FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

HFMD (Penyakit Tangan,Mulut Dan Kaki)

View previous topic View next topic Go down

HFMD (Penyakit Tangan,Mulut Dan Kaki)

Post by profesorclone on Thu 08 May 2008, 2:57 pm

HAND, FOOT AND MOUTH DISEASE
TRAVEL ADVISORY


Hand-Foot-Mouth Disease (HFMD) is a common disease among children which caused by a group of viruses known as Enteroviruses that includes Coxsackie A16 (CA16) and Enterovirus 71 (EV71). The infection is spread through direct contact with the nasal discharge, saliva, faeces or blister fluid of an infected person and indirectly by any contaminated articles. Incubation period is between 2-5 days. HFMD is infectious 2 days before the rash appears and most contagious during the first week of the illness. Virus may be found in respiratory secretion for several days and in stool for several weeks.



Young children, particularly those aged less than five years, are most susceptible to get this disease. The infected person can present with the following symptoms:



οΏ½ Fever

οΏ½ Sore throat and runny nose

οΏ½ Rash with blisters on the palms, soles or buttocks

οΏ½ Mouth ulcers



This disease is typically mild and self-limiting, however on rare occasions, can cause complications involving the heart and brain which can even result in death.

HFMD usually do not pose a major health risk to adults. Young children are those vulnerable to HFMD .If you intend to travel to countries with cases of HFMD, you should take note of the following measures to minimize your child risk of acquiring HFMD:

  • Parents should check their children for any symptoms of HFMD
  • Bring your children to doctor if they have any HFMD symptoms
  • Children with HFMD symptoms should not travel. They should stay at home until recover
  • Avoid contact with HFMD patient
  • Avoid bring your children to any public or crowded places
  • Avoid your children from social gathering with other children
  • Take good care of your children hygiene. Wash their hands with soap before eating and after going to the toilet
  • Cover mouth and nose when coughing or sneezing
  • Do not share eating utensils, toys and other personal belongings
  • Do not share any food or drinks
  • Maintain good health of your children by giving them good nutrition

profesorclone
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : Paramedik
Gender: Male
Jumlah Post: 651
Umur: 32
Tarikh Register: 03/08/2007
Reputation: 0
Points: 2951

Character sheet
Mutiara Kata saya: Wise Person Will Be Master Of His Mind..Only A Fool Will Be Its Slave..My Brain Is More Useful Than My Face..

View user profile http://www.tagged.com/profesorclone

Back to top Go down

Re: HFMD (Penyakit Tangan,Mulut Dan Kaki)

Post by <<BLaCk>> on Wed 21 Jan 2009, 9:22 am

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
Pengenalan
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).
Deskripsi
Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..
Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.
Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997
Cara penyakit ini merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain. [size=12]
Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.
Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.
Insidens
Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.
Tanda-Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:


• Demam
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
• Hilang selera makan
Komplikasi
Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.


• Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).
• Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).
Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.
Ujian-Ujian
Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.
Pemantauan
Sila hubungi doktor jika :-


• Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam
• Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)
• Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.
• Kesakitan pada mulut semakin teruk.
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.
Prognosis

Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian [size=12]
Pencegahan
Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-


• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.
• [size=12]Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain. [size=12]
Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-


1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.
2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.
3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.

----Forum Paramedik Malaysia-----





<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender: Male
Jumlah Post: 1631
Umur: 34
Tarikh Register: 19/09/2006
Reputation: 43
Points: 9088

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

View user profile http://paramedik.bbfr.net/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum