. Saluran air hujan.3. Tin-tin kosong atau botol.4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan5. Cawan getah6. Lubang pokok7. Tunggul buluh8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas

[b]AWAS!!!!
ANDA AKAN

DIDENDA

JIKA DIDAPATI MEMBIAK
NYAMUK AEDES
DI KAWASAN RUMAH.
[/b]


<hr width="100%">
    TANDA-TANDA ATAU GEJALA




    1. Demam Denggi Klasikal

    Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada
    bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas.
    bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang
    berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot
    dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik
    merah di bawah kulit juga boleh didapati. Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.2. Demam Denggi Berdarah

    Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam
    yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran
    darah.Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit,
    perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing
    berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini
    boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti
    kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga
    kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau
    sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang
    ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit. <hr width="100%"> DIAGNOSIS PENYAKIT DENGGI




    Diagnosis demam denggi secara klinikal kadangkala menyebabkan kekeliruan .
    Oleh itu diagnosis makmal adalah sangat penting. Terdapat 3 teknik untuk
    mendiagnosis denggi di makmal iaitu secara isolasi virus, serologi dan
    mengenalpasti DNA virus denggi. Kini terdapat satu peralatan komersial yang
    dipanggil 'Dengue Blot' yang digunakan untuk tujuan yang sama.1. Isolasi virus denggi

    Isolasi virus denggi dari darah atau spesimen tisu adalah cara yang paling
    konklusif untuk diagnosis denggi. Walaubagaimanapun tatacara ini bukanlah
    mudah kerana virus ini tidak hidup dengan baik di dalam binatang dan kultur
    sel. Satu cara yang telah dimodifikasikan supaya keputusan didapati dengan
    mudah dan lebih cepat adalah dengan mengisolasikan virus melalui inokulasi
    larva 'Toxorhynchites splendens' (Lam 1993). Pusat Demam Denggi dan Demam
    Denggi berdarah di Universiti Malaya dengan kerjasama WHO telah menggunakan
    teknik kombinasi inokulasi nyamuk dan kultur sel nyamuk2. Serologi

    Kebanyakan makmal menggunakan teknik serologi bagi mengenalpasti penyakit
    denggi. Ujian piawaian bagi penyakit denggi adalah 'Haemagglutination
    Inhibition Test'(HI). Ujian ini berdasarkan kepada keupayaan antibodi
    seseorang menghalang virus denggi dari mengaglutinasikan sel-sel darah merah
    yang tertentu. Selain dari memastikan jangkitan denggi ujian HI ini juga
    berupaya memastikan samada jangkitan adalah primer atau sekunder berdasar
    kepada tahap antibodi. WHO telah menetapkan titer bagi jangkitan sekunder
    sebagai 1:2560, manakala Malaysia pula menggunakan titer1:1280. Ujian yang lebih cepat ialah pengesanan denggi IgM melalui 'Enzyme-Linked
    Immunoabsorbent Assay'(ELISA). IgM ini didapati hanya seketika pada jagkitan
    primer dan sekunder dan pengesanan IgM di dalam serum menunjukkan kepada
    jangkitan aktif atau jangkitan yang baru. Lebih dari 6,000 sampel serum telah
    diuji dengan ujian HI dan ELISA dan didapati kedua-dua ujian adalah sama dari
    segi spesifisiti dan sensitiviti. Namun begitu ELISA lebih cepat, hanya
    memakan masa beberapa jam bagi jangkitan sekunder dan 7 hari untuk jangkitan
    primer. 3. Dengue Blot

    Dengue Blot adalah satu peralatan komersial yang telah dimodifiaksikan dari
    ujian ELISA. Kajian yang telah dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Dengue
    Blot mendapati ia mempunyai sensitiviti 100% bagi jangkitan sekunder dan hanya
    28.6% bagi jangkitan primer. Oleh itu ujian ini berguna sebagai ujian saringan
    terutama sekali di negeri-negeri yang endemik dimana sebilangan besar penduduk
    telah dijangkiti virus denggi. Sampel-sampel yang negatif perlu dibuat ujian
    serologi yang lain (Lam 1993).4. Pengesanan asid nuklik virus

    Ini merupakan satu teknik yang baru dengan menggunakan teknik 'Polymerase
    Chain reaction'(PCR). PCR telah dapat memastikan beberapa kematian akibat
    denggi apabila teknik-teknik lain gagal berbuat demikian.

    <hr width="100%">

    RAWATAN




    Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.1. Rawatan Demam Denggi Klasikal

    Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada
    keadaan pesakit iaitu:
      a. mengurangkan demam(suhu badan)b. mengelakkan dari perdarahan berlaku
    2. Rawatan Demam Denggi Berdarah

    a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan
    dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu
    demam patut dikawal dengan antipiretik.c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan
    awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit
    meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma. <hr width="100%">

MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender: Female
Jumlah Post: 1537
Umur: 29
Tarikh Register: 26/02/2008
Reputation: 3
Points: 2176

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

View user profile

Back to top Go down

Re: DEMAM DENGGI....

Post by unta^selsema on Thu 09 Oct 2008, 9:52 am

chikungunya pon byk jgk skrg ni....tiap2 hari ada je yg admit...

nak tnya cik dayah,kat lab dia camne dia check darah serology chikungunya tu..dia tgk camner erk?/ scratch

unta^selsema
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : Tukang Sunat Orang
Gender: Male
Jumlah Post: 1377
Umur: 31
Tarikh Register: 19/09/2008
Reputation: 6
Points: 2190

Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn telalu cepat menganggap seseorg tu pandai memasak dgn hanya melihat cara dia nyalakan api.

View user profile

Back to top Go down

Re: DEMAM DENGGI....

Post by lentabia on Mon 11 Apr 2011, 9:32 am

elo..mcmna pengiraan utk AI sma BI dan berapa standant utk fogging daripada hasil pengiraan AI dan BI

lentabia
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : pelatih penolong pegawai kesihatan persekitaran
Gender: Female
Jumlah Post: 1
Umur: 26
Tarikh Register: 05/04/2011
Reputation: 0
Points: 1115

View user profile

Back to top Go down

Re: DEMAM DENGGI....

Post by Eva Juliana on Thu 12 May 2011, 9:56 am

mana lagi bahaya antara demam denggi & demam denggi berdarah?

Eva Juliana
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri:
Jawatan : Pelajar
Gender: Female
Jumlah Post: 49
Umur: 21
Tarikh Register: 12/05/2011
Reputation: 0
Points: 1139

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum