FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

MARDI CIPTA ALAT KESAN E.COLI DAN SALMONELLA

View previous topic View next topic Go down

MARDI CIPTA ALAT KESAN E.COLI DAN SALMONELLA

Post by MaStErMiNd on Thu 22 May 2008, 7:00 pm

MARDI cipta alat kesan E.coli dan Salmonella

KUALA LUMPUR 21 Mei - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mereka cipta alat biosensor dan biodiagnostik untuk mengesan bakteria seperti E.coli dan Salmonella yang terdapat dalam makanan.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abd. Shukor Abdul Rahman berkata, alat-alat tersebut juga dapat membantu inspektor kesihatan serta pengusaha kantin sekolah menguji makanan yang dijual sekali gus mengelakkan kejadian keracunan makanan.


Menurutnya, pengedar makanan pula boleh menguji produk mereka sebelum mengedarkannya.

''Alat-alat itu kini masih dalam proses pengujian. Apabila diguna pakai kelak, ia mampu mengurangkan masa diperlukan untuk mengesan makanan yang tercemar oleh kehadiran bakteria,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Serantau Mengenai Biosensor dan Biodiagnostik yang antara lain menekankan aspek keselamatan makanan, persekitaran dan pertanian.

Turut hadir Pengarah Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI, Dr. Umi Kalsom Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Program Biodiagnosis dan Biokeselamatan, Pusat Bioteknologi, MARDI, Dr. Zamri Ishak.

Berdasarkan teknologi biosensor itu, Abd. Shukor berkata, pihaknya kini telah membangunkan kit pengesan pantas sisa baki racun serangga dalam sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

''Selepas itu, projek yang berada dalam perancangan MARDI termasuk penentuan antibiotik haiwan ternakan seperti ayam.

''Selain itu, kita juga ingin mengenal pasti racun rumpai dan organisme pengubah suai secara genetik (GMO) dalam makanan. Kita akan memajukan teknologi ini dalam masa terdekat untuk faedah rakyat,'' katanya.

Mengulas lanjut mengenai alat biosensor dan biodiagnostik untuk racun serangga itu, beliau berkata, ia adalah lebih murah, tepat dan cepat.

--- UTUSAN MALAYSIA


Last edited by MaStErMiNd on Tue 11 Jun 2013, 9:38 am; edited 1 time in total

----Forum Paramedik Malaysia-----






http://forumparamedik.blogspot.com/
avatar
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 391
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 11608

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

View user profile http://www.facebook.com/moblagata http://paramedik.bbfr.net

Back to top Go down

Re: MARDI CIPTA ALAT KESAN E.COLI DAN SALMONELLA

Post by Huzaimi on Fri 14 Jan 2011, 2:54 am

yang penting pantas !
so tindakan pantas juga boleh diambil Cool
avatar
Huzaimi
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Tabib Jalanan - Huzaimi.com
Gender : Male
Jumlah Post : 97
Umur : 60
Tarikh Register : 05/01/2009
Reputation : 4
Points : 3378

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile http://Huzaimi.com

Back to top Go down

Re: MARDI CIPTA ALAT KESAN E.COLI DAN SALMONELLA

Post by Tetraklorometana on Thu 17 Mar 2011, 4:51 pm

buat canggih2 alamat PTM xde keja laa...... test boleh buat sendiri, so PTM boleh jumud.... heee
avatar
Tetraklorometana
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Pegawai Kesihatan Persekitaran
Gender : Male
Jumlah Post : 30
Umur : 40
Tarikh Register : 18/10/2006
Reputation : 0
Points : 4102

Character sheet
Mutiara Kata saya: pandang depan jer...

View user profile http://www.takbuatlagi.com.my

Back to top Go down

Re: MARDI CIPTA ALAT KESAN E.COLI DAN SALMONELLA

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum